Utusan Online - Muka Hadapan |
- Tarif elektrik tidak membebankan
- 3 kriteria mengarusperdanakan sektor awam
- Skim Latihan 1Malaysia kurangkan pengangguran
Tarif elektrik tidak membebankan Posted: Tarif elektrik tidak membebankanOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
PETALING JAYA 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan sebarang kenaikan atau perubahan tarif elektrik pada masa depan tidak akan sesekali membebankan rakyat melalui kajian yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa. Perdana Menteri berkata, komitmen itu dibuktikan seperti mana kenaikan tarif elektrik pada masa ini seperti diumumkan kerajaan semalam yang tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik atau isi rumah tempatan. Dalam pengumuman tarif baru elektrik yang berkuat kuasa esok juga, seramai 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak mengalami kenaikan bil elektrik mereka jika menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam (kWj) tenaga itu sebulan. Bagaimanapun, kata beliau, kenaikan tarif itu perlu demi menggalakkan syarikat-syarikat tenaga melabur dalam bidang cari gali minyak serta gas dan penerokaan sumber tenaga baru. "Jika harga (minyak) tempatan terlalu rendah, syarikat minyak termasuk Petronas tidak mempunyai insentif meneroka punca gas dan minyak baru untuk keperluan tenaga dan kegunaan negara kita. "Jadi sebab itu kita tetapkan dasar ini (mengkaji kenaikan tarif), namun kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang kita lakukan itu setimpal dari segi beban kepada rakyat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Forum Tindakan Belia 2011 anjuran myHarapan dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di sini hari ini. Melalui pelan rasionalisasi subsidi yang diumumkan semalam, kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan taraf asas elektrik sebanyak dua peratus bagi menampung kos pembekalan semasa. Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kenaikan tarif elektrik itu tidak memberi sebarang kenaikan kepada para penjana tenaga bebas (IPP) yang beroperasi di negara ini seperti sangkaan sesetengah pihak. | ||
3 kriteria mengarusperdanakan sektor awam Posted: 3 kriteria mengarusperdanakan sektor awam
PUTRAJAYA 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga kriteria yang mampu mengarusperdanakan sektor kerajaan dan sekali gus menjadikannya lebih berinovasi. Perdana Menteri berkata, ia membabitkan sesuatu tindakan yang boleh membawa impak besar kepada negara, menjimatkan wang negara dan memendekkan tempoh pelaksanaan serta penyampaian. "Saya yakin dan percaya budaya inovasi boleh diarusperdanakan dalam sektor awam," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam ini. Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Jelas Perdana Menteri, inovasi bukan hak milik saintis, teknologis dan ilmuwan semata-mata sebaliknya ia juga melibatkan pelbagai kelompok lapisan masyarakat. Menurut Najib, beliau sendiri turut mempraktikkan amalan inovasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri seperti ketika melakukan lawatan rasmi ke pekan kecil. "Saya berkesempatan bersalaman dengan hampir keseluruhan penghuni pekan tanpa perlu ada pentas, perbelanjaan katering, sewa dewan dan boleh dikatakan tidak ada bajet langsung.., inilah inovasi. "Semasa melakukan lawatan rasmi, saya juga memperuntukan satu dua jam masa untuk bertemu sekumpulan rakyat yang juga rakan-rakan Facebook," katanya. Sementara itu, beliau mengumumkan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 dimenangi oleh Kerjasama Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diterima oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Anugerah itu membolehkan penerima membawa pulang wang tunai RM1 juta, piala iringan dan sijil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Skim Latihan 1Malaysia kurangkan pengangguran Posted: Skim Latihan 1Malaysia kurangkan pengangguranPETALING JAYA 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancarkan kerajaan esok diyakini berupaya mengurangkan pengangguran di kalangan golongan siswazah. Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, program tersebut akan memastikan siswazah terpilih ditempatkan di syrikat-syarikat milik kerajaan (GLC) bagi tujuan latihan praktikal. Menurutnya, seramai 3,000 siswazah akan diambil secara berperingkat dalam kumpulan pertama program itu dan usaha tersebut diyakini berupaya mengurangkan bilangan siswazah menganggur pada masa depan. "Siswazah terbabit akan mendapat latihan selama setahun di GLC berkenaan sebelum dinilai untuk dikekalkan di syarikat tersebut atau mendapatkan pekerjaan di syarikat lain," katanya ketika berucap pada Forum Tindakan Belia 2011 anjuran myHarapan dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di sini hari ini. Skim tersebut dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Terdahulu, Najib menyertai 20 pemimpin belia di bawah myHarapan untuk berdialog serta menerima maklum balas mengenai keperluan dan harapan golongan itu terhadap kerajaan. Dalam ucapannya, Najib yakin golongan belia pada masa ini akan memilih kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka selari dengan proses demokrasi yang diamalkan kerajaan. "Saya mempunyai keyakinan ke atas belia Malaysia dan kerana itulah saya mengambil inisiatif untuk melaburkan masa saya serta kerajaan bagi memastikan kita terus berhubung rapat dengan golongan muda negara," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan