Sabtu, 6 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Dijamin siap Oktober ini

Posted:

Dijamin siap Oktober ini

Dijamin siap Oktober ini

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 5 Ogos - Sejumlah 196 unit ruang kedai dan pejabat mengandungi 1,176 lot yang terbengkalai di Pulau Melaka dijangka siap sepenuhnya Oktober ini.

Projek tersebut yang terbengkalai selama 15 tahun telah diambil alih oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI) menerusi peruntukan dan pinjaman bank RM64.7 juta bagi membaik pulih projek tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja membaik pulih berjalan lancar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang dilantik oleh CMI untuk mengurus projek itu memberi jaminan 196 unit ruang kedai dan pejabat boleh diduduki Oktober ini.

Menurutnya, CMI telah mengemukakan semula surat tawaran baharu dengan kenaikan harga 20 peratus kepada 430 pembeli asal.

''Daripada jumlah tersebut hanya 40 pembeli asal telah menandatangani kontrak bersetuju dengan perjanjian baharu yang dikemukakan oleh CMI.

''Jika ada pembeli asal yang enggan menerima tawaran baharu yang dikemukakan kepada mereka, lot-lot itu akan dijual kepada orang ramai yang berminat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan singkat dan meninjau kerja-kerja membaik pulih projek terbengkalai di Pulau Melaka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, beliau yakin kesemua 196 unit mengandungi 1,176 lot kedai dan pejabat akan terjual menjelang hujung tahun ini.

''Pulau Melaka yang dulunya sepi akan 'kembali bernafas' apabila seluruh projek kedai dan pejabat yang dibaik pulih ini siap nanti," ujarnya.

Katanya, dengan adanya Taman Tema Singa Laut, Arab City dan buaian gergasi menggantikan Eye On Malaysia di tapak baru di sini, Pulau Melaka akan menjadi satu destinasi tumpuan orang ramai seperti di Banda Hilir.

Sementara itu, beliau berkata, dua bangunan pangsapuri yang dibaik pulih terletak bersebelahan Masjid Selat pula akan dijual antara RM100,000 dan RM150,000 sebuah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terharu terima kunjungan Tunku Ampuan Besar NS

Posted:

Terharu terima kunjungan Tunku Ampuan Besar NS

Terharu terima kunjungan Tunku Ampuan Besar NS


Tuanku Aishah Rohani (kanan) melihat aktiviti pembelajaran yang dilakukan pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Air Hitam, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 5 Ogos - Sebanyak 33 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Air Hitam dekat sini, gembira menerima kunjungan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, baru-baru ini.

Mereka juga melahirkan terharu apabila Tuanku Aishah Rohani sanggup meluangkan masa beramah mesra dan memberi cenderamata kepada para pelatih berkenaan.

Nornadia Azwa Kassim 22, dari Felda Lui Selatan, gembira apabila berpeluang menyanyikan lagu untuk Tuanku Aishah Rohani.

"Selama tiga minggu saya berlatih dan hari ini saya berjaya menyanyikan lagu 'Standing In The Eyes Of The World' khas buat baginda. Usaha saya berbaloi apabila baginda suka saya menyanyikan lagu tersebut,'' katanya.

Rakannya, Mohd. Fahmi Abu Mansor, 26, pula menyifatkan Tunku Ampuan Besar seorang raja permaisuri yang peramah.

"Baginda amat mesra. Baginda datang berbual mengenai lukisan saya. Saya rasa gembira apabila menerima buah kurma dan hadiah dari baginda.

"Ini kali pertama saya dapat berjumpa Tuanku Aishah Rohani. Sebelum ini saya hanya dapat menatap gambar baginda," ujarnya yang mengalami masalah pembelajaran.

Roshidah Abd. Malik, 29, mengakui berasa gementar semasa menanti kehadiran Tuanku Aishah Rohani.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dapat jumpa dan berbual dengan baginda. Selain cantik, baginda juga baik sehinggakan sanggup datang melawat kami di sini," katanya.

Perasaan serupa dikongsi oleh Nor Hidayah Ibrahim, 24, juga dari Felda Lui Selatan.

"Hari ini kami berpeluang bertemu baginda. Harapan saya selepas ini, kalau berpeluang mahu berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Usah abaikan pemakaian, kualiti topi keledar

Posted:

Usah abaikan pemakaian, kualiti topi keledar

Usah abaikan pemakaian, kualiti topi keledar

SEREMBAN 5 Ogos - Sebahagian penunggang dan pembonceng motosikal di negeri ini didapati masih memandang ringan aspek pemakaian topi keledar dengan cara yang betul.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, sedangkan sikap ambil mudah itu boleh meningkatkan risiko kecederaan parah di kepala seterusnya mengakibatkan kematian jika terlibat dalam kemalangan.

Malah, katanya, lebih membimbangkan ada dalam kalangan mereka yang mengambil jalan 'berjimat' dengan membeli topi keledar yang tidak mempunyai sebarang kelulusan Sirim Bhd.

''Kita melihat perkara ini sebagai sesuatu yang perlu dibendung dengan segera kerana tidak sewajarnya mereka terus menerus memandang ringan aspek ini," katanya.

Ismail yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelupusan Topi Keledar Terpakai di Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri di sini. hari ini.

Turut hadir Pengarah JKJR negeri, Mohd. Rusdi Ismail.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, lebih 1,000 topi keledar lama dan tidak mematuhi piawaian Sirim dilupuskan JKJR sepanjang Januari hingga Jun tahun ini hasil operasi yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.

''Langkah pemusnahan tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa pemakaian topi keledar yang selamat merupakan satu kemestian.

''Bagi tujuan yang sama, hampir 10,000 topi keledar telah diganti dan diberi percuma kepada penunggang dan pembonceng motosikal menerusi pelbagai program kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan sepanjang dua tahun sebelum ini," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved