Utusan Online - Selatan |
Jalan pintas Pulau Sebang dibuka Posted: Jalan pintas Pulau Sebang dibukaOleh AMRAN MULUP JALAN pintas menghubungkan Melaka ke Pekan Pulau Sebang, Tampin dan dari Tampin ke Melaka telah dibuka kepada orang awam di Pulau Sebang Alor Gajah Melaka, semalam. ALOR GAJAH 5 Nov. - Kesesakan yang kerap berlaku berdekatan Stesen Kereta Api Pulau Sebang berhampiran Tampin berjaya diatasi apabila jalan pintas di pekan Pulau Sebang dekat sini mula dibuka untuk semua lalu lintas mulai semalam. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembukaan jalan pintas empat lorong sepanjang 300 meter itu turut membolehkan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) dari Seremban ke Gemas yang kini rancak dalam pembinaan di stesen Pulau Sebang dapat diteruskan. Menurutnya, sebelum ini projek pembinaan PLBE terganggu apabila jalan utama dari pekan Pulau Sebang ke Tampin tidak dapat ditutup kepada pengguna jalan raya kerana ketiadaan jalan pintas. Beliau berkata, projek PLBE di stesen Pulau Sebang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.95 juta dijangka siap pada Ogos 2012. ''Apabila jalan pintas ini siap dan boleh digunakan, jalan lama akan ditutup untuk semua kenderaan bagi membolehkan kerja-kerja PLBE berjalan lancar. ''Orang ramai yang ingin ke pekan Tampin dari Pulau Sebang dan begitu juga dari Tampin hendak ke Melaka, kini boleh menggunakan jalan pintas yang sudah boleh digunakan," katanya berucap merasmikan jalan pintas Pulau Sebang di sini semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Ab. Karim Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Abdul Ghafaar Atan. Jalan pintas itu kata Mohd. Ali, secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kelancaran aliran trafik di pekan Pulau Sebang dan Tampin khususnya pada setiap hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan. Ketua Menteri bagaimanapun menegur kelewatan kontraktor menyiapkan jalan pintas itu yang sepatutnya siap pada 30 Oktober lalu. Full content generated by Get Full RSS. |
Remaja lelaki ditahan terima upah hantar dadah Posted: Remaja lelaki ditahan terima upah hantar dadahJEMPOL 5 Nov. - Demi untuk mendapatkan wang secara mudah, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun sanggup menerima upah untuk menghantar dadah kepada pelanggan. Tindakan remaja yang tidak bersekolah itu namun memakan diri apabila dia ditahan polis dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit Felda Palong 1, pukul 5 petang semalam. Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, polis percaya semasa ditahan, suspek menunggu pelanggan seperti diarahkan individu yang mengupah remaja tersebut. "Suspek yang baru pertama kali melakukan perbuatan itu terkejut dengan kehadiran polis. Hasil pemeriksaan menjumpai 36 peket dadah jenis heroin di bungkus di dalam plastik lutsinar putih dan diletakkan di dalam topi keledar miliknya. "Kesemua dadah itu dianggarkan seberat 60.50 gram. Siasatan mendapati suspek menggunakan motosikal Yamaha LC disyaki dicuri, yang diterima daripada individu yang mengupah remaja itu," ujarnya. Mohd. Sabri berkata, siasatan lanjut terhadap suspek yang berasal dari Kluang, Johor, didapati negatif dadah. "Suspek tidak mengambil dadah tetapi sanggup menjualnya hanya kerana mahukan wang lebih. "Remaja itu tidak bersekolah dan berasal dari keluarga yang memiliki sebuah kedai menjual emas di Johor. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan