Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sisa pepejal bukan lagi tugas MBBJ

Posted:

Sisa pepejal bukan lagi tugas MBBJ

Sisa pepejal bukan lagi tugas MBBJ

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 2 Okt. – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja pembersihan dan sisa pepejal di bandar raya ini bermula hujung tahun ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Burhan Amin berkata, tugas itu akan berkuat kuasa sepenuhnya jika pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihan bandar raya ini sejak tugas itu diberikan kepada PPSPPA sebulan lalu.

"Proses peralihan dan pengambilan tugas ini memerlukan sedikit masa penyesuaian kerana sejak 50 tahun lalu ia dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Peralihan tugas memerlukan perancangan dan pengurusan yang teliti sebelum ia berjalan dengan lancar dan menepati sasaran skop kerja," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh Bulanan MBJB di sini baru-baru ini.

Menurutnya, PPSPPA perlu membaiki mutu perkhidmatan sekiranya penduduk tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan kerana selepas tempoh peralihan tersebut, MBJB tidak akan mengendalikan sebarang aduan berkaitan sisa pepejal dan kerja pembersihan.

Kata Burhan, proses memperkenalkan peranan dan fungsi PPSPPA kepada orang ramai perlu dibuat secara lebih agresif kerana orang ramai mungkin masih menganggap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan masih di bawah tanggungjawab MBJB.

Dalam pada itu katanya, MBJB akan menggunakan peruntukan RM1 juta yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kerja-kerja pengindahan dan keceriaan landskap bandar raya ini.

Katanya, projek tersebut akan dimulakan di sepanjang Jalan Skudai sehingga ke Jalan Tun Abdul Razak sebelum diteruskan ke jalan-jalan protokol lain.

"Kerja-kerja pengindahan lain yang bersesuaian akan dikenal pasti supaya bertepatan dengan imej Johor Bahru sebagai pintu masuk pelancong asing,'' ujarnya.

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 bantu pencari kerja

Posted:

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 bantu pencari kerja

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 bantu pencari kerja

MERSING 2 Okt. - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak 2011) yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini merupakan medan terbaik untuk penduduk di daerah ini meneroka bidang kerjaya baru dan menambah ilmu kemahiran.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata pengunjung yang hadir lebih bertumpu kepada gerai-gerai yang menawarkan peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Seorang kakitangan kerajaan, Mohd. Asril Rezza Mohamed Asri, 23, berkata, program Kepak 2011 adalah sesuatu yang wajar diberikan pujian kerana ia berjaya menarik minat golongan muda untuk menambah ilmu pengetahuan selain memberi ruang pekerjaan kepada mereka.

Katanya, pemilihan lokasi adalah sangat sesuai kerana ia tidak hanya bertumpu di kawasan bandar sahaja sebaliknya meliputi kawasan luar bandar.

"Bagi saya promosi terhadap program ini perlu ditingkatkan agar lebih ramai dapat memanfaatkan program seperti ini untuk meningkatkan kerjaya mereka," katanya ketika ditemui di lokasi program di sini hari ini.

Karnival selama tiga hari yang berakhir hari ini dianjurkan dengan pendekatan turun padang secara menyeluruh dan agresif membabitkan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.

Bagi seorang kakitangan swasta, Badar Izayu Osman, 27, penambahbaikan dari segi susun atur gerai-gerai perlu dilakukan bagi mengelakkan pengunjung bertumpu di sesebuah tempat sahaja.

Katanya, program Kepak 2011 akan menjadi lebih menarik sekiranya cadangan penambahbaikan itu dilaksanakan pada masa akan datang.

Seorang lagi kakitangan swasta, Siti Hanisa Hazimat, 22, berkata, program seperti itu bersesuaian dengan generasi muda untuk mempertingkatkan kerjaya mereka dan pada masa sama menyediakan ruang bagi menambah kemahiran.

"Gabungan antara agensi kerajaan dan syarikat swasta menjadikan program ini sebagai satu lokasi pusat sehenti kerana ia menyediakan segala keperluan yang dicari terutamanya bagi pencari kerja," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved