Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT Oleh FADZIL ARIFFIN PENGARAH Kanan Serantau (Indo-China) ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng (tengah) dan Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen (kiri) menerima Anugerah Global Nissan 2013 daripada Naib Presiden Eksekutif Nissan Motor Co. Ltd., Hiroto Saikawa di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menerima pengiktirafan Anugerah Global Nissan 2013 daripada Nissan Motor Co. buat tahun keempat berturut-turut sejak 2010. Anugerah yang diberikan oleh Nissan induk itu sebelum ini dikenali sebagai Juara Pengedar Nissan bagi mengiktiraf para pengedarnya yang menunjukkan prestasi jualan yang baik. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor, Carlos Ghosn berkata, pengiktirafan itu sebagai menghargai kemampuan ETCM yang mencatatkan jualan serta keuntungan yang baik, meskipun menghadapi saingan daripada pelbagai jenama lain. ETCM turut diumumkan sebagai pemenang oleh Nissan Motor, bagi pasaran kenderaan Segmen B dengan jualan keseluruhan tahunannya melebihi 100,000 buah. Pengedar itu dianggap telah mempamerkan pencapaian terbaik dalam pelan perniagaannya melibatkan jualan kereta baharu dan prestasi kepuasan pelanggan. |
200 syarikat sahkan sertai ALTS 2013 Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Ogos - Sebanyak 200 syarikat dari 10 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka di Pameran Logistik dan Pengangkutan ASEAN 2013 (ALTS 2013) yang julung kali diadakan pada 25 hingga 27 September ini. Pameran yang dianjurkan oleh Fairs & Events Management Sdn. Bhd. (FEMSB), dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Seri Kembangan. Acara ini disokong oleh Kementerian Pengangkutan, Kesatuan Eropah-Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia (EUMCCI), SIRIM Bhd., Majlis Logistik Asia dan beberapa organisasi utama dalam sektor perdagangan dan industri. Ketua Pegawai Eksekutif FEMSB, Jonathan Kan berkata, acara itu akan menampilkan pameran industri meliputi kawasan lebih daripada 5,000 meter persegi, satu seminar perdagangan yang memberi tumpuan kepada logistik dan pergudangan. "Selain itu, kempen kerjaya dan pengambilan pekerja untuk sektor logistik dan pengangkutan serta siri ceramah oleh pakar-pakar mengenai prosedur import dan eksport juga turut diadakan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Kan berkata, pameran ini disertai 10 pengeluar terbaik dunia di dalam pengangkutan dan pengendalian material, sistem pengurusan gudang, pengenalan frekuensi radio (RFID), pelabuhan tempatan, pengangkutan, perkhidmatan kurier dan pengedaran yang menyumbang kepada pengurusan rantaian bekalan sistem pengangkutan multimodal di negara ini. "Dengan industri logistik Malaysia yang dijangka berkembang sebanyak 9.5 peratus kepada RM 139.74 bilion tahun ini, prospek positif kepada aliran masuk pelaburan langsung asing dijangka memacu pasaran pengangkutan dan logistik. "Oleh itu, penting bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk mengikuti perkembangan terkini, kemajuan teknologi dan trend pasaran untuk mengeksploitasi peluang-peluang baru untuk kekal berdaya saing dan mampan dalam perniagaan mereka," kata Kan. Antara peserta utama utama dalam segmen forklift adalah syarikat Heli dan Baoli dari China, Yale Forklift dan Clark Forklift dari Amerika Syarikat (AS), Hyundai Korea dan Chery China. Antara operator-operator pelabuhan tempatan yang juga sudah melahirkan keinginan untuk turut serta pada ALTS 2013 ialah Lembaga Pelabuhan Johor, Tanjung Pelepas, Westport dan Kuantan Port. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan