Utusan Online - Hiburan |
Siti Nurhaliza, Faizal, Melly tenaga pengajar AF 2013 Posted: 21 Aug 2013 03:34 AM PDT Oleh GARRET DAWUM KUALA LUMPUR 21 Ogos - Penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan bergandingan dengan Faizal Tahir dan Melly Goeslaw sebagai tenaga pengajar program Akademi Fantasia (AF) 2013. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, kehadiran tiga bintang ternama itu sebagai pencetus inspirasi kepada para peserta kelak. "Program kali ini berbeza kerana tidak ada seorang pengetua yang akan membantu dan membimbing para pelajar. "Sebaliknya kali ini kami menggunakan istilah pengilham yang mana tiga bintang utama itu akan membimbing yang dimulai oleh Faizal untuk konsert tiga minggu pertama, seterusnya Melly dan akhir sekali Siti Nurhaliza," katanya ketika sidang akhbar AF 2013 di sini, hari ini. Lain-lain tenaga pengajar yang akan memberi khidmat kepada para peserta adalah Shafizawati Sharif sebagai guru vokal, Alam Wakaka dan Suhaili sebagai koreografer serta Fizz Fairuz sebagai guru seni persembahan. Sementara itu, seramai 24 orang peserta bakal diperkenalkan dalam tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini sebelum Konsert Prelude Top 12 pada 7 September yang bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Ria. - UTUSAN ONLINE |
Yazid Serach tidak raih simpati Posted: 21 Aug 2013 02:36 AM PDT Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI KUALA LUMPUR 21 Ogos - Apa yang berlaku adalah salah faham. Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahamd, 52, tidak pernah meminta simpati orang ramai kerana penyakitnya itu. Yazid yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 10 Ogos lalu berkata, dia terkilan apabila dituduh menggunakan kesakitan dialaminya iaitu sakit buah pinggang untuk meraih simpati berbentuk kewangan daripada orang lain. "Orang salah faham sebenarnya. Sebagai seorang pemuzik, saya banyak bergaul dengan ramai orang dan mengenali ramai orang. "Apabila saya sakit, mereka datang untuk menziarah saya sebagai menjaga hubungan sesama rakan dan menghulurkan sumbangan. Itu sahaja, tapi orang sudah menganggap saya seperti meminta," katanya yang ditemui di wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini. Menurut Yazid, dia boleh pulang ke rumah bila-bila masa sahaja jika ubat yang diberikan kepadanya ketika ini berkesan. "Alhamdulillah, setakat ini kesihatan saya semakin pulih. Doktor kata saya tinggal lagi satu ubat sahaja dan jika ubat itu berkesan, saya boleh pulang ke rumah," jelasnya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan