Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Nasi tumpang menu istimewa

Posted:

Nasi tumpang menu istimewa

Nasi tumpang menu istimewa

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Nasi tumpang yang sudah dibungkus dengan daun pisang.


KOTA BHARU 3 Nov. - Nasi adalah makanan rugi sebahagian besar penduduk Asia, termasuk Malaysia, selain sebagai sumber karbohidrat utama dalam menu seharian.

Nasi biasanya dihidangkan bersama lauk sebagai pelengkap rasa dan memenuhi keperluan gizi seseorang. Nasi boleh 'diolah' bersama bahan lain seperti rempah ratus atau lauk-pauk bagi menambahkan keenakannya seperti nasi goreng, nasi lemak, nasi beriani atau nasi tomato.

Malah, hasil kreativiti tukang masak atau chef juga, maka Nasi 100 pernah dihasilkan di Kelantan suatu ketika dahulu, iaitu menggabungkan kira-kira 100 bahan bagi memasak nasi tersebut.

Bagi masyarakat Kelantan, nasi kerabu dan nasi dagang menjadi makanan tradisi dan telah dikenali ramai. Satu lagi menu nasi yang cukup sinonim dengan masyarakat negeri ini ialah 'nasi tumpang.

Nasi tumpang berbeza dengan bubur nasi. Ia merupakan nasi yang dimasak lembek kemudian dibungkus menggunakan daun pisang. Semasa proses membungkus itu, si pembuat menyelitkan pelbagai jenis lauk-pauk seperti sambal ikan, udang, ikan dan telur dadar dalam bentuk berlapis-lapis.

Lantaran berikutan banyak jenis lauk yang 'menumpang' dalam nasi itu, maka akhirnya ia dikenali sebagai nasi tumpang dan dikenali sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, asal usul nasi tumpang mula dihasilkan, tiada individu yang dapat menyatakannya secara tepat.

Keadaan nasi itu yang lembek dan dicampur pelbagai jenis lauk, menjadikannya menu cukup istimewa dan amat sesuai untuk kanak-kanak serta orang tua yang tidak boleh memamah makanan keras.

Bagi seorang pengusaha makanan, Maimun Mohamad 56, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Kak Nik', dia hanya mengetahui asal usul nasi tumpang daripada dua orang arwah neneknya, Allahyarham Zainab Che Leh dan Ashah Sulaiman.

Katanya, kedua-dua mereka memperkenalkan cara memasak nasi itu lebih 20 tahun lalu untuk hidangan sendiri dan ahli keluarga kerana tidak boleh menjamah makanan keras kerana usia.

"Nasi lembek dan digaul bersama sambal ikan, sepotong ikan dan seekor udang masak lemak serta terdapat pula sepotong telur dadar cukup untuk hidangan pagi ataupun makan waktu petang," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selepas kedua-dua arwah neneknya itu meninggal dunia hampir 20 tahun lalu, Kak Nik mengambil alih kemahiran membuat nasi tumpang tetapi hanya dua tahun kebelakangan ini mengkomersialkannya dengan dijual di pasar-pasar malam sekitar Kota Bharu bagi menambah pendapatan keluarga.

"Nasi yang ditanak perlu dikacau sehingga menjadi lembek. Bagi membuat lauknya pula, saya membeli dua kilogram ikan tongkol, dua kilogram udang untuk masak lemak kuning dan setengah kilogram sambal ikan. Dulu ditambah sekeping telur dadar, tetapi sekarang tidak lagi bagi menjimatkan kos," katanya.

Setelah siap memasak lauk-pauk kira-kira dua jam kemudian, jelas Kak Nik, dia perlu pula menyediakan daun pisang yang telah disalai untuk membungkus nasi tumpang.

Katanya, daun pisang itu perlu digulung bagi memasukkan nasi yang sudah lembek dan di atasnya dimasukkan lauk-pauk secara berselang-seli. Setiap proses tersebut perlu dilakukan dengan cermat supaya nasi dan lauk berada dalam keadaan kemas, selain mengelak daun pisang koyak mengakibatkan nasi terkeluar.

Jelas Kak Nik lagi, setelah siap, bungkusan nasi tumpang itu dikepilkan dengan lidi dan bahagian luar daun pisang disapu minyak supaya kelihatan segar dan menarik.

Dia yang dibantu anggota keluarga lain memberitahu, menyediakan sekurang-kurangnya 80 bungkus nasi tumpang sehari dengan harga RM2 sebungkus, untuk jualan sekitar kampungnya dan peniaga sekitar pasar malam.

"Bagi menambah pendapatan, saya juga menyediakan nasi dagang dan nasi berlauk mengikut tempahan," kata ibu kepada lima orang anak itu.

Sebelum ini kata Kak Nik, dia juga mempunyai sebuah kedai kopi yang menjual makanan pagi dan minuman petang tetapi sekarang lebih selesa memasak di rumah dan menjualnya kepada peraih sahaja.

"Saya membuka kedai itu untuk mendapatkan perbelanjaan bagi persekolahan anak dan saya bangga, wang diperoleh berjaya membawa mereka ke menara gading," ujarnya.

Kini katanya, anak-anaknya telah mempunyai kehidupan masing-masing dan dia masih selesa meneruskan pekerjaan memasak nasi tumpang untuk menampung perbelanjaan seharian.

"Saya tidak boleh berhenti dan akan meneruskannya selagi terdaya kerana pekerjaan itu dimulakan sejak muda lagi," akuinya.

Full content generated by Get Full RSS.

Siap hadapi banjir lebih besar

Posted:

Siap hadapi banjir lebih besar

Siap hadapi banjir lebih besar

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 3 Nov. – Terengganu kini sudah bersiap sedia dan seluruh jentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir yang diramalkan lebih besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, persiapan menyeluruh telah dilakukan termasuk bekalan makanan, keperluan harian, kelengkapan logistik dan kekuatan anggota di barisan hadapan serta sokongan.

Katanya, bekalan makanan telah mulai ditempatkan di pangkalan hadapan dan di kawasan yang sering terjejas serta peruntukan disediakan bagi lebih seminggu.

Sebanyak 112 pangkalan hadapan diwujudkan seluruh negeri yang berfungsi sebagai pusat penempatan bekalan di tempat-tempat strategik agar tidak putus semasa bencana.

Di samping itu katanya, kerajaan menyediakan 347 pusat pemindahan yang mampu menempatkan 51,700 mangsa termasuk 98 di daerah Besut (35), Hulu Terengganu (78), Kuala Terengganu (25), Marang (23), Dungun (52) dan Kemaman (36).

''Seramai 11,082 mangsa mampu ditempatkan iaitu di Besut (2,738), Hulu Terengganu (8,640), Kuala Terengganu (7,300), Marang (4,100), Dungun (9,615) dan Kemaman (8,270)," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Katanya, khidmat helikopter akan digunakan jika keadaan memerlukan dan di samping itu, bagi memberikan lebih keselesaan kepada mangsa banjir, tandas-tandas bergerak akan disediakan di 54 pusat pemindahan yang kekurangan kemudahan itu.

Menurut Ahmad, walau sebaik mana persiapan dilakukan, tanpa kerjasama anggota masyarakat, ia menyukarkan usaha-usaha pemindahan mangsa ke tempat yang lebih selamat dan mengelak daripada menjadi korban musim banjir.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dalam satu kenyataan memberitahu, pada masa ini apa yang diperlukan ialah setiap pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana memperkemaskan lagi jentera masing-masing supaya proaktif dan responsif setiap masa.

Katanya, ini termasuklah badan-badan sukarela dan jentera kepimpinan masyarakat setempat terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri memberitahu, bagi memudahkan lagi penyampaian maklumat mengenai banjir kepada orang ramai, boleh merujuk laman sesawang, etindakan.terengganu.gov.my.

''Laman sesawang yang dimulakan pada tahun lalu bagi penyebaran maklumat mengenai jumlah mangsa perpindahan, kemalangan jiwa, paras air sungai-sungai utama dan jalan-jalan yang ditutup serta dibuka telah mendapat reaksi positif," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tingkat kawalan di sempadan

Posted:

Polis tingkat kawalan di sempadan

Polis tingkat kawalan di sempadan


Jalaluddin Abdul Rahman (kanan) dan Mazlan Lazim pada sidang media berkaitan pencegahan penyeludupan di Pasir Mas, baru-baru ini.


PASIR MAS 3 Nov. - Polis akan memperhebatkan kawalan di sempadan negara khususnya di negeri ini bagi mengawal aktiviti penyeludupan sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menggerakkan Pasukan Gerakan Marin (PGM) untuk membuat pemantauan dan rondaan sepanjang musim hujan ini bagi memastikan kawasan sempadan sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Perkara ini sememangnya berada dalam fokus kita. Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) untuk memastikan sempadan negara ini tidak mudah dibolosi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Fokus kita bukan sahaja kepada aktiviti penyeludupan beras tetapi dalam masa yang sama kita turut memberikan perhatian kepada dadah dan senjata api," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai persediaan banjir peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini kelmarin.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lau Yong Heng.

Jalaluddin memberitahu, pihaknya sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijadual bermula pada 25 November ini.

Tambahnya, seramai 528 anggota polis termasuk pegawai akan dikerah sepanjang musim tengkujuh kali ini.

"Di setiap daerah, kita akan tempatkan lima atau enam kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima hingga enam anggota. Selain itu bagi melancarkan tugas, kita akan mendapat bantuan daripada PGM dan PGA (Pasukan Gerakan Am) seramai 50 anggota," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved