Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Guan Eng tetap 'berhutang'

Posted:

Guan Eng tetap 'berhutang'

Guan Eng tetap 'berhutang'

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 10 Okt. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap terus 'berhutang' selagi beliau tidak menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk negeri ini.

Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor, Abdullah Md. Yusof berkata, selagi Guan Eng tidak berbuat demikian, seluruh rakyat negeri ini tidak akan memaafkannya.

"Isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang memburuk-burukkan negeri ini sebenarnya belum selesai. Walaupun telah memohon maaf menerusi akhbar kepada Sultan Johor, beliau masih tetap menyalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya.

"Kita mahu dia menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seterusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor yang amat tersinggung dengan kenyataannya yang memburukkan Johor dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini," katanya.

Kemarahan rakyat Johor yang belum reda terhadap Guan Eng memuncak semula apabila beliau dilaporkan datang ke Tangkak baru-baru ini bagi mencari sokongan politik.

Abdullah berkata, sebagai Setiausaha Agung DAP dan pemimpin yang merasakan dirinya hebat, adalah amat memalukan, biadap dan tidak bermaruah kerana sanggup datang secara 'curi-curi' ke Tangkak bagi mencari sokongan politik di negeri yang didakwanya tidak selamat.

Justeru, beliau mengingatkan kira-kira 200,000 ahli gabungan NGO itu supaya tidak terpedaya dengan permainan politik Guan Eng.

Sementara itu, Pengerusi Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor Bahru, Mohd. Ghauth Mohd. Yusoff berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut amat biadap dan menunjukkan keangkuhannya terhadap rakyat Johor.

"Tahap kesabaran kita ada had dan batasannya kerana kita orang Johor memang kaya dengan adab dan sopan. Oleh itu, kita harap beliau wajar menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seluruh rakyat Johor ini dengan segera," katanya.

Beliau berkata, jika Guan Eng terus berdegil dan tidak mahu memohon ampun, pihaknya bersama gabungan NGO Melayu Johor akan membuat laporan polis sehingga beliau dihadapkan ke muka pengadilan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaluddin pula berkata, tindakan Guan Eng datang ke negeri ini menterjemahkan beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai maruah dan biadab.

"Sebagai pemimpin politik yang sering menunjukkan 'kehebatannya,' sepatutnya beliau tidak melangkah ke bumi Johor selagi tidak menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor.

"Kata Johor tak selamat, tetapi terhegeh-hegeh juga datang ke sini. Ini satu contoh fahaman politik sempit dan terdesak yang diamalkan oleh pemimpin DAP khususnya Guan Eng," katanya sambil menyifatkan tindakan itu seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Selangor didesak lakukan 8 perkara

Posted:

Kerajaan Selangor didesak lakukan 8 perkara

Kerajaan Selangor didesak lakukan 8 perkara

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin mendesak kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melakukan lapan perkara.

Desakan yang dilakukan itu adalah rentetan kerajaan negeri dan Menteri Besar yang bertindak melulu dengan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Ogos lalu.

Katanya, kepimpinan kerajaan negeri seharusnya menunggu laporan lengkap daripada JAIS berhubung perkara berkenaan sebelum melakukan sebarang tindakan.

Zulkifli menerusi blognya hari ini, mendesak kerajaan negeri Selangor bersama dengan Menteri Besarnya agar melakukan lapan perkara berikut;

"Saya mendesak agar Abdul Khalid dan seluruh kerajaan negeri Selangor wajib meminta maaf kepada baginda kerana keceluparan menyalahkan JAIS, sedangkan baginda belum menerima laporan penuh.

"Mereka juga (Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor) perlu meminta maaf kepada JAIS kerana tindakan terburu-buru menyalahkan jabatan agama itu," tegasnya.

Selain itu, beliau juga mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap kegiatan dakyah DUMC itu yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan segera menutup operasi DUMC yang dijalankan tanpa permit dan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

"Kerajaan Selangor juga wajib menyiasat pertumbuhan dan percambahan gereja-gereja yang beroperasi di rumah kedai dan membatalkan 'perintah tutup mulut' yang dikeluarkan terhadap Exco daripada membincangkan isu ini.

"Pakatan pembangkang, terutamanya kaum Anwarinas perlu memohon maaf kepada Exco Hal Ehwal Islam Negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dan JAIS kerana tuduhan dan fitnah melulu yang dibuat terhadap mereka.

"DUMC juga wajib meminta maaf kepada baginda dan umat Islam atas cubaan mendakyah umat Islam," katanya.

Rentetan itu, Zulkifli juga menyatakan rasa syukur berkenaan dengan titah baginda yang menegaskan bahawa tindakan JAIS itu menepati undang-undang negeri Selangor setelah mendapat laporan penuh berhubung isu berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved