Utusan Online - Rekreasi |
Posted: Berekreasi di ar-RaudhahOleh ROSMAH DAIN
JIKA dilihat perjalanan dari luar, ar-Raudhah Vacations and Events Sdn. Bhd. tidaklah kelihatan seperti tempat untuk dikunjungi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan mengikuti aktiviti luar. Namun sebaik sahaja sampai ke tempat rekreasi yang terletak di pinggiran bukit-bukau berlatarkan kehijauan flora dan fauna itu, segalanya terjawab. Terletak di kawasan seluas 100 hektar yang mana 40 hektar ditanami dengan pokok buah-buahan, sebahagian menjadi pusat ternakan kambing Boer bergenetik tinggi dan 35 ekor kuda. Menurut Pengarahnya, Kartina Abdul Ghani, kawasan ar-Raudhah telah dibuka sejak 2002 dan hanya diketahui individu dan pihak tertentu sahaja. ''ar-Raudhah pada permulaannya telah dibangunkan untuk kegunaan peribadi. ''Hanya pada tahun ini sahaja, pemiliknya berhasrat untuk membukanya kepada orang ramai yang mahu menjalankan aktiviti sosial seperti upacara dan majlis meraikan perkahwinan, acara-acara korporat, pelancaran produk, hari keluarga, management retreat dan banyak lagi yang boleh diatur mengikut keperluan kumpulan-kumpulan tertentu," katanya ketika ditemui di ar-Raudhah, Kuang, Selangor, baru-baru ini. Sambil ditemani Pelatih - (Training and Event), Kushairi Amir Kamarudin dan pegawai pemasaran, Adibah Mansor, kami meninjau kemudahan yang ada di situ seperti ar-Raudhah Equine Centre yang menempatkan 35 ekor kuda. Haiwan-haiwan ini boleh digunakan untuk latihan menunggang atau riadah mengelilingi kawasan ini. Kuda-kuda ini dijaga dengan baik oleh para petugas di bawah Pengarah Operasinya, Mohamad Din Mat. Begitu juga dengan pusat latihan bagi 60 orang lengkap dengan bilik tidur, surau, dewan makan, dewan, wi fi, karaoke dan TV. ''Antara kemudahan lain yang akan dibina ialah kolam renang dan bangunan serba guna dua tingkat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan seperti abseiling, rapeling, flying fox, wall climb tower, paint ball, obstacle tracks, jungle tracking untuk peminat aksi lasak. Pendek kata sebut sahaja, kami akan cuba penuhi," jelasnya. Kartina mengakui, kini dengan hanya pemanduan selama 45 minit dari Kuala Lumpur, para pengunjung boleh menikmati semua kemudahan ini. Dalam pada itu sekiranya para pengunjung hanya mahu berehat sambil menikmati pemandangan di kawasan ini, terdapat kelengkapan vila dan pangsapuri yang indah untuk para pengunjung sambil menikmati air terjun, sewang bersama Orang Asli dan menikmati buah-buahan segar. Di sini juga terdapat unit-unit pavilion, enam vila suite, lapan pangsapuri suite, 60 unit kabin bagi yang mahukan kemudahan menginap di hujung minggu. ar-Raudhah Vacations and Events Sdn. Bhd. boleh dihubungi 03-9287 6371/8408 atau www.arraudhahvacations.com atau 017-209 5212 (Adibah) untuk pertanyaan lanjut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rekreasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan