Utusan Online - Selatan |
- Politeknik sasar 60% pekerjaan
- Konvensyen Six Sigma bantu kualiti Politeknik Merlimau
- 20 pelatih IPG Bangi memulihara Alam Sekitar
Politeknik sasar 60% pekerjaan Posted: Politeknik sasar 60% pekerjaanOleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
MELAKA 31 Mei - Jabatan Pengajian Politeknik menyasarkan 50 hingga 60 peratus peluang pekerjaan dalam sektor teknikal dan vokasional di negara ini dikuasai oleh graduan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu. Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohlis Jaafar berkata, sasaran itu tidak mustahil kerana setiap tahun politeknik mengeluarkan kira-kira 40,000 graduan. "Seiring dengan pembangunan negara, peluang pekerjaan dalam sektor teknikal dan vokasional terbuka luas dan politeknik menyediakan graduan yang berkualiti bagi mengisi kekosongan dalam sektor berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Mari Kenali Politeknik dan Karnival Jom Gempau Melaka 2011 di Stadium Hang Jebat, baru-baru ini. Menurutnya, graduan politeknik bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan malah mempunyai kemahiran tinggi yang dilihat mampu memenuhi pasaran kerja dalam bidang teknikal dan vokasional yang semakin meluas di negara ini. Katanya, politeknik kini mempunyai kira-kira 90,000 penuntut di seluruh negara dan berharap bilangan itu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Beliau menyarankan penuntut politeknik agar melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat mendidik serta melatih mereka meningkatkan keyakinan diri yang menjadi nilai tambah untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak. "Sehubungan itu juga, saya menyarankan supaya aktiviti tanggungjawab sosial melibatkan penuntut politeknik diperbanyakkan bagi kesinambungan pembinaan sebuah peradaban bangsa moden," katanya. | ||
Konvensyen Six Sigma bantu kualiti Politeknik Merlimau Posted: Konvensyen Six Sigma bantu kualiti Politeknik Merlimau
JASIN 31 Mei - Seramai 60 pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menyertai Konvensyen Six Sigma 2011, baru-baru ini dengan tumpuan menghasilkan perkhidmatan dan produk yang berkualiti. Pengarahnya, Dr. Arshad Kassim berkata, konvensyen kali ketiga yang diadakan pada tahun ini itu dilihat membantu pengurusan PMM mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang menganggu kelancaran operasi pentadbiran. Menurutnya, Konvensyen Six Sigma yang berlangsung selama 10 minggu dan dikelolakan oleh tiga tenaga kerja profesional yang dipilih dalam kalangan pengamal industri iaitu Toshiba Electronics Sdn. Bhd. "Pada pembentangan tugasan terakhir pelajar, dua kumpulan yang terbaik telah dipilih untuk membentangkan dua penyelesaian masalah dalam aspek mengoptimumkan penggunaan beberapa peralatan yang ada di PMM," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, sempena program itu, Ahli Jawatankuasa Penasihat PMM yang juga Pengarah Urusan Rancangan Strategik CTRM Aero Composites Sdn. Bhd, Jamari A. Ghafar turut hadir bagi menyempurnakan perasmian acara itu. Menurut beliau, latihan pembelajaran seperti 'six sigma' yang disediakan oleh pihak industri seperti Toshiba Electronics dianggap bersesuaian dengan keperluan kerja semasa dan mampu menghasilkan graduan menepati kehendak pasaran kerja semasa. "Program ini menyediakan kelebihan kepada pelajar selain untuk cemerlang dalam akademik, mereka memperolehi skil dan pengurusan dalam bidang berkaitan. "Ia seterusnya ia bertindak sebagai pelengkap ke arah menghasilkan pengeluaran yang lebih berkesan dan ini amat berguna sebagai rujukan kepada pelajar apabila mereka tamat pengajian nanti," katanya. | ||
20 pelatih IPG Bangi memulihara Alam Sekitar Posted: 20 pelatih IPG Bangi memulihara Alam Sekitar
JELEBU 31 Mei - Hampir 20 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam Bangi memulakan inisiatif awal menjaga alam sekitar dengan menganjurkan aktiviti memulihara Hutan Rekreasi Jeram Toi, dekat sini, baru-baru ini. Program yang diadakan hampir enam jam itu berjaya menanam sikap mencintai kehijauan flora dan fauna di lokasi pelancongan popular di negeri ini. Guru pelatih, Saifullah Kamaruddin, 30, berkata, tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajar di sekolah malah, mereka juga mempunyai peranan bersama-sama dengan masyarakat menjaga alam sekitar. "Biasanya apa yang dilakukan oleh guru akan menjadi contoh ikutan kepada anak-anak murid. Program ini merupakan langkah awal sebelum kami memikul tanggung jawab sebagai guru kelak. "Melalui program ini juga dapat menanam nilai sayangkan alam semula jadi. Generasi muda pada hari ini seharusnya menjaga khazanah alam yang ada. Diharap apa yang dilakukan oleh kami dapat dijadikan contoh kepada generasi muda," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini. Rakannya, Muazam Mantaril, 25, berkata, perancangan awal telah dilakukan bagi mencari destinasi dan lokasi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. "Saya amat berbangga apabila berjaya merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan warga pendidik yang mempunyai kesedaran sivik pada hari ini. "Walaupun penat, namun saya puas apabila berjaya menjalankan tanggung jawab menjaga alam sekitar," ujarnya yang berasal dari Sarawak. Sementara itu, Rahmod Johari, 25, dari Sabah berkata, generasi muda khususnya disaran membantu apa jua aktiviti yang mampu memulihara hasil alam yang ada pada hari ini. "Jika kita tidak menjaganya dengan baik, ia akan musnah dan kita sudah tiada apa yang mahu dibanggakan. Amat sedih jika generasi akan datang tidak dapat melihat hasil alam apabila kita yang mengabaikannya. "Saya berharap program seperti ini akan diteruskan di masa depan. Semoga ia dapat mendidik kami menjadi pencinta alam," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan