Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gerudi dinding larikan emas

Posted:

Gerudi dinding larikan emas

Gerudi dinding larikan emas

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my


Dua penjenayah dipercayai bersembunyi di butik (kanan) sebelum menggerudi dinding untuk memasuki kedai emas (kiri) dalam kes curi di sebuah pasar raya di Puncak Alam, Kuala Selangor, kelmarin.


KUALA SELANGOR 10 Okt. - Dua penjenayah melarikan barangan kemas bernilai RM500,000 selepas menggerudi peti besi di sebuah kedai emas yang terletak dalam sebuah pasar raya besar di Kompleks Perniagaan Alam Jaya, Puncak Alam di sini semalam.

Kedua-dua suspek sebelum itu memecah masuk pasar raya tersebut melalui bumbung selepas premis itu ditutup malam Sabtu lalu sebelum menyelinap ke dalam sebuah butik pakaian dan menggerudi lubang di dinding butik untuk masuk ke dalam kedai emas.

Difahamkan, dua lelaki itu menggunakan sambungan elektrik dari butik pakaian untuk menggerudi dinding masuk ke kedai emas dan terus menggerudi peti besi bagi mengeluarkan barangan kemas yang disimpan di dalamnya sehingga awal pagi semalam.

Selepas berjaya mengeluarkan semua barangan kemas di dalam peti besi, mereka melarikan diri dengan meninggalkan gerudi serta peralatan lain yang digunakan untuk memecah masuk pasar raya tersebut.

Pemilik kedai emas hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja membuka perniagaannya awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya telah menemui semua peralatan yang ditinggalkan oleh kedua-dua suspek di tempat kejadian.

"Kita juga telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta bukti-bukti lain yang dapat membantu siasatan," kata beliau sambil memberitahu pihaknya sedang melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek.

Tambahnya, berdasarkan kenyataan yang diperolehi daripada pemilik kedai, kerugian kehilangan barang kemas dianggarkan berjumlah RM500,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis, suspek maut van bertembung lori ikan

Posted:

Polis, suspek maut van bertembung lori ikan

Polis, suspek maut van bertembung lori ikan

MERSING 10 Okt. - Seorang anggota polis dan seorang suspek kes dadah maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan ngeri membabitkan van polis dan lori ikan di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, berhadapan Ladang Anak Yatim Endau di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mereka yang maut ialah Koperal Razali Stapa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dan suspek berusia 45 tahun berasal dari Selangor yang ditahan atas kes dadah.

Tiga lagi yang terlibat dalam kemalangan itu cedera parah iaitu Lans Koperal Nik Li Nik Hassan yang patah bahu kiri, seorang lagi suspek yang belum dikenal pasti identitinya dan pemandu lori ikan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, semasa kejadian, mangsa bersama dua suspek dan seorang lagi anggota polis sedang dalam perjalanan pulang ke IPD Mersing setelah menyertai satu operasi dadah.

Menurutnya, kenderaan yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan dari Endau menuju ke Mersing.

"Ketika kejadian hujan lebat dan lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan van polis.

"Kedua-dua mangsa yang terbunuh tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kelindan lori ikan itu yang dipercayai Orang Asli melarikan diri sebaik sahaja kemalangan itu berlaku.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved