Utusan Online - Timur |
- 57 pelatih berdepan tindakan
- Kempen kibar Jalur Gemilang masih disambut dingin
- Tubuh skuad khas tangani mercun
Posted: 57 pelatih berdepan tindakanOleh MOHD. ISWAN SHAFIQ KUALA TERENGGANU 5 Ogos - Seramai 57 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari negeri ini mungkin berdepan tindakan yang lebih keras setelah gagal menghadirkan diri pada program itu untuk siri 6/2009 yang lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ia hasil laporan polis yang diterima di setiap daerah dan diserahkan pada 28 Julai yang lalu. Menurut beliau, daripada jumlah itu, 31 kes dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu, tujuh di Kemaman, 11 di Dungun, lima di Besut dan tiga lagi di Hulu Terengganu. "Pihak PLKN memandang serius perkara ini dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 18 (1), Akta Latihan Khidmat Negara 2007," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam. Jelas Manoharan, pihaknya akan mengkaji punca sebenar pelatih terbabit gagal menghadiri program berkenaan. "Saya berharap agar mana-mana pelatih yang tidak hadir pada siri 6/2009 supaya datang ke balai polis berdekatan untuk memudahkan siasatan pihak kami," ujar beliau. Dalam perkembangan lain, Manoharan memberitahu, siasatan pihaknya mendapati kes pemasangan kamera video di sebuah tandas perempuan di sebuah sekolah di Kemaman dipercayai melibatkan rakan pelajar terbabit. Katanya, kes tersebut dianggap serius dan akan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh hak peribadi. "Kita percaya kamera yang dipasang itu jenis mudah didapati di mana sahaja dan harganya pula agak murah," ujarnya. Justeru, beliau berharap agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya. "Pada masa sama, mana-mana pelajar yang mempunyai maklumat berkaitan pemasangan kamera video diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Kempen kibar Jalur Gemilang masih disambut dingin Posted: Kempen kibar Jalur Gemilang masih disambut dingin
KOTA BHARU 5 Ogos - Kempen kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan untuk menggalakkan semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta mengibarkan bendera sempena bulan kemerdekaan, masih belum mendapat sambutan memuaskan. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar itu mendapati hanya bangunan-bangunan kerajaan dan institusi pendidikan yang menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Bangunan-bangunan perniagaan milik swasta termasuk beberapa kompleks beli-belah yang menjadi tumpuan sebaliknya hanya 'berdiam diri' tanpa mengambil inisiatif untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Beberapa orang awam yang ditemui ternyata gembira dengan suasana ceria bangunan-bangunan Kerajaan Pusat dan negeri yang kelihatan berwarna-warni dengan hiasan bendera-bendera tersebut. Mohd. Zamri Zakaria, 25, ketika ditemui berkata, semangat kemerdekaan seperti itu perlu dilakukan setiap tahun untuk mengingatkan orang ramai mengenai nilai kemerdekaan. "Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh semua pihak. Kibaran bendera yang banyak ini mengembalikan nostalgia bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. ''Saya juga sudah memasang bendera di rumah dan kereta kerana bagi saya Bulan Kemerdekaan perlu diraikan seperti bulan-bulan perayaan yang lain," katanya. Antara bangunan kerajaan yang paling meriah dihiasi kibaran bendera adalah bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kota Darulnaim dan Wisma Persekutuan. Beberapa bangunan lain seperti bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKBBRI) serta Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu turut dihias dengan kibaran Jalur Gemilang. Sementara itu, seorang peniaga, Firdaus Amir, 56, kesal dengan situasi berbeza yang dapat dilihat di beberapa premis perniagaan tumpuan ramai yang masih lagi belum mengibarkan Jalur Gemilang. "Satu bendera pun sudah cukup tetapi tidak ada langsung. Bagi saya kalau sudah taraf sebagai pusat beli-belah maka mereka perlu kibar Jalur Gemilang sebagai galakan kepada pengunjung untuk sama-sama melakukannya. "Saya harap dalam beberapa hari lagi keadaan ini akan berubah. Tidak kisahlah terpaksa berbelanja untuk bendera kerana yang penting negara kita sudah merdeka dan tugas kita sekarang hanyalah untuk mengingati dan meraikannya," katanya yang berasal dari Tumpat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Tubuh skuad khas tangani mercun Posted: Tubuh skuad khas tangani mercunKOTA BHARU 5 Ogos - Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi mengumpul maklumat berhubung kegiatan pihak-pihak tertentu menjual dan memiliki mercun sepanjang bulan Ramadan ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pasukan itu akan ditempatkan di setiap daerah untuk mengesan mereka yang menjual, memiliki dan membawa mercun. "Pasukan itu untuk cari maklumat dan jika terdapat mana-mana (pihak) yang menjual, memiliki dan membawa segalanya kita akan ambil tindakan undang-undang. "Ini adalah langkah pencegahan saya agar mereka tidak lakukannya (jual mercun). Kita sudah bincang dan keluar arahan untuk mendapatkan maklumat itu 24 jam sehari," katanya. Jalaluddin yang baru dilantik mengetuai kontinjen Kelantan bulan lalu bercakap kepada pemberita di sini, hari ini selepas majlis penyerahan bantuan penghargaan kepada anak-anak polis yang berjaya dalam peperiksaan awam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan