Utusan Online - Pahang |
- Berpuluh gerai rosak teruk
- 121 orang kurang bernasib baik terima bantuan
- Pengusaha hotel digesa pasang CCTV
Posted: Berpuluh gerai rosak terukOleh HARIS FADILAH AHMADutusanpahang@utusan.com.my
KUALA LIPIS 5 Ogos - Berpuluh-puluh gerai di tapak pasar malam dan Bazar Ramadan Pekan Sungai Koyan, dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut dan hujan lebat malam tadi. Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, puluhan kanopi berterbangan dipukul angin kencang manakala barang jualan bertaburan di atas tanah dan dalam longkang. Seorang peniaga sayur-sayuran, Norhazimah Hadi, 22, berkata, kejadian ribut itu merupakan kali pertama dialaminya sejak membantu ibu bapanya berniaga di pasar malam tersebut. "Ketika angin kencang, keadaan bertambah kelam-kabut dan kedengaran tangisan kanak-kanak dan ada peniaga melaungkan azan," katanya kepada pemberita di sini semalam. Menurut Norhazimah, dia dan adiknya sempat memegang payung dan kanopi supaya tidak diterbangkan angin kencang. Seorang peniaga ikan bakar, Zulhazrul Zaiha, 30, berkata, ketika kejadian, dia pulang ke rumah untuk berbuka puasa sebelum menyambung perniagaan di bazar itu. "Selepas berbuka puasa, saya bergegas ke gerai di tapak bazar Ramadan itu ketika angin kencang dan hujan lebat melanda. "Saya baharu tiga hari memulakan perniagaan ikan bakar untuk menambah pendapatan sempena Ramadan ini tetapi musnah dalam sekelip mata sehingga menanggung kerugian sebanyak RM300," katanya. Peniaga minuman, Jafri Siteh, 44, berkata, dia bersyukur kerana malapetaka berkenaan tidak membabitkan nyawa dan kecederaan ke atas peniaga dan orang ramai. "Ketika kejadian, kebanyakan peniaga bazar Ramadan pulang ke rumah untuk berbuka puasa dan cuma yang tinggal hanya peniaga pasar malam," katanya. Jafri menambah, para peniaga terbabit tidak sempat menyelamatkan peralatan perniagaan dan barangan jualan kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
121 orang kurang bernasib baik terima bantuan Posted: 121 orang kurang bernasib baik terima bantuanPEKAN 5 Ogos - Seramai 121 orang kurang bernasib baik menerima bantuan pada majlis berbuka puasa di Felda Chini Timur 1 di sini semalam. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyampaikan bantuan tersebut kepada golongan terbabit dan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 penduduk tanah rancangan itu. Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Shah Tengku Abdullah dan Tengku Ameer. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun. Terdahulu dalam ucapannya, Abu Bakar berkata, penduduk Felda Chini Timur amat gembira dengan keberangkatan baginda untuk berbuka puasa bersama rakyat. Menurut Abu Bakar, selain majlis berbuka puasa, Tengku Abdullah tidak melupakan nasib golongan tidak bernasib baik yang diraikan menerusi bantuan Hari Raya Aidilfitri. "Ini termasuklah menyampaikan bantuan kepada 121 golongan tidak berupaya di sekitar Felda Chini Timur. "Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun," katanya. Katanya, majlis itu merupakan sumbangan Felda dan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pejabat Tanah dan Galian Pekan. | ||
Pengusaha hotel digesa pasang CCTV Posted: Pengusaha hotel digesa pasang CCTVJERANTUT 5 Ogos - Pengusaha hotel dan calet di sini digesa memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing bagi memudahkan polis menyelesaikan sesuatu kes jenayah dengan cepat. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zakaria Kassim berkata, antara lokasi strategik untuk memasang CCTV adalah di kaunter, lobi, restoran, bilik Internet, lif dan laluan bilik penginapan berkenaan. "Penggunaan CCTV amat penting untuk polis mengecam suspek dalam kes tertentu agar dapat diselesaikan segera," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam. Zakaria berkata, kejayaan polis memberkas seorang suspek yang berusia 18 tahun yang mencuri wang dan dokumen penting seorang pelancong Perancis, di sini kelmarin adalah dengan bantuan kamera litar CCTV dipasang di sebuah hotel di sini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan