Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Memerang serang sangkar patin

Posted:

Memerang serang sangkar patin

Memerang serang sangkar patin

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


Sekumpulan memerang menyerang sangkar ikan tanpa mengira siang atau malam.


TEMERLOH 1 Jun – Pengusaha ikan sangkar daerah ini berhadapan ancaman puluhan ekor memerang menyerang ternakan mereka.

Sebelum ini lebih 100 pengusaha ikan sangkar turut mengalami kerugian berikutan ternakan mereka dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Masalah itu bagaimanapun selesai ekoran beberapa tindakan daripada pihak berkuasa dan pihak pengusaha sendiri melakukan pelbagai inisiatif mengawal hasil mereka.

Kini, ancaman itu kembali lagi tetapi melibatkan kehadiran mamalia itu sehingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Seorang pengusaha, Nor Sirat Abd. Aziz, 33, berkata, sejak setahun lalu dia mengalami kerugian mencecah RM20,000 apabila ternakan ikan patin sangkar diserang memerang.

Menurutnya, kerugian yang ditaksirkan itu belum dicampur kerugian makanan ikan dan tempoh masa diambil untuk pengeluaran hasil sekurang-kurangnya enam bulan.

"Haiwan itu semakin bertambah dan bersarang di beberapa kawasan tebing sungai termasuk di Pulau Temerloh serta lubuk-lubuk utama sekitar Sungai Pahang dan Sungai Semantan," katanya di sini baru-baru ini.

Nor Sirat berkata, apabila sangkar dimasuki memerang, tumbesaran ikan yang diternak akan terbantut, cacat dan akhirnya mati.

Jelasnya, tidak ramai pengusaha yang mampu bertahan apabila haiwan ini menyerang ikan sangkar, akibatnya pengusaha mula 'gulung tikar' daripada menanggung rugi.

Seorang lagi pengusaha, Ridzuan Harun, 28, berkata, dia pernah terserempak dengan sekumpulan 20 ekor memerang yang memasuki sangkarnya.

Menurutnya, lebih 100 ikan patin mati dan beribu lagi terbantut tumbesaran sehingga mengalami kerugian beribu ringgit.

"Apabila kes curi tidak berlaku, timbul pula masalah memerang yang menyebabkan kerugian besar kepada penternak ikan sangkar," katanya.

Ridzuan menggesa pihak berkaitan supaya mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah yang dihadapi penternak yang semakin rugi sejak kebelakangan ini.


Ternakan ikan patin dan tilapia sangkar sungai di Temerloh kini diancam serangan memerang hingga menyebabkan tumbesaran ikan terbantut dan mati.


Dalam pada itu, Pegawai Perikanan Daerah, Haris Lebai Yunus menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turun padang meninjau sendiri masalah tersebut.

Menurutnya, Pejabat Perikanan Temerloh bersedia menghimpunkan pengusaha ikan sangkar untuk berdialog dengan Perhilitan mengenai masalah yang dihadapi.

"Selain meninjau dan berjumpa sendiri dengan pengusaha, Perhilitan boleh menggunakan kaedah mereka sama ada menangkap haiwan itu atau sebaliknya," ujarnya.

Haris berkata, Perhilitan sudah tentu mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah dihadapi penternak dan Pejabat Perikanan bersedia memberikan kerjasama dalam menjayakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhilitan cari kaedah terbaik

Posted:

Perhilitan cari kaedah terbaik

Perhilitan cari kaedah terbaik

TEMERLOH 1 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang sedang mengenal pasti beberapa kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah memerang yang menyerang ternakan ikan sangkar di sini.

Pengarahnya, Khairiah Mohd. Shariff berkata, sepasukan kakitangan Perhilitan telah dihantar ke Sungai Pahang bagi tinjauan serangan yang dilakukan haiwan itu.

Menurut beliau, pihaknya akan mencari penyelesaian terbaik supaya tindakan akan diambil dengan tidak mengganggu habitat memerang terbabit dan pada masa sama penternak terbabit dapat meneruskan ternakan mereka.

"Perhilitan akan guna kaedah terbaik dan tidak akan mengambil tindakan membunuh kerana spesies ini dilindungi sepenuhnya.

"Memerang antara spesies terancam dan dilindungi sepenuhnya. Jika penternak berhadapan dengan serangan tersebut mereka dinasihati tidak membunuh sebaliknya terus berhubung dengan saya di talian 019-9142788," katanya di sini baru-baru ini.

Khairiah menambah, hasil tinjauan di beberapa kampung di daerah ini, pihaknya berjumpa dengan penternak ikan sangkar di Sungai Pahang selepas menerima aduan daripada penternak.

Katanya, Perhilitan akan menggunakan kaedah terbaik tanpa mencederakan haiwan itu dan merujuk kepada pakar memerang juga dari jabatan tersebut.

"Perhilitan juga menasihati penternak supaya tidak menembak spesies ini yang semakin berkurangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 restoran sahut kempen gula

Posted:

11 restoran sahut kempen gula

11 restoran sahut kempen gula

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my


Pemilik kios serbaneka Eg Shop, Shahruddin Razali (kanan) mengambil inisiatif memberi diskaun 10 sen kepada pelanggan yang memesan minuman' kurang manis di kedainya di Kuantan, semalam.


KUANTAN 1 Jun – Sebanyak 11 restoran di negeri ini menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan kempen 'Kurangkan Gula, Kurangkan Belanja' bagi menggalakkan orang ramai mengurangkan bahan itu dalam minuman.

Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen itu membolehkan pengguna menikmati diskaun 10 sen daripada restoran terbabit sekiranya meminta kurangkan gula dalam minuman mereka.

Menurutnya, walaupun kerajaan menaikkan harga gula tetapi ia tidak menjejaskan pendapatan golongan peniaga dalam perniagaan mereka.

"Kempen itu akan diperluaskan ke restoran lain di negeri ini minggu depan dan berharap mereka turut sama menjayakannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Pengusaha Kumpulan Restoran Taj, Mohamad Tajuddin Ibrahim dan Pengusaha Restoran Meedah Tomyam, Norin Rahimi.

Alwi berkata, penglibatan tiga restoran terbabit dalam kempen itu amat dihargai kerana bukan sahaja memikirkan keuntungan tetapi juga kesihatan pelanggan mereka.

Bagi Mohamad Tajuddin, pihaknya menyokong usaha itu kerana ia adalah usaha baik dalam mendidik pelanggan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, langkah itu tidak menjejaskan pendapatan restorannya kerana harga yang ditawarkan mampu dibayar oleh pelanggan.

Selain itu, Norin berkata, dia akan bekerjasama dengan agensi kerajaan tersebut dalam meluaskan kempen terbabit kepada terhadap pengusaha restoran lain di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved