Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ijazah berkembar UUM, Unimap

Posted:

Ijazah berkembar UUM, Unimap

Ijazah berkembar UUM, Unimap

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

SINTOK 31 Mei - Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bakal menjadi pusat pengajian tinggi awam yang pertama di negara ini menawarkan program ijazah berkembar bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat daripada kekuatan kedua-dua institusi itu.

UUM dan Unimap akan menawarkan program ijazah berkembar itu sebagai satu usaha menggabungkan kekuatan dalam bidang masing-masing untuk kepentingan negara.

Kombinasi bidang kejuruteraan dan pengurusan membolehkan kedua-dua universiti melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal tetapi pada masa yang sama turut menguasai ilmu pengurusan.

Kekuatan UUM adalah dalam bidang pengurusan manakala Unimap dalam kejuruteraan menerusi langkah mencantumkan dua program akademik untuk para graduan.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya bersetuju secara dasar untuk melaksanakan dua program ijazah berkembar di peringkat ijazah pertama dan peringkat sarjana dalam tempoh terdekat ini.

"Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh dua ijazah serentak di samping dapat belajar bersama-sama rakan yang berlainan universiti dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara UUM dan Unimap.

"Sebagai permulaan, UUM kini bercadang menawarkan program teknologi persekitaran di peringkat ijazah pertama dan Unimap menawarkan program kejuruteraan persekitaran.

"Kedua-dua subjek dalam program ini mempunyai persamaan dan kita boleh bergabung tenaga pengajar dan pelajar dalam dua program ini, seterusnya membolehkan mereka memperolehi dua ijazah serentak," katanya semasa mempengerusikan perbincangan antara UUM dan Unimap sempena Lawatan Balas Delegasi Unimap ke UUM, di EDC UUM, baru-baru ini.

Mohamed Mustafa berkata, program lain yang mempunyai persamaan ialah program pengurusan teknologi yang akan ditawarkan oleh UUM manakala Unimap pula akan menawarkan program reka bentuk produk.

"Saya berpendapat banyak bidang kerjasama yang boleh dilakukan terutama dalam bidang-bidang lain iaitu bidang pentadbiran, pembangunan pelajar dan keusahawanan, maklumat ilmiah, pembangunan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan.

"UUM dan Unimap adalah dua universiti tempatan yang boleh duduk semeja untuk berbincang di samping menyalurkan idea untuk kepentingan bersama walaupun secara dasarnya kedua-dua universiti ini bersaing tetapi mampu bergabung untuk kepentingan masing-masing," jelasnya.

Tambah beliau, kedua-dua universiti ini akan berusaha menghasilkan program yang berimpak tinggi bagi membolehkan hasilnya dikongsi secara bersama oleh kedua-dua institusi pengajian tinggi, terutama dalam bidang mempromosi universiti di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

"Dalam tempoh ini juga, kita akan menganjurkan seminar berimpak tinggi yang akan memfokuskan perbincangan dalam aspek transformasi dan inovasi dalam usaha membantu kerajaan melestarikan pengetahuan masyarakat dalam semua bidang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siswazah perlu berani ceburi bidang keusahawanan

Posted:

Siswazah perlu berani ceburi bidang keusahawanan

Siswazah perlu berani ceburi bidang keusahawanan


SHAHANIM Mohd. Yusof (tengah) bersalaman dengan penuntut di UiTM kampus Kedah, Sungai Petani, baru-baru ini.


SUNGAI PETANI 31 Mei - Para siswazah perlu memberanikan diri untuk menceburi bidang keusahawanan yang ternyata mampu memberi pulangan lumayan kepada mereka.

Ini kerana bidang keusahawanan masih kurang diterokai golongan tersebut memandangkan mereka lebih gemar makan gaji berbanding menjadi majikan.

Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof berkata, golongan siswazah harus merebut peluang terbabit demi melahirkan lebih ramai usahawan dan majikan terutama di kalangan orang Melayu dan bumiputera.

Beliau berkata, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, mereka harus mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang yang diceburi.

"Para siswazah harus berfikir di luar kotak kerana kebanyakan daripada kita setakat berpuas hati dengan taraf pekerja makan gaji.

"Namun dengan menjadi usahawan, mereka secara automatik akan menjadi majikan," katanya selepas menyertai program Bicara Siswa sempena Minggu Destini Siswa Sesi Mei-Oktober 2011 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kedah, dekat sini baru-baru ini.

Shahanim yang juga Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kedah berkata, penyertaan golongan siswazah dalam bidang keusahawanan dilihat selari dengan matlamat kerajaan yang mahu memastikan orang Melayu menguasai bidang ekonomi.

"Kita tidak mahu bidang keusahawanan ini hanya dimonopoli oleh sesetengah pihak tanpa kita bersama-sama merebut peluang yang terbuka luas di depan mata," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan menerusi pelbagai agensi sentiasa menyalurkan khidmat nasihat dan pembiayaan untuk menggalakkan golongan siswazah menceburi bidang tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UniKL-RCMP tubuh pusat perubatan pakar

Posted:

UniKL-RCMP tubuh pusat perubatan pakar

UniKL-RCMP tubuh pusat perubatan pakar

IPOH 31 Mei - Kolej Perubatan Diraja Perak, Universiti Kuala Lumpur (UniKL-RCMP) melangkah maju setapak apabila bakal memiliki pusat perubatan pakar dan kesihatan sendiri tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Adham Baba berkata, pusat perubatan tersebut akan dibuka di Jalan Labrooy di sini dan dijangka beroperasi Julai ini.

"Pusat di bawah kendalian UniKL Medical Services Sdn. Bhd. itu akan menggunakan tenaga pakar di kalangan pensyarah dan graduan UniKL-RCMP," kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan tajaan akhbar tersebut bernilai RM10,800 di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 9,000 naskhah akhbar itu akan diedarkan kepada orang ramai di pejabat kerajaan, bank-bank dan restoran di sekitar Ipoh.

Adham berkata, pusat perubatan yang dibuka di tiga blok bangunan rumah kedai itu menawarkan perkhidmatan pakar seperti pediatrik, pembedahan am, pakar sakit puan, kemalangan dan kecemasan, radiologi dan x-ray.

"Sudah sampai masanya untuk UniKL-RCMP dan Mara secara khususnya memiliki pusat perubatan sendiri sebagai pelaburan masa depan dalam mengembangkan lagi bidang perubatan.

"Kita tidak mahu menjadi pemula tetapi mahu mengusai pasaran. Sehubungan itu, beberapa perancangan telah dirangka dan kita juga optimis Mara mampu membina hospitalnya sendiri suatu hari nanti," katanya

Menurut Adham, penubuhan pusat perubatan itu juga merupakan sokongan UniKL kepada graduan UniKL RCMP dalam usaha membimbing mereka sekiranya mahu membuka klinik sendiri.

"Kita berikan mereka persekitaran untuk mengaplikasi apa yang dipelajari dan dalam masa sama kita bimbing dan melatih mereka untuk mengendalikan perniagaan dalam bidang perubatan pula," katanya.

Katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan di pusat perubatan itu tidak perlu bimbang mengenai kadar bayaran yang dikenakan walaupun ia berstatus swasta.

Bayaran yang dikenakan itu, katanya, tidak membebankan dan bersesuaian dengan taraf hidup pesakit golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

"Kita mengamalkan pendekatan mesra pesakit di mana bayaran yang dikenakan bersesuaian dengan taraf hidup mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved