Utusan Online - Luar Negara |
Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico Posted: 21 Aug 2013 12:27 PM PDT MEXICO CITY 22 Ogos - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter melanda bandar ini menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari bangunan dan hotel di pusat peranginan Acupulco, semalam. Pusat Seismologi Kebangsaan berkata gegaran itu berlaku sewaktu orang ramai sedang bersiap ke pejabat dan ke sekolah. Pusat gegaran direkodkan pada kedalaman 17 kilometer dari barat bandar San Marcos di selatan negeri Guerrero. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Gempa susulan dilaporkan menyusul 20 minit kemudian pada kedalaman 14 kilometer di timur laut Acapulco dimana batu-batu dari bukit jatuh di jalan utama dan menyebabkan hotel di kawasan tersebut merekah. - AFP |
Polis Indonesia tahan suspek cuba bom kedutaan Myanmar Posted: 21 Aug 2013 12:25 PM PDT JAKARTA 22 Ogos - Polis Indonesia menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam rancangan pengeboman kedutaan Myanmar di sini, semalam. Rancangan pengeboman itu adalah kerana kemarahan masyarakat Islam Indonesia yang semakin meningkat terhadap penindasan etnik Rohingya Myanmar yang kebanyakannya menganut agama Buddha. Kami menahan empat suspek yang terlibat dalam (rancangan) pengeboman kedutaan Myanmar," kata jurucakap polis kebangsaan, Ronny Sompie sambil menambah kesemua mereka ditahan dalam serbuan antara Sabtu dan Selasa. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan