Utusan Online - Jenayah |
Lelaki ditembak di petak kuning persimpangan Posted: 01 Aug 2013 09:19 PM PDT KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seorang pekerja kedai emas cedera parah apabila ditembak oleh dua individu menaiki motosikal di Pandan Indah dekat sini hari ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8,45 pagi ketika mangsa memberhentikan kenderaan jenis Toyota Camry yang dinaikinya di dalam petak kuning di persimpangan berhampiran sebuah bank. - UTUSAN |
Ubat kuat seks RM14.5j dirampas Posted: 01 Aug 2013 11:20 AM PDT Oleh AZIAN AZIZ Penguat kuasa Unit Farmasi, Kementerian Kesihatan memeriksa pelbagai jenis ubat perangsang seks yang dipercayai tiruan dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan di sebuah stor di Pandamaran, Klang semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah PELABUHAN KLANG 1 Ogos - Sebuah gudang pembekal perkhidmatan kejuruteraan di Pandamaran di sini antara tiga premis yang diserbu selepas dipercayai dijadikan tempat mengilang beberapa ubat perangsang seks yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Dua lagi serbuan dibuat di sebuah bangunan yang dijadikan pejabat jualan ubat perangsang seks tersebut di Taman Botanic di sini dan sebuah rumah kedai yang dipercayai dijadikan kilang dan stor ubat perangsang seks untuk dieksport di Sungai Buloh, Petaling Jaya. Dalam serbuan di Taman Botanic dan Pandamaran yang dibuat oleh Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan itu, enam jenama ubat perangsang seks bernilai RM1.5 juta antaranya Vimax dipercayai tiruan dan Casa Grande yang dicampur dengan bahan kimia terlarang iaitu avanafil dirampas. Ubat perangsang seks Casa Grande yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 2010 itu juga didapati mengunakan hologram dipercayai milik anak syarikat kerajaan Selangor. Sementara itu, serbuan di Sungai Buloh pula berjaya merampas ubat yang masih belum dijenamakan dengan label Rusia bernilai RM13 juta dipercayai untuk dieksport. Timbalan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya membuat siasatan hasil aduan orang ramai yang mengalami kesan negatif selepas menggunakan Casa Grande yang dijual RM20 setiap kapsul pada Mac lalu. Beliau berkata, hasil siasatan yang dilakukan, pihaknya mendapat maklumat tentang sebuah syarikat di Taman Botanic yang merupakan pejabat jualan ubat perangsang seks tersebut dan dua lagi premis yang dipercayai dijadikan tempat mengilang dan stor ubat-ubatan itu. Menurut beliau, kesemua tiga premis tersebut akhirnya diserbu dan salah satunya iaitu di Pandamaran didapati digunakan untuk mengilang Casa Grande dan lima lagi ubat perangsang seks lain termasuk Vimax yang merupakan produk dari Kanada dan laris dijual di internet dengan harga RM380 sebotol. "Vimax yang dirampas ini dipercayai tiruan kerana sepatutnya diproses dan dikilangkan di Kanada bukan di Pandamaran. Kita juga menemukan beberapa bukti termasuk kapsul, botol dan kotak kosong serta mesin memproses ubat di situ. "Kita sedang menyiasat bagaimana jenama Casa Grande yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 2010 tetapi masih dipasarkan malah dilengkapi hologram Kementerian Kesihatan milik anak syarikat kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas serbuan di Pandamaran di sini hari ini. Wan Hamid berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga premis terlibat mempunyai kaitan tetapi tiada tangkapan dilakukan kerana pemilik premis sedang dikenal pasti. Beliau berkata, syarikat di Taman Botanic itu juga sebelum ini pernah diserbu Kementerian Kesihatan atas kesalahan sama tetapi melibatkan ubat lain. "Kita siasat kes kini mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM25,000 bagi kesalahan pertama, RM50,000 bagi kesalahan kedua atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan