Utusan Online - Luar Negara |
Kemarau di Somalia makin buruk Posted: Kemarau di Somalia makin buruk
GENEVA 5 Ogos - Persatuan Palang Merah Antarabangsa mengumumkan tambahan peruntukan bagi membantu masalah kebuluran yang dihadapi rakyat Somalia akibat musim kemarau, keganasan dan pergolakan politik dalaman. Masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak Somalia pada usia lima tahun kini berada di atas paras 20 peratus dan semakin meningkat. Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Jakob Kellenberger memohon bantuan dana sebanyak AS$86 juta (RM258 juta) untuk membantu kira-kira 1.1 juta rakyat Somalia yang menderita akibat kebuluran. "ICRC Geneva telah menghantar bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan terbesar dalam tahun ini untuk keperluan 162,000 penduduk di tengah dan selatan Somalia," katanya. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan. Somalia turut berhadapan dengan keganasan daripada militan rangkaian al-Qaeda yang menguasai wilayah-wilayah bermasalah. "Palang Merah sedang mengadakan perbincangan dengan 'jawatankuasa kemarau' yang ditubuhkan kumpulan militan rangkaian al-Qaeda, Al-Shabab berhubung isu kebuluran, namun tiada sebarang penyerahan duit atau pampasan diberi kepada mereka," ujar Kellenberger. Kumpulan tersebut bagaimanapun menafikan isu terbabit dan tidak membenarkan Program Makanan Dunia menghulurkan bantuan kepada penduduk Somalia. Sementara itu, berpuluh-puluh ribu pelarian Somalia melarikan diri ke tengah selatan negara itu bagi mendapatkan makanan di kem pelarian di Ethiopia, Kenya dan Mogadishu. Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kem pelarian di ibu negara Somalia dan mencuri bantuan makanan, Menurut saksi yang juga seorang pemandu. Abdikadir Mohamed, lima orang terbunuh di tempat kejadian selepas puak militan melepaskan tembak untuk merampas bantuan makanan tersebut. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Filipina, MILF setuju percepat rundingan damai Posted: Filipina, MILF setuju percepat rundingan damaiMANILA 5 Ogos - Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bersetuju mempercepatkan rundingan damai bagi mengakhiri konflik di selatan negara ini. Persetujuan itu dicapai selepas Presiden Benigno Aquino mengadakan pertemuan pertama dalam tempoh 14 tahun selama hampir dua jam dengan pemimpin MILF, Murad Ebrahim di sebuah hotel berhampiran Lapangan Terbang Nikita, Tokyo, hari ini. "Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mempercepatkan proses rundingan damai bagi mengakhiri konflik di selatan negara ini. "Persetujuan tersebut merupakan sesuatu yang boleh kita harapkan namun masih banyak langkah-langkah yang perlu diambil kira," kata seorang panel pengaman menerusi telefon. Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin tersebut akan mengadakan pertemuan kedua di Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini dengan mengutarakan isu berkaitan struktur pendudukan masyarakat Islam di selatan Filipina yang kebanyakannya didominasi penganut agama Roman Katolik. Sementara itu, Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) berkata, pertemuan rahsia tersebut merupakan strategi yang berisiko kerana kumpulan pemberontak berasa ragu-ragu dengan kesungguhan Manila untuk mencapai kedamaian. "Rundingan tersebut dilihat berisiko kepada pentadbiran Aquino dan akan memberi kesan negatif, sekiranya kata persetujuan gagal dicapai," katanya. Pada 1996, Presiden Filipina ketika itu, Fidel Ramos berjaya mencapai kata putus dalam rundingan damai dengan MILF apabila mewujudkan kerajaan autonomi bagi masyarakat Islam di selatan negara ini. - Reuters/AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan