Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat bayi dalam perigi kebun getah

Posted:

Mayat bayi dalam perigi kebun getah

Mayat bayi dalam perigi kebun getah


POLIS memeriksa bahan bukti di lokasi mayat bayi yang dijumpai dalam perigi di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 2 Okt. - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah beg pakaian yang ditemui dalam perigi kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini, pagi ini.

Tuan Mat Tuan Lonik, 64, menemui mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu kira-kira pukul 8 pagi ketika dia ingin membersihkan dirinya selepas membuang air besar menggunakan air perigi tersebut.

Katanya, sewaktu mencedok air perigi itu yang sedalam kira-kira lima meter menggunakan baldi, dia tiba-tiba ternampak sebuah beg pakaian terapung dan tertutup rapi.

"Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg itu tidak ada. Saya terpaksa gunakan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut.

"Selepas membawa naik beg itu, alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang bayi berada di dalamnya," kata Tuan Mat ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk membersihkan diri sebelum memberitahu Penghulu dan orang kampung mengenai kejadian tersebut selain melaporkannya kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya bayi perempuan berketurunan Melayu itu dilahirkan dua atau tiga hari lalu.

Katanya, selain menemui bayi dalam beg, pihaknya turut menemui satu bungkusan mengandungi baju, kain batik sarung, seluar dalam, coli serta tuala yang mempunyai kesan darah tidak jauh dari perigi berkenaan.

"Kita percaya barangan yang ditemui kira-kira 20 meter dari perigi itu relevan dengan kes melibatkan bayi tersebut. Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

"Kita sedang mengesan mereka yang bertanggungjawab dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati," ujarnya.

Penyamun ceroboh banglo parah ditembak

Posted:

Penyamun ceroboh banglo parah ditembak

Penyamun ceroboh banglo parah ditembak

IPOH 2 Okt. - Seorang penjenayah parah selepas ditembak dengan pump gun ketika cuba memecah masuk banglo seorang ahli perniagaan yang terletak berhampiran dengan kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Di Hilir di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, ahli perniagaan tersebut yang berusia 91 tahun menyedari tindakan suspek menceroboh rumahnya lalu melepaskan tembakan.

Suspek rakyat tempatan berusia lingkungan 30-an yang pada mulanya berjaya melarikan diri terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, selepas dijumpai dalam keadaan cedera parah oleh orang ramai.

Lelaki itu kini masih menerima rawatan di hospital tersebut dan dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, selepas mendapat maklumat, sepasukan polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati terdapat enam orang tinggal di rumah itu.

Katanya, mereka terdiri daripada ahli perniagaan itu dan isterinya berusia 84 tahun serta seorang anak mereka berusia 70 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU), manakala tiga lagi pembantu rumah.

"Polis mendapati rumah tersebut dalam keadaan berselerak dengan kesan tompokan darah dan kita turut menemui sebilah parang yang dipercayai milik suspek serta kelongsong peluru pump-gun.

"Bagaimanapun, tiada barangan dilaporkan hilang dari rumah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Sekolah Angkat Polis Diraja Malaysia Peringkat Ipoh di Kompleks Latihan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azisman memberitahu, polis kemudian dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa terdapat seorang lelaki ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB akibat cedera ditembak dan ia selari dengan kejadian samun itu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved