Utusan Online - Sukan |
Posted: 01 Aug 2013 11:20 AM PDT Oleh AZRAI MOHAMMAD dan ABDUL HAFIZ AHMAD Chua Boon Huat PETALING JAYA - Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yakin skuad hoki negara tidak terjejas dengan fokus untuk melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan dengan menjuarai Piala Asia, bulan ini sekalipun terasa kehilangan rakan sepasukan mendiang Chua Boon Huat, semalam. Katanya, seluruh warga hoki negara akan sentiasa mengingati jasa mendiang yang mengumpul lebih 300 penampilan antarabangsa sejak menyarung jersi Malaysia yang meraih pingat perak Sukan Komanwel 1998, dan menyifatkannya kehilangan besar kepada sukan tanah air. Saya sempat bertanya kepadanya (pada majlis penyampaian insentif kecemerlangan skuad hoki negara, kelmarin) mengenai tahap kecergasan dan berat badannya dan dia menjawab dengan positif dan berkata, sudah bersedia (ke Piala Asia di Ipoh mulai 24 Ogos ini). Kita akan terasa kehilangannya. Jasanya tetap akan diingati semua namun saya harap tumpuan pasukan tidak terjejas dalam meneruskan perjuangan untuk layak ke pusingan akhir (Piala Dunia di The Hague, Belanda, tahun depan)," katanya di Pusat Perubatan Hospital Universiti Malaya di sini, semalam. Boon Huat, 33, terbunuh dalam nahas jalan raya melibatkan kereta Proton Perdana yang dipandunya dengan sebuah lori di Kilometer 10.4, Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi semalam. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Boon Huat, berkata, pemain itu akan sentiasa diingati sebagai tokoh teladan terbaik buat barisan pemain muda hoki apatah lagi dia merupakan satu-satunya pemain berketurunan Cina dalam skuad negara. Sudah pasti sesuatu kaum itu bukanlah pengukur utama kejayaan sesebuah sukan tetapi kejayaan mendiang memasuki sebuah sukan yang dikuasai kaum tertentu apatah lagi sehingga ke peringkat antarabangsa, pastinya akan turut menjadi sumber inspirasi kepada barisan pemain baharu," katanya. Kata ketua jurulatih negara, Paul Revington, mendiang Boon Huat merupakan pemain paling berdisiplin terutama selepas dipanggil semula menyertai skuad hoki kebangsaan di bawah kendaliannya bagi menghadapi Cabaran Juara-juara 1 di Argentina, tahun lalu. Kata jurulatih warga Afrika Selatan ini, pemain kelahiran Melaka itu turut menunjukkan prestasi yang luar biasa biarpun selepas tiga tahun tersisih daripada skuad negara malah cukup membanggakannya setiap kali melihatnya melakukan persediaan di bilik persalinan. Revington berkata: Dia tidak lokek memberikan tunjuk ajar kepada pemain yang lebih muda dalam pasukan negara. Dia seorang yang hebat dan saya percaya dia menyayangi setiap rakan sepasukannya." Jurulatih skuad wanita, Nasihin Nubli Ibrahim tidak menyangka mendiang yang pernah menjadi rakan sepasukannya dalam skuad negara, menunjukkan kelakuan yang agak asing kebelakangan ini dengan sering bercerita tentang kisah silamnya. |
Posted: 01 Aug 2013 11:20 AM PDT Oleh AIZAWATI AHMAD Ahmad Shabery Cheek (tengah) pada majlis Pengumuman Kerjasama Astro dan Telekom Malaysia Untuk Kandungan Sukan Tempatan dan Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar berkata, kekalahan teruk yang dialami skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan di Jepun mungkin disebabkan para pemain berpuasa dan perlawanan diadakan pada sebelah petang. "Namun bagi saya itu tidak boleh dijadikan alasan sebagai punca kekalahan teruk skuad kebangsaan," kata ketua pasukan ATM itu pada Pengumuman Kerjasama Astro dan Telekom Malaysia (TM) Untuk Kandungan Sukan Tempatan dan Antarabangsa yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, semalam. Yang turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa. Hairuddin berpendapat, skuad negara juga perlu mengurangkan pembabitan dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab dan hanya memberi tumpuan kepada pertemuan dengan pasukan kebangsaan negara lain. Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan kepada tiga pasukan berstatus kelab di Jepun dan yang terbaru di belasah 0-5 oleh Tokyo Verdy, kelmarin menjejaskan maruah serta persepsi umum terhadap pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal itu. Katanya, tiga kekalahan kepada pasukan berstatus kelab dan menyaksikan gawang Malaysia dibolosi sebanyak 12 kali hanya akan meletakkan skuad kebangsaan berada dalam situasi sukar apabila hendak mengatur perlawanan persahabatan pada masa akan datang. "Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan berstatus kelab ada kebaikan dan keburukannya. Kita kena mengambil kira soal ranking. Ranking amat penting, jika kedudukan kita jatuh, peluang untuk kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih baik agak sukar. "Kekalahan tersebut hanya akan mengundang persepsi yang tidak baik terhadap skuad kebangsaan yang akan dianggap sebagai sebuah pasukan yang lemah," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai khabar angin bahawa dia akan kembali ke pangkuan skuad Terengganu pada musim depan, Hairuddin berkata, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perpindahan kerana saingan Piala Malaysia baru sahaja hendak bermula dan tumpuannya kini hanya terarah kepada saingan tersebut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan