Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masjid hijau: UTM beri kepakaran

Posted:

Masjid hijau: UTM beri kepakaran

Masjid hijau: UTM beri kepakaran

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


PROF. Dr. Zaini Ujang menunjukkan replika masjid hijau yang bakal dibina pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM, Mudra Tropika Sdn. Bhd. dan Dynac Sdn. Bhd. di UTM, Skudai Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 31 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memberi bantuan dari segi kepakaran untuk membangunkan Masjid Kolam Ayer yang berkonsepkan bangunan hijau pertama di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat hartanah, Mudra Tropika Sdn. Bhd. (Mudra Tropika) dan pemaju, Dynac Sdn. Bhd. bagi membina masjid yang bernilai RM9 juta itu.

Beliau berkata, kerjasama tersebut akan meneroka satu usaha bersepadu dalam aspek seni bina bangunan hijau, perancangan dan perumahan lestari, pengurusan tenaga yang cekap, kesan karbon dan pelbagai bidang lain.

"Pihak universiti menerusi Institut Sultan Iskandar (ISI) untuk Habitat Perbandaran dan Bangunan Tinggi, iaitu syarikat berdaftar UTM yang menawarkan khidmat penyelidikan dan perundingan akan membantu dari segi kepakaran bagi membangunkan Masjid Kolam Ayer.

"Usaha ini juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan membudayakan kelestarian dan teknologi hijau dalam pembangunan. Untuk kerjasama kali ini tenaga pakar dari UTM akan membantu mengenal pasti reka bentuk bangunan, persekitaran serta landskap yang mampu membentuk persekitaran selesa yang mengambil kira aspek kesejahteraan alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dengan Mudra Tropika yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Rashidi Md. Noor serta Dynac Sdn. Bhd. yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Naim Nasir di sini semalam.

Masjid di Jalan Kolam Ayer-Nong Chik akan dibina menggunakan teknologi baru iaitu Building Integrated Photovoltaics yang mana sistem inovatif pada bangunan akan menghasilkan elektrik melalui tenaga solar pada panel penyerapan cahaya yang diletakkan pada bumbung bangunan.

Bangunan tiga tingkat itu mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam satu masa dan mempunyai ruang meletak kenderaan di bahagian bawah.

Tambahnya, melalui projek ini, ISI akan membantu arkitek dalam penjanaan tenaga suria, penggunaan air hujan, pengudaraan semula jadi yang optimum dan memaksimumkan pencahayaan semulajadi serta kecekapan akustik.

Katanya, masjid hijau yang akan siap sepenuhnya penghujung 2013 itu dijangka menjadi contoh reka bentuk masjid yang beridentitikan Johor, moden, mesra alam serta jimat tenaga.

"Selain memberi tumpuan kepada unsur reka bentuk yang responsif kepada alam persekitaran, ISI merancang menggunakan projek ini sebagai platform untuk mempelopori satu model penilaian kualiti bangunan masjid yang berlandaskan sunah," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UTHM proaktif perkasa pengajian diploma

Posted:

UTHM proaktif perkasa pengajian diploma

UTHM proaktif perkasa pengajian diploma

BATU PAHAT 31 Mei - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah proaktif memperkasakan pengajian diploma dan menyasarkan pengambilan seramai 2,500 pelajar peringkat tersebut menjelang 2015.

Menurut kenyataan Pusat Pengajian Diploma UTHM, langkah itu diambil bagi memberi peluang yang lebih terbuka kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan pengajian diploma khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat.

Pihak universiti juga menawarkan kesemua pelajar diploma yang berada di semester terakhir dan menepati syarat ditetapkan untuk memasuki mana-mana program Ijazah Sarjana Muda yang bersesuaian di UTHM.

UTHM juga akan menawarkan 12 program diploma pada sesi pengajian 2012/2013 termasuk lima program baru iaitu Teknologi Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Sains Gunaan.

Program diploma sedia ada yang ditawarkan UTHM adalah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Awam serta Teknologi, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektrik serta Teknologi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi dan Teknologi Maklumat.

Kata kenyataan itu, lebih banyak program baru sedang dirancang dan akan ditawarkan sebaik sahaja program-program tersebut diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Mulai pengambilan semester 1 sesi 2011/2012, empat program diploma dipendekkan tempoh pengajian daripada tiga tahun kepada dua setengah tahun tanpa mengurangkan jumlah kredit, isi kandungan kurikulum dan silibus program tersebut.

Program terbabit adalah Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Teknologi Maklumat.

Bagi memperkasakan lagi program itu, Pusat Pengajian Diploma UTHM mempunyai Jawatankuasa Penasihat Industri untuk memberikan nasihat dan saranan terutamanya dalam penambahbaikan kurikulum supaya dapat memenuhi keperluan industri.

UTHM turut mempunyai tenaga pengajar berpengalaman dan berkelayakan, infrastruktur dan fasiliti termaju, pendekatan pembelajaran berasaskan hasil dengan tumpuan kepada pelajar berbanding kaedah biasa yang berfokuskan pensyarah, selain yuran serendah RM225 untuk satu semester.

Menurut kenyataan itu lagi, semua program-program Diploma yang ditawarkan di UTHM adalah diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved