Utusan Online - Luar Negara |
Presiden Palestin minta Rami galas semula jawatan PM Posted: 13 Aug 2013 10:01 AM PDT RAMALLAH 14 Ogos - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam meminta Rami Hamdallah yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu ekoran perbalahan antara kedua-dua pemimpin berkenaan, supaya menggalas semula tugas berkenaan. Jurucakap Mahmoud, Nabil Abu Rudeineh berkata, Rami akan diberikan masa selama lima minggu untuk membentuk kerajaan baharu. Rami meletak jawatan pada 21 Jun lalu selepas beliau tidak bersetuju dengan keputusan Mahmoud melantik dua Timbalan Perdana Menteri. - DPA |
Polis Mesir lepas gas pemedih mata lerai pertempuran Posted: 13 Aug 2013 09:59 AM PDT KAHERAH 14 Ogos - Pihak keselamatan Mesir melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan pertempuran terbaharu yang tercetus antara kumpulan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dan kumpulan penentang di sini semalam. Pertempuran berkenaan bermula apabila berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Mursi berarak memasuki kawasan Kementerian Dalam Negeri sebelum diarahkan keluar oleh pihak polis. Penduduk tempatan yang dipercayai kumpulan penentang Mursi kemudiannya bertindak melontar batu dan botol dari beranda rumah ke arah kumpulan pro-Mursi, menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua pihak terlibat. Keadaan tersebut memaksa pihak polis antirusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi meleraikan pertempuran. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan