Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Terminal bas gajah putih

Posted:

Terminal bas gajah putih

Terminal bas gajah putih

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


RUANG bas di Terminal Bas dan Teksi Rawang kosong berikutan keenggan pemandu menggunakan terminal itu.


RAWANG 10 Okt. – Hasrat orang ramai di sini untuk menikmati kemudahan pengangkutan awam dengan selesa dan selamat terpaksa dilupakan walaupun kerajaan sudah membina terminal bas dan teksi di situ.

Ini berikutan tindakan pemandu bas yang berdegil dan ingkar arahan pihak berkuasa agar semua operasi mengambil dan menurunkan penumpang tidak lagi dilakukan di luar terminal itu bermula 30 September lalu.

Walaupun pada peringkat awal pelaksanaannya, semua pemandu bas mematuhi arahan itu tetapi ia hanya bertahan selama empat hari sahaja.

Kedegilan pemandu dan pengusaha bas mematuhi arahan pihak berkuasa itu menimbulkan persoalan kepada banyak pihak.

Adakah mereka kebal dari segi undang-undang atau pihak yang berkuasa yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tegas dan berkesan.

Tinjauan Utusan Malaysia di terminal itu mendapati, keadaan di luar terminal terus sesak dengan orang ramai menunggu bas untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Ada antara mereka dilihat masih keliru dengan perubahan lokasi bas yang kembali semula beroperasi di luar bangunan terminal.

Difahamkan, sebelum ini, pengusaha telah mengemukakan beberapa sebab sebagai alasan tidak memindahkan operasi mereka ke dalam bangunan terminal.

Antaranya ialah meminta laluan di situ dijadikan jalan sehala dan petak bas diubah suai tetapi selepas permintaan itu dipenuhi oleh pihak berkuasa, mereka masih enggan berpindah.

Difahamkan juga, sikap tamak dan berlumba-lumba mendapatkan pelangggan adalah antara punca utama pengusaha bas di situ masih ingkar mematuhi arahan pihak berkuasa.

Hampir setiap hari pergaduhan akibat berebut penumpang dapat disaksikan oleh orang ramai yang berada di sekitar terminal itu.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberitahu, pihaknya tidak mempunyai kuasa penuh untuk menyelesaikan masalah itu.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainal Abidin Aa'la ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lebih bertanggungjawab mencari penyelesaian kepada isu berkenaan.

"Bagi pihak MPS, kami melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis dan tindakan yang diambil lebih kepada pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Batal lesen jika perlu - Pengguna

Posted:

Batal lesen jika perlu - Pengguna

Batal lesen jika perlu - Pengguna

RAWANG 10 Okt. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dirayu agar menyelesaikan segera isu terminal bas dan teksi di sini demi keselamatan dan keselesaan pengguna, selain mengelakkan peniaga menanggung rugi.

Orang ramai mendakwa kompaun yang dikeluarkan selama ini kepada pengusaha bas tidak memberi kesan besar kerana pengusaha dilihat masih mengulangi perbuatan sama.

Apa yang diharapkan ialah tindakan lebih tegas terutama menarik balik lesen bagi memastikan pengusaha benar-benar tahu keseriusan kerajaan dalam meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini.

Seorang peniaga, R.Subba Rao berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan terminal itu dapat beroperasi dengan baik dan lancar.

Katanya, terminal yang disediakan itu bukan sahaja demi menjamin keselamatan pengguna tetapi juga keselesaan mereka.

Pengurus terminal bas itu, Ang Lip Kee berkata, situasi yang berlaku kini turut memberi masalah kepada pihaknya yang ditugaskan menjalankan kerja-kerja penyelenggara di situ.

Katanya, pihak pengurusan sudah sedaya-upaya memastikan terminal itu digunakan seperti yang dirancang, namun ternyata ia tidak seperti yang diharapkan.

"Tindakan pengusaha bas kembali beroperasi di luar terminal ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada penutup longkang dan saluran utiliti, tetapi juga kon yang diletakkan sebagai penghalang di kawasan yang tidak dibenarkan beroperasi," katanya.

Seorang peniaga, Azizan Buyong berkata, sekiranya arahan dipatuhi, sudah pasti peniaga di sini tidak terus menanggung kerugian seperti yang berlaku lebih dua tahun sebelum ini.

Seorang pelajar, Sarah Idayu Abdullah, 16, berkata, keadaan sekarang menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak kerana ramai yang keliru lokasi sepatutnya untuk menunggu bas.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai pengguna pengangkutan kami mahukan jaminan keselamatan dan keselesaan, apatah lagi bangunan terminal sudah sedia ada," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Puteri UMNO ceriakan 180 pesakit

Posted:

Puteri UMNO ceriakan 180 pesakit

Puteri UMNO ceriakan 180 pesakit

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seramai 180 pesakit di Hospital Selayang di sini ceria apabila menerima kunjungan ahli-ahli Puteri UMNO yang turut menyampaikan hamper serta cenderamata kepada mereka semalam.

Kunjungan tersebut disertai oleh seramai 40 ahli Puteri UMNO Bahagian Selayang dan Gombak.

Exco Puteri UMNO, Norhamizah Mat Tahir berkata, kunjungan tersebut merupakan salah satu program dalam Projek Puteri Prihatin yang bertujuan mendekati masyarakat terutama yang di dalam kesusahan.

"Kesemua sumbangan diserahkan kepada pesakit di wad kanak-kanak dan wad bersalin. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada pesakit sempena Majlis Sinar Kasih Warga Ibu dan Kanak-Kanak 1Malaysia.

Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Gombak, Rozazita Daud.

Norhamizah berharap kunjungan itu dapat mengeratkan hubungan antara ahli sayap itu dengan masyarakat setempat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved