Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Farmasi Klinikal USM diiktiraf

Posted:

Farmasi Klinikal USM diiktiraf

Farmasi Klinikal USM diiktiraf

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com


Sebahagian daripada kakitangan farmasi USM Kubang Kerian yang menyertai persidangan Alumni Farmasi Kritikal di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 31 Mei - Program Pengajian Farmasi Klinikal peringkat sarjana Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia disertai oleh ramai penuntut dari luar negara.

Ini terbukti apabila lebih 300 ahli farmasi dari seluruh dunia, termasuk Asia Barat, Afrika, Mongolia, Singapura, Indonesia, Pakistan dan Filipina telah menuntut di pusat berkenaan sejak ia diwujudkan pada 1992.

Selain itu, seramai 28 orang lagi penuntut antarabangsa bakal menamatkan pengajian mereka Julai ini.

Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Prof. Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, pihaknya menerima lebih 200 permohonan setahun daripada pelajar seluruh dunia yang berhasrat melanjutkan pengajian di pusat itu.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan permohonan itu terpaksa ditolak memandangkan tempoh pengajian selama setahun dilaksanakan secara intensif, selain mahu penuntut terlibat bersedia daripada aspek rohani dan jasmani.

"Kebanyakan mereka yang berjaya kini mampu mengamalkan kemahiran dan kepakaran yang diperoleh di negara masing-masing," katanya berucap dalam Persidangan Alumni Farmasi Klinikal di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Seramai 61 ahli farmasi dari seluruh negara menyertai persidangan selama dua hari itu yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM, Prof. Susie See Ching Mey.

Syed Azhar memberitahu, sebahagian besar daripada kurikulum pengajian di PPSF melibatkan pembangunan kemahiran dan pengetahuan dalam farmasi klinikal.

Menurutnya, kebanyakan pesakit di negara dunia ketiga sukar mendapatkan perkhidmatan berkualiti akibat faktor kemiskinan.

"Justeru, kebanyakan pakar yang datang dari negara terlibat mempunyai misi tersendiri iaitu mahu menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk kepentingan masyarakat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua buku pensyarah IPG

Posted:

Dua buku pensyarah IPG

Dua buku pensyarah IPG

BESUT 31 Mei – Sempena Seminar Penyelidikan Zon Timur yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan di sini, baru-baru ini, empat buah buku turut dilancarkan.

Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar & Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Dr. Khir Mohd. Yusof yang turut dihadiri kalangan pensyarah IPG dan guru-guru dari tiga negeri.

Dua daripada empat buku itu adalah tulisan Mohd. Nor Jusoh, 45, pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu yang sebelum ini telah menghasilkan enam buah atas namanya.

Buku terbarunya, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) setebal 500 muka surat membicarakan tentang hala tuju masa depan tamadun manusia, sumbangan, perbandingan dan pendidikan.

Buku rujukan ini memenuhi kandungan kursus TITAS yang merupakan kursus wajib di pusat-pusat pengajian tinggi.

Ia memaparkan aspek pembinaan tamadun, sejarah perkembangan tamadun, pencapaian tamadun dan turut menyentuh soal interaksi antara tamadun di samping turut mengaitkan isu hegemoni dan dominasi Barat.

"Ia selari dengan mata pelajaran TITAS merupakan satu mata pelajaran yang diperkenalkan sebagai satu usaha bagi memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara kita.

"Buku ini disesuaikan untuk kalangan pelajar di pelbagai institusi pengajian tinggi dan masyarakat sebagai rujukan utama buat mereka bagi menambahkan maklumat dan menampung kekurangan bahan-bahan rujukan di negara ini," ujar beliau ketika ditemui.

Sebuah lagi bukunya yang turut dilancar berjudul Panduan Perkahwinan setelah 400 halaman yang ditulis secara bersahaja dengan cakupan tajuk di sekitar soal perkahwinan yang sifatnya sepanjang hayat.

Buku ini ditulis dengan dokongan nas al-Quran dan hadis menjadikan kupasannya agak mantap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kolej Komuniti Kok Lanas peneraju komuniti berilmu

Posted:

Kolej Komuniti Kok Lanas peneraju komuniti berilmu

Kolej Komuniti Kok Lanas peneraju komuniti berilmu


Sebahagian daripada peserta mengikuti kursus kemahiran jahitan di Kolej Komuniti Kok Lanas, Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU 31 Mei - Sesuai dengan fungsinya sebagai peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran, Kolej Komuniti Kok Lanas (KKKL) menawarkan Program Latihan 1Malaysia (PL1M) kepada kelompok masyarakat yang berminat untuk memperkasakan diri mereka dengan kemahiran baru.

Pengarahnya, Zairon Mustapha berkata, individu secara berkumpulan antara 10 sehingga 15 orang boleh memohon untuk menyertai kursus kemahiran seperti urutan tradisional, asas solekan, jahitan, masakan, baik pulih komputer dan pelbagai lagi yang dikendalikan tenaga pengajar di kolej itu serta profesional luar.

Katanya, selain berbentuk kemahiran, program itu juga meliputi kursus muzik tradisional seperti kompang, dikir barat, silat dan kertuk serta kursus bahasa Arab, Inggeris, Siam dan Mandarin.

"Kursus jangka pendek yang diadakan mengikut kesesuaian masa peserta dengan bayaran yuran RM1 sejam bagi kursus kemahiran dan muzik manakala bagi kursus bahasa RM10 bagi 32 jam pembelajaran.

"Kami membuka pintu kepada semua orang untuk menimba ilmu dan kemahiran demi kemajuan diri dan keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Zairon berkata, PL1M selaras dengan misi kolej untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh peringkat masyarakat tanpa mengira umur dan taraf hidup.

Beliau memberi contoh kursus jangka pendek fesyen yang dijalankan di kolej itu sejak beberapa tahun lalu dengan kerjasama Yayasan Kemiskinan Kelantan telah memberi manfaat kepada ramai penduduk yang kurang bernasib baik untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, orang awam yang berminat dengan peluang pendidikan dan latihan di KKKL boleh menghubungi pihaknya di talian 09-7880400 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved