Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Penyatuan lima pereka

Posted:

Penyatuan lima pereka

Penyatuan lima pereka

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar JEFRI IRAN


Lima pereka 5Stars (dari kiri) Hazwani Osman, Wan Ruzaini dan Rizman, Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Nik Erwan.


HEBAT! Langkah lima anak muda bergabung dalam satu kumpulan bergelar '5Stars' sesungguhnya membuktikan sekalipun dunia fesyen penuh persaingan tetapi hakikatnya masih boleh bersatu.

Kesungguhan lima pereka muda ini yang terdiri daripada Rizman Ruzaini, Nik Erwan Roseli, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Hatta Dolmat di bawah 5Stars sekali gus menambahkan lagi kekuatan mereka bagi menyemarakkan lagi dunia fesyen di tanah air.

Lagipun persahabatan kelima-lima anak muda ini yang merupakan graduan senireka fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telah menjalin persahabatan ketika masih menuntut di institusi pengajian tersebut.

Baru-baru ini hasil kreativiti anak muda ini telah dipamerkan dalam satu pertunjukan fesyen koleksi Hari Raya Aidil Fitri yang diadakan di Menara Kuala Lumpur.

Koleksi Rizman Ruzaini memilih Tahun 60-an di Hollywood dijadikan sebagai tema bagi menyambut Aidil Fitri kali ini dengan gaya yang penuh glamor.

Penyatuan Rizman Nordin dari Pulau Pinang dan Wan Ruzaini Wan Jamil dari Perak dalam koleksi Rizman Ruzaini memberikan sentuhan istimewa dalam rekaan ala pelakon Audrey Hepburn.

Dua artis wanita terkenal iaitu Siti Norhaliza dan Erra Fazira yang turut menggayakan rekaan Rizman Ruzaini yang menjadikan gaya lebih hebat dan anggun.

Lebih menarik setiap baju rekaan pereka ini berkonsepkan kebaya ini banyak bersandarkan dengan keindahan dan kelembutan sutera Thai, organza dan crepe satin.

Pereka ini sengaja menampilkan fesyen yang direka ini dengan warna-warna terang sesuai dengan kemeriahan di Aidil Fitri.

Bagi Nik Erwan Roseli yang sebelum ini lebih banyak menumpukan rekaan untuk gaun malam juga tidak mengecewakan apabila tampil dengan idea bertemakan Citrus Raya dari inspirasi tiga warna buah-buahan bagi setiap rekaan.

Sekalipun konsep yang ditampilkan oleh Nik Erwan nampak agak pelik tetapi ia sesuai untuk mereka yang berani bergaya.

Ini memandangkan bukan sahaja warnanya agak terang tetapi kebanyakan bahagian depan baju dihiasi dengan manik-manik besar yang sesuai untuk mereka yang berumur dari 18 hingga 30-an.

Rekaan Nik Erwan dari kain jenis chiffon, sutera Thai dan taffeta ini juga disarungkan oleh penyanyi jelita, Atilia.

Nik Erwan berani menampilkan kelainan kerana sebelum ini mempunyai pengalaman dalam mencipta fesyen untuk selebriti tanah air dan juga peserta bagi pertandingan realiti termasuk Malaysia's Most Beautiful, Mentor dan Gangstarz.

Zery Zamry, anak kelahiran Kelana Jaya ini pula memilih tema Royal Raya yang ditampilkan dalam rekaan yang sesuai untuk wanita bekerja.

Sekalipun ia khusus untuk Hari Raya Aidil Fitri tetapi rekaan ini boleh digayakan oleh pemakai untuk ke pejabat dan menghadiri majlis-majlis formal.

Zery memilih sutera satin dan sutera chiffon dalam pilihan warna terang berasaskan batu permata indah seperti merah delima, biru laut dan kuning topaz.

Kesemua rekaan yang berasaskan baju kurung moden ini bukan sahaja ditampilkan dalam gaya sederhana tapi mampu menaikkan seri pemakai termasuk salah seorang modelnya iaitu pelakon Neelofa.

Sementara itu, Hazwani Osman memilih tema Raya Romance untuk disesuaikan dengan potongan baju kurung dari zaman klasik.

Kebanyakan ciptaannya menggunakan kain dari sutera crepe, renda Perancis dan sutera ciffon.

Sememangnya rekaan Hazwani tampak menarik yang disesuaikan dengan warna lembut seperti merah jambu, merah tua, ungu dan peach lembut.

Anak Perak ini juga turut menampilkan rekaan yang boleh digayakan bersama dengan tudung iaitu sesuai dengan sambutan Aidl Fitri.

Apapun rekaannya khusus untuk wanita yang sukakan gaya hebat di sekitar usia 25 hingga 45 tahun termasuk sesuai untuk pelakon, Intan Ladyana yang telah mengayakan salah satu koleksinya.

Hatta Dolmat yang kini menjadi salah seorang pereka fesyen terkemuka di tanah air pula menampilkan rekaan bertemakan Kasyaf Classic yang diilhamkan dari kurung tradisional.

Anak kelahiran Melaka ini cuba menyatukan fabrik klasik dan moden seperti broked, renda, kain net dan chiffon yang disesuaikan dengan fesyen yang menampakkan pemakai lebih feminin.

Hatta tidak sahaja memilih warna lembut seperti kelabu, peach malah juga warna terang iaitu emas, hitam dan biru.

Dengan rekaan yang dikelaskan klasik dan mewah ini maka sudah pastinya ia lebih sesuai untuk digayakan oleh wanita yang gemar bergaya anggun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Benson Chen aspirasi anak muda

Posted:

Benson Chen aspirasi anak muda

Benson Chen aspirasi anak muda

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar MUHD. AMIN NAHARUL ISLAM (pelatih UiTM)

DUNIA fesyen wanita hari ini tidak hanya terhad kepada busana, tudung dan juga beg tangan.

INI kerana kasut juga merupakan salah satu aksesori penting dalam dunia fesyen yang mampu menyerlahkan lagi gaya si pemakai.

Industri rekaan kasut di negara ini dilihat semakin berkembang dan diminati apabila semakin ramai anak muda mencuba nasib untuk melahirkan ilham dan rekaan masing-masing.

Salah satu jenama baru yang turut berada di pasaran hari ini ialah Benson Chen.

Diilhamkan oleh anak muda yang berasal dari Tanjung Bungah, Pulau Pinang, jenama Benson Chen semakin dikenali malah rekaan yang dihasilkan juga bukan setakat memenuhi cita rasa anak-anak muda malah ia turut diminati oleh wanita-wanita yang berkerjaya.

Benson Chen atau nama sebenarnya Tan Kim Seah, 20, merupakan pelajar lulusan bidang fesyen di SML Fashion Academy, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tidak pernah menyangka satu hari nanti akan terlibat secara langsung dalam dunia kasut, Kim Seah atau lebih mesra disapa Benson memberitahu bahawa penglibatannya adalah secara tidak sengaja.

Ini kerana, dia tidak pernah mempelajari selok belok mengenai bidang kasut dan segala-galanya berlaku secara tiba-tiba.

"Ia berlaku setahun yang lalu apabila saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan kasut yang diadakan di ibu kota.

"Dan tanpa diduga, dari situlah segala-galanya bermula di mana akhirnya saya membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pereka kasut.

"Segala-galanya berjalan lancar kerana bidang rekaan kasut tidak jauh beza dengan bidang rekaan fesyen dan sedikit sebanyak saya sudah mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut,'' ujarnya ketika ditemui Butik The Twelve, Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut anak muda ini lagi, salah satu sebab dia 'beralih arah' dari dunia fesyen busana ke fesyen kasut adalah kerana fesyen busana terlalu banyak persaingan.

Bukan tidak mempercayai kebolehan diri sendiri, tetapi ulas Benson, memandangkan fesyen rekaan kasut masih tidak ramai yang menceburinya maka dia merebut peluang yang ada.

Hari ini, jenama Benson Chen bukan sahaja menampilkan rekaan-rekaan yang terkini dan mengikut trend malah ia turut terkenal dengan rekaan-rekaan bercorak eksotik seperti kulit ular, kulit harimau dan sebagainya.

Mengulas lanjut mengenai rekaannya, sudah pasti ia merupakan 100 peratus ideanya sendiri di samping menampilkan warna-warna yang mengikut perkembangan dunia fesyen hari ini.

Bagi mereka yang ingin melihat rekaan Benson, boleh mengunjungi Butik The Twelve Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, atau layari laman web www.bensonchen.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved