Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


280 keluarga terima sumbangan

Posted:

280 keluarga terima sumbangan

280 keluarga terima sumbangan

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@yahoo.com


WAN Zainab Wan Ahmad (enam dari kiri) menyampaikan sumbangan daging dan beras kepada Imam Masjid Lundang, Wan Ibrahim Wan Mohamad (lima dari kanan) di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 5 Nov. – Kedatangan Hari Raya Aidiladha kali ini menjadi lebih bermakna kepada 280 keluarga miskin di sini apabila menerima sumbangan daging dan beras daripada pergerakan Wanita Inovatif Jaya Diri (Wijadi).

Sumbangan terbabit melibatkan 280 kampit beras setiap satu seberat lima kilogram dan 280 kilogram daging hasil sumbangan pelbagai pihak.

Pengasas Wijadi, Datin Wan Zainab Wan Ahmad berkata, sumbangan tersebut diharap dapat menggembirakan keluarga terbabit menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Beliau berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan Wijadi yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja khidmat masyarakat terutama membantu golongan ibu tunggal dan anak yatim dalam kalangan keluarga miskin.

"Kami berpuas hati kerana dapat membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi menjelang sambutan hari raya Aidiladha," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan itu di kediamannya di Jalan Yaacobiah di sini hari ini.

Beliau yang juga ahli veteran UMNO Kelantan berkata, selain ibu tunggal dan anak yatim miskin, pihaknya turut memberikan tumpuan kepada golongan penarik beca yang rata-rata di kalangan warga emas.

Sementara itu, seorang ahli Wijadi, Nur Zihan Mohd. Nor , 38, berkata, dia diperuntukkan sebanyak lapan kampit beras dan lapan kilogram daging untuk diagihkan kepada keluarga miskin di Kampung Telaga Nibong, Wakaf Mek Zainab.

Full content generated by Get Full RSS.

Empower di setiap daerah Terengganu mulai 2012

Posted:

Empower di setiap daerah Terengganu mulai 2012

Empower di setiap daerah Terengganu mulai 2012

KEMAMAN 5 Nov. – Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur ke setiap daerah di negeri ini akan diadakan mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said Berkata, usaha itu akan dilakukan setelah sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat selepas mula diperkenalkan di Bentong, Pahang.

"Jika dapat sambutan menggalakkan di sini, kita akan perluaskan program ini ke setiap daerah yang dijangka bermula tahun depan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Program Empower Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Kemaman dipilih menjadi lokasi pertama Empower, yang akan memberi peluang kepada belia untuk meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran mereka melalui latihan kemahiran yang mereka peroleh di samping meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Antara kursus kemahiran yang disediakan di program Empower Kemaman termasuk mekap dan tatarias, pembuatan roti, jahitan dan rekaan fesyen, mendandan rambut dan pendawaian serta kerja-kerja pemasangan paip.

Program itu telah berjaya dilaksanakan sejak pelaksanaan projek perintis di Bentong April 2010 yang kemudiannya diperluaskan ke Temerloh dan Lipis dan seterusnya di Jeli, Kelantan Julai lalu.

Daripada jumlah 921 penduduk yang terlibat dalam program Empower Kemaman, seramai 421 peserta telah mendaftar bagi kursus-kursus Latihan Kemahiran Akademik yang membantu memperbaiki prestasi dalam semua peringkat peperiksaan awam.

Ahmad selanjutnya berkata, program ECERDC itu membantu Terengganu membuat persediaan rapi membangunkan modal insan demi masa depan pembangunan di negeri itu.

Jelasnya, program tersebut memberi banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat khususnya di Kemaman dalam menyediakan kursus teknikal dan kemahiran kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, untuk akan datang, lebih banyak kursus akan disediakan bagi menjayakan program serupa di negeri ini.

"Kita dimaklumkan, program yang sama bermula di Bentong, Pahang menampakkan hasil dan sebanyak 62 peratus peluang pekerjaan ditawarkan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved