Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Penawar penat seharian bekerja

Posted:

Penawar penat seharian bekerja

Penawar penat seharian bekerja

aida.kamaruddin@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


IZARA membelai beberapa ekor kucing yang datang mendekatinya.


Dikenali sebagai Fiona, menerusi drama bersiri Soffiya yang kini ditayangkan di TV3, Izara memberitahu, dia amat meminati kucing kerana sifat manja yang dimiliki haiwan ini.

"Dapat bermanja dengan haiwan peliharaan seperti kucing, cukup membuatkan Izara bahagia.

"Sifat manja serta telatah mereka yang comel sering memberi kegembiraan kepada Izara ketika sedang bersedih," katanya sambil membelai kucing-kucing yang berada di SPCA, Ampang, Selangor.

Membelai haiwan yang dianggap kotor oleh sesetengah manusia ini, menurut Izara, dia tidak pernah merasakan haiwan ini terlalu jijik untuk dimanjakan kerana kucing merupakan antara haiwan kegemarannya.

"Kotor? Tak adalah, mereka sebenarnya lagi pembersih berbanding kita. Cuba kita lihat aksi mereka selepas makan, pasti kucing-kucing ini akan duduk di satu sudut untuk membersihkan bulu mereka dahulu.

"Mungkin ada di antara kita yang tidak suka dengan kucing, tetapi Izara harap janganlah diseksa mereka," pintanya

Percaya setiap makhluk Allah itu mempunyai kelebihan masing-masing Izara memberitahu, dia juga memelihara seekor kucing. Selain dapat bermanja setiap kali pulang dari kerja dengan kucing kesayangannya yang diberi nama Lucy, ia juga mampu mengurangkan stres yang dihadapinya.

"Lucy merupakan kucing peliharaan keluarga Izara, mungkin sebab itu Izara sudah terbiasa untuk bermanja dengan haiwan comel ini.

"Bagi Izara, dapat membelai Lucy setiap kali pulang ke rumah mampu mengurangkan penat seharian bekerja.

"Izara sangat kecewa dengan manusia yang sanggup bertindak kejam ke atas haiwan yang lemah ini.

"Sedih rasanya mengetahui haiwan-haiwan ini sebenarnya menderita kerana sikap manusia seperti ini.

"Bagaimanapun dengan kewujudan pusat perlindungan seperti ini, Izara berharap ia dapat membela nasib kucing terbiar," katanya.

Mempunyai impian murni suatu hari nanti, menurut gadis kelahiran Johor ini, jika diberikan kesempatan dia juga mahu membuka sebuah pusat perlindungan bagi memelihara dan melindungi kucing jalanan.

"Jika diizinkan Allah, Izara mahu membuka sebuah rumah perlindungan haiwan seperti pusat ini.

"Seperti kita, haiwan ini juga memerlukan penjagaan rapi. Jadi, tidak salah jika kita memberikan hak yang sama kepada kucing-kucing ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sukan satukan Oh Chentaku

Posted:

Sukan satukan Oh Chentaku

Sukan satukan Oh Chentaku

aida.rizmariza@utusan.com.my
Gambar Hafizh Khosmat


DARI kiri: Luqman Hakim Mior Mohd. Zain, Mohd. Naim Mohd. Noor, Jimmy Tan Jee Lee dan Afiq Iskandar Zainal Arrifin .


Namun bagi empat anak muda ini, mungkin cara komunikasi mereka dianggap agak kasar tetapi sebenarnya ini merupakan rahsia mereka untuk bersama sehingga enam tahun lamanya.

Dianggotai oleh empat anak muda iaitu Mior Luqman Hakim Mior Mohd. Zain (vokalis), 24, Mohd. Naim Mohd. Noor (bass), 25, Jimmy Tan Jee Lee (drum), 28, dan Afiq Iskandar Zainal Arrifin (gitaris), 25, mereka memilih permainan bola keranjang sebagai medan untuk meluahkan perasaan mereka.

Menurut Mohd. Naim, bukan mudah untuk mendapat persetujuan daripada keempat-empat mereka berhubung sesuatu isu memandangkan kesemuanya mempunyai pendapat masing-masing. Adakalanya juga pertengkaran sering mewarnai perbualan mereka.

"Tipu jika saya cakap kami tidak pernah bertekak sepanjang enam tahun bersama. Namun sebagai anak seni kami tahu keutamaan kami adalah untuk menggerakkan muzik kami bersama dan untuk itu kami perlu bekerjasama.

"Waktu yang paling baik untuk kami meluahkan perasaan masing-masing adalah ketika bermain bola keranjang bersama, kerana pada waktu itu kami lebih mudah untuk berbual," katanya yang ditemui pada sesi fotografi di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mengenali sesama sendiri sejak dari bangku sekolah lagi, menurut Mohd. Naim perkongsian minat yang sama di dalam bidang muzik serta permainan bola keranjang menjadikan hubungan mereka kini rapat seperti adik-beradik.

"Gelanggang bola keranjang kegemaran kami tentulah yang berdekatan rumah kami kerana kami duduk berjiran.

"Bukan apa, selain untuk meningkatkan stamina, permainan ini juga mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi kami semua," katanya.

Sudahpun mempunyai empat buah EP iaitu Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant (2007), Off-Broadway Twilight (2009), Suitcase, A scaft (2009), Why Can't We Destroy (2009) dan Juniper (2011), bagi Mohd. Naim walaupun menyedari nama tidak sehebat kumpulan muzik seperti Bunkface namun mereka tetap bangga kerana mempunyai peminat mereka sendiri.

"Di awal kemunculan kami, laman sesawang seperti Myspace sering menjadi medium utama untuk menyampaikan muzik kami kepada peminat.

"Bagaimanapun dengan pertambahan peminat kami sejak tahun 2006, kami mula yakin untuk membuat persembahan di dalam gig. Sehingga kini antara negara yang telah pun menerima kunjungan kami adalah Indonesia, Singapura dan Thailand," katanya bangga.

Bakal menghasilkan album baru awal tahun depan, Oh Chentaku sebenarnya ingin dikenali sebagai kumpulan rock dan bukan indie.

"Kami tidak mahu peminat di luar sana salah anggap melalui genre yang kami hasilkan ini kerana muzik indie berbeza dengan muzik yang kami bawa.

"Bagaimanapun kami yakin peminat yang sudah lama mengikuti muzik mampu menerima rock yang kami bawa ini," katanya.

Ditanya sama ada mereka semua bersedia untuk menerima tempias populariti suatu hari nanti, menurut Mohd. Naim, perpecahan di dalam sesebuah kumpulan adalah perkara biasa.

Bagi mereka, apa yang penting dalam sebuah kumpulan adalah cara berkomunikasi yang baik bagi memelihara keharmonian di antara mereka.

"Bagi saya, populariti bukanlah penyebab perpecahan sebuah kumpulan. Yang penting persefahaman dan kerjasama yang erat merupakan kekuatan utama sesebuah kumpulan itu.

"Selagi semua ahli kumpulan mempunyai satu niat yang sama iaitu untuk terus menghasilkan muzik terbaik buat peminat tentunya masalah ini tidak akan timbul," katanya ketika mengakhiri perbualan kami pada petang itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved