Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Thai: Korban banjir meningkatBeberapa orang penduduk berdiri di atas guni pasir yang dijadikan benteng bagi menghalang banjir dekat satu landasan kereta api di kota Bangkok, kelmarin. - REUTERS BANGKOK 6 Nov. - Jumlah korban banjir terburuk di Thailand meningkat kepada 506 orang dengan limpahan air kini mula menghampiri pusat bandar Bangkok yang menjadi nadi ekonomi negara ini. Menurut kerajaan, jumlah korban meningkat 60 orang berbanding yang dicatatkan semalam. Sekurang-kurang 20 peratus bandar Bangkok kini ditenggelami air yang dicemari sampah sarap dan sisa buangan industri. Keadaan tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap penularan wabak penyakit berjangkit di ibu negara ini, yang dihuni 12 juta penduduk. Dengan limpahan air yang dijangka 'menenggelamkan' pusat bandar Bangkok, pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan aliran air dari timur dan barat Bangkok ke laut. Sementara itu, Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yakin dengan segala usaha yang dilakukan pusat bandar Bangkok tidak akan ditenggelami banjir besar. ''Usaha itu termasuk membina benteng banjir sepanjang enam kilometer di utara Bangkok termasuk memasang pam air bagi memastikan banjir besar tidak melanda pusat bandar tersebut,'' katanya. Banjir kini mula melimpah di persimpangan Lat Phrao di pinggir pusat bandar Bangkok dan memaksa pusat membeli belah Central Plaza ditutup. Penjual di pasar minggu Chatuchak yang terletak berhampiran juga diarah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan banjir. - AFP |
Arab Saudi guna peralatan moden sempena musim haji Posted: Arab Saudi guna peralatan moden sempena musim hajiSebahagian daripada kira-kira tiga juta jemaah haji menuju ke Mina untuk melakukan ibadah melontar jamrah, semalam. - REUTERS RIYADH 6 Nov. - Pihak berkuasa Arab Saudi menggunakan peralatan elektronik terkini dan moden bagi mengawal kebanjiran dan pergerakan berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia sempena musim haji kali ini. Pegawai Kementerian Hubungan Agama, Sheikh Talal al-Uqail berkata, kementerian itu menghantar 3.25 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada telefon bimbit jemaah bagi memaklumkan prosedur betul dalam mengerjakan haji bagi membendung 'perkara yang berbahaya'. ''Mesej itu yang bertujuan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh jemaah dan ia diselia oleh lebih 3,000 guru agama, penterjemah dan pentadbir,'' katanya yang dipetik oleh agensi berita rasmi SPA. Pada masa sama, Menteri Haji Arab Saudi, Fuad al-Farsi berkata, pihak berkuasa negara ini juga mengikuti dan menguruskan pergerakan setiap jemaah dengan menggunakan alat pemantauan elektronik. Polis agama pula menerbitkan video dan dokumen bimbingan kepada jemaah di laman web YouTube melalui alamat http://www.youtube.com/user/movieshajj. Buat pertama kali pada tahun ini, pergerakan haji dapat disaksikan secara langsung di YouTube melalui youtube.com/hajjlive. Setakat ini tiada kemalangan buruk dilaporkan sepanjang musim haji kali ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan