Utusan Online - Politik |
Pembangkang mula sedar siapa Anwar Posted: Pembangkang mula sedar siapa AnwarOleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA KUALA LUMPUR 5 Ogos – Tindakan pembangkang mencari alternatif Ketua Pembangkang yang baru menunjukkan mereka telah sedar siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenar. Saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali berkata, tidak mustahil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar. "Tidak mustahil ia berlaku kerana pada pengalaman saya, satu gelombang baru kini wujud dalam pembangkang apabila mereka sebenarnya mahu mencari ketua yang baru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas desas-desus pembangkang yang cuba 'memikat' Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, baru-baru ini. Ummi Hafilda yang juga adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau sendiri amat terkejut dengan perubahan penyokong pembangkang apabila mereka datang berjumpa dengannya bagi mengetahui sikap Anwar yang sebenar. "Perkembangan ini saya lihat sebagai satu desakan di peringkat bawah kepada pemimpin di atas supaya mencari pemimpin yang boleh dipercayai," katanya. Malah, katanya, beliau turut didatangi oleh salah seorang ahli keluarga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendengar sendiri cerita daripadanya mengenai Anwar. "Setelah mendengar penjelasan saya, dia kesal kerana sikap Nik Abdul Aziz yang masih mahu menerima dan bersekongkol dengan Anwar," katanya. Ummi Hafilda berkata, sudah tiba masanya bagi Pas 'meninggalkan' Anwar memandangkan telah banyak rahsia demi rahsia mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan skandalnya terbongkar. Katanya, penyokong pembangkang juga sudah mula muak dengan Anwar yang sentiasa mahu berdolak-dalik dengan isu-isu yang dihadapinya terutama kes liwat yang belum selesai di mahkamah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Nik Aziz terus nafi jumpa Tengku Razaleigh Posted: Nik Aziz terus nafi jumpa Tengku RazaleighKOTA BHARU 5 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh Hamzah bagi mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai berniat jahat, Nik Abdul Aziz berkata, lagi pun tidak ada sebarang perkara yang disembunyikan sepanjang hidupnya. "Mari dari mana (berjumpa dengan Tengku Razaleigh), kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya tidak ada rahsia dan tuan-tuan semua tahu sendiri, tidak ada (pertemuan), mengarut. "Saya nasihatkan orang yang buat berita itu supaya jaga akhlak, kalau akhlak buruk pun jagalah dalam bulan Ramadan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tulisan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, hari ini. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Pengarah Hal Ehwal Agama, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar mencabar Nik Abdul Aziz supaya membuat penafian dengan al-Quran bagi membuktikan beliau atau ejennya tidak pernah mempelawa Tengku Razaleigh mengetuai pembangkang pada masa depan. Ini kerana, penafian Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu melalui laman Facebooknya merupakan satu penafian tidak serius dan janggal. Sebelum itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan pertemuan antara Nik Abdul Aziz dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang benar-benar berlaku. Sementara itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keadaan kesihatannya tidak mengganggu tugasnya untuk mentadbir negeri ini. "Setengah orang dengar saya sakit rasa simpati, setengah orang rasa mujur. Saya pergi hospital minggu lepas selepas giliran (pemeriksaan) tiga bulan sekali, doktor kata kolestrol saya tidak ada, benda tidak ada apa. "Tolong doa (kesihatan saya), umur saya 80 tahun, kalau saya sakit pun munasabah tetapi kalau sakit sampai ganggu kerja, saya minta maaf. Sekarang keadaan kesihatan saya tidak menganggu pentadbiran," katanya. Kelmarin, Nik Abdul Aziz menafikan beliau menghidap kanser seperti yang dilaporkan portal berita, www.kelatekito.net tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan