Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Jerat penipuan kiriman bungkusan

Posted:

Jerat penipuan kiriman bungkusan

Jerat penipuan kiriman bungkusan


SEBAHAGIAN besar anggota sindiket adalah warga Afrika yang menggunakan alasan sebagai pelajar untuk menetap di negara ini.



JENAYAH penipuan dilakukan sindiket tertentu khususnya melibatkan warga Afrika bukan sesuatu yang baru, malah telah banyak kali didedahkan di media massa.

Jika dahulu pihak berkuasa berusaha keras membanteras penipuan black money yang dilakukan warga itu, kini wujud taktik baru memperdaya mangsa melalui Internet pula.

Ia terbukti apabila ramai menjadi mangsa sehingga kerugian ratusan ribu ringgit melalui bentuk penipuan itu yang dikenali sebagai penipuan kiriman bungkusan atau parcel scam.

Ia satu taktik licik yang bijak menjerat mangsa sama ada lelaki atau wanita di dalam percintaan Internet sebelum memperdaya mereka untuk memasukkan wang ke dalam akaun sindiket.

Sehingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) begitu bimbang dengan peningkatan kes penipuan itu dengan dianggarkan tiga orang akan menjadi mangsa setiap hari.

Ikuti laporan wartawan ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED mengenai aktiviti tersebut.

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Polis kini bimbang dengan pengguna Internet di negara ini, apabila semakin ramai yang mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber.

Kegiatan penipuan itu didapati semakin serius apabila statistik terbaru dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari.

Sejak Januari hingga September lalu sahaja, terdapat 774 orang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan kiriman bungkusan membabitkan kerugian berjumlah RM15,514,118.

Lebih membimbangkan, sindiket tidak lagi hanya menyasarkan golongan wanita sebagai mangsa apabila polis turut menerima banyak laporan daripada pengadu lelaki yang mendakwa diperdayakan melalui modus operandi sama sejak kebelakangan ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Warga emas cekup dua penyamun

Posted:

Warga emas cekup dua penyamun

Warga emas cekup dua penyamun

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Seorang lelaki warga emas berjaya menumpaskan dua penjenayah selepas mengejar dan merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek dengan keretanya sejurus selepas mereka menyamun mangsa di Jalan Ipoh, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku pukul 4 pagi semasa mangsa berusia 64 tahun memandu kereta Honda Accord sebelum tiba-tiba dihimpit dua suspek terbabit menaiki sebuah motosikal di Jalan Parlimen di sini.

Kedua-dua suspek berusia 32 dan 42 tahun lalu mengarahkan mangsa berhenti kerana kononnya warga emas itu telah melanggar motosikal mereka.

Mangsa kemudian berhenti dan keluar dari keretanya untuk pemeriksaan namun tanpa disangkanya, kedua-dua suspek merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 milik mangsa dan melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mangsa yang tidak berpuas hati mengejar suspek sehingga ke Jalan Ipoh di sini dan sejurus tiba di Hotel Dynasty, warga emas itu melanggar motosikal kedua-dua lelaki tersebut.

"Kedua-dua suspek yang terjatuh bertindak memecahkan cermin depan dan belakang kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar.

"Polis yang tiba di lokasi kejadian lalu memberkas kedua-dua suspek," katanya ketika ditemui selepas Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Menurut Zakaria, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berasal dari Ampang dan Batu Caves, Selangor itu tidak memiliki rekod jenayah.

Jelas beliau, siasatan mendapati motosikal digunakan adalah kenderaan curi dan mereka ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, sebanyak enam ekor lembu telah disembelih dan diagihkan kepada kira-kira 150 anggota dan pegawai IPD Sentul.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved