Isnin, 10 Oktober 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan parah, Selangor selesa

Posted:

Kelantan parah, Selangor selesa

Kelantan parah, Selangor selesa


Pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahaya (kiri) mengelak asakan pemain Kelantan, S. Subramaniam dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.


KUALA LUMPUR - Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.

Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.

Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.

Di Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1.

Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan ke-57.

Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan ofsaid.

Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli pada minit ke-76.

Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada T-Team.

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.

Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan Pantai Timur itu pulang ke Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan satu gol.

Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Full content generated by Get Full RSS.

Suhaimi Yusof pertaruhan baru PKNS

Posted:

Suhaimi Yusof pertaruhan baru PKNS

Suhaimi Yusof pertaruhan baru PKNS

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Selaku juara 2010, PKNS (berbaju oren) disebut-sebut antara pilihan utama kategori terbuka peringkat antara zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Shah Alam mulai Jumaat ini.


KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah kehilangan dua tonggak ke skuad elit negara, malah mengakui cukup merindui khidmat mereka apabila cuba mempertahankan gelaran kategori terbuka pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Shah Alam mulai Jumaat ini.

Tekong regu juara tahun lalu, Noor Azman Abdul Hamid tidak dapat menyertai kejohanan ini sejak PKNS A muncul naib juara Zon Selatan, Jun lalu lagi dan pengumpan, Mohd. Muqlis Borhan pula menyusuli langkahnya sejak Ogos lalu sekali gus terpaksa melupakan regu D yang turut meraih tempat ketiga di Pasir Gudang itu.

Pengurus pasukan PKNS, Azalan Miswan bagaimanapun tidak mudah untuk menekan 'butang kecemasan' menjelang saingan peringkat antara zon di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam ekoran ketiadaan mereka malah sudah menamakan bekas apit kiri kebangsaan, Suhaimi Yusof sebagai pengganti dalam regu B.

"Sebelum ini kami mendaftarkan empat pemain regu A dan tiga pemain bagi B ke Zon Selatan tetapi dengan ketiadaan terbaru Mohd. Muqlis, kami masih mempunyai tiga kekosongan tempat untuk ke Antara Zon (setiap regu dibenarkan memiliki lima pemain maksimum)," katanya, semalam.

Menurut Azalan, Suhaimi sah untuk disenaraikan sebagai pemain PKNS B memandangkan status hanya seorang bekas pemain negara dalam sesebuah regu seperti yang disyaratkan oleh penganjur Kejohanan KFC-Utusan, tidak melibatkan mereka yang sudah berusia bawah 18 tahun dan 40 tahun ke atas.

"Kami juga masih mahu mendapatkan khidmat beberapa pemain yang tidak kurang handalnya yang di luar syarat berkenaan dan mungkin sudah beraksi di mana-mana saringan zon kejohanan ini tetapi sudah terkandas sebelum ke separuh akhir lagi. Kami harap nama mereka sempat untuk didaftarkan (tarikh akhir hari ini)," katanya.

Regu A anak buah Khairul Anuar Mohd. Noor ini dihampakan Pestans A yang diperkuatkan tekong emas Sukan SEA 2005, Normanizam Ahmad 2-0 untuk hanya meraih RM2,000 sementara regu B mereka berkongsi tempat ketiga dan tiket wakil Zon Selatan dengan UTM B selepas kedua-duanya kalah pada separuh akhir.

PKNS bagaimanapun terlepas peluang menambah sekurang-kurangnya dua regu jika layak dari Zon Tengah di Paroi, Seremban, bulan lalu walaupun sudah beroleh khidmat bekas pemain kebangsaan gara-gara kekurangan pemain di posisi lain yang mampu digandingkan dengan mantap.

Mengenai format liga berkumpulan di Shah Alam kali ini berbanding kalah mati di setiap zon, Azalan juga menaruh harapan supaya PKNS diundi dengan beberapa pasukan yang agak senang untuk ditentang sekali gus mampu mencerahkan peluang mereka mempertahankan kejuaraan Terbuka dan mengaut ganjaran RM10,000 semula.

Menurut format undian oleh penganjur yang dijadualkan berlangsung di UiTM, Khamis ini, keempat-empat wakil yang berentap dalam saringan zon lalu, tidak akan bertemu lagi atau diundi sekumpulan di peringkat liga awal keesokannya dan hanya mungkin bertembung sesama mereka semula di peringkat kalah mati mulai Sabtu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved