Rabu, 22 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kesihatan Sultan Pahang bertambah baik - MB

Posted: 22 Jan 2014 02:56 AM PST

KUANTAN 22 Jan. - Keadaan kesihatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu dilaporkan bertambah baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, namun buat masa ini baginda dijangka terus berada di IJN untuk beberapa hari lagi seperti dimaklumkan pihak doktor.

``Alhamdulillah, Tuanku bertambah sihat. Tuanku berada di IJN sebab rekod baginda berada di pusat perubatan tersebut. Cuma orang silap faham, bila sebut IJN sahaja ingat jantung, sedangkan di IJN semua pakar ada.

``Setakat dimaklumkan doktor, baginda akan terus dirawat di IJN untuk beberapa hari lagi. Keseluruhannya kesihatan baginda bertambah baik,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Yayasan Pahang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kes denggi meningkat di Pulau Pinang

Posted: 22 Jan 2014 02:44 AM PST

GEORGETOWN 22 Jan. - Sebanyak 151 kes denggi dilaporkan dalam tempoh 1 Januari hingga 18 Januari tahun ini berbanding 52 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 190 peratus atau 99 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, sebanyak dua kematian denggi dilaporkan sehingga 18 Januari tahun ini berbanding tiada kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Satu kematian dilaporkan dari Kampung Batak, Relau dan satu lagi dari Halaman Inderawasih, Seberang Perai Tengah," kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Lailanor Ibrahim dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat tujuh lokaliti wabak dilaporkan di negeri ini iaitu enam lokaliti di daerah Timur Laut dan satu di Seberang Perai Tengah.

Dr. Lailanor berkata, Jabatan Kesihatan menggesa masyarakat mengambil tindakan bagi mengurangkan penularan penyakit denggi memandangkan terdapat peningkatan ketara sejak kebelakangan ini.

``Masyarakat harus melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar rumah masing-masing bagi mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes,'' ujarnya.

Selain itu, masyarakat juga harus menjalankan gotong-royong di kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat berpotensi pembiakan Aedes dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda penyakit denggi seperti sakit badan/sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan.- BERNAMA

Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan ke Bangkok

Posted: 22 Jan 2014 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan atau mengelak melawat Bangkok berikutan situasi yang semakin meruncing di ibu negara Thailand itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihak kementerian sedang memantau situasi itu.

"Dengan mengambil kira situasi semasa, kementerian menggesa semua rakyat Malaysia menangguhkan atau mengelak melawat Bangkok ketika ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Turkmenistan, Rashid Meredov di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini Rabu.

Setakat ini, sembilan orang dilaporkan terbunuh dan hampir 600 orang cedera sejak insiden keganasan meletus pada 30 November tahun lepas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved