Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PPSMI: Kerajaan tidak akan tunduk

Posted:

PPSMI: Kerajaan tidak akan tunduk

PPSMI: Kerajaan tidak akan tunduk

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan sebarang desakan supaya pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dua tahun lalu ditarik balik.

Tegas beliau, keputusan tersebut tidak dibuat secara terburu-buru sebaliknya adalah berdasarkan data serta maklumat hasil daripada pelaksanaan PPSMI.

Sehubungan itu beliau berkata, satu penjelasan mengenai pemansuhan PPSMI serta langkah kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dibuat secara terperinci esok walaupun ia bukan satu jaminan polemik mengenainya dapat dihentikan.

''Kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan begini, kita tidak boleh terdesak dengan kumpulan kecil seperti itu. Saya tahu majoriti rakyat faham dan menerima keputusan tersebut.

''Saya juga tidak kata pengumuman esok akan menghentikan polemik. Negara kita bebas dan mereka mungkin akan terus mendesak. Hakikatnya keputusan ini bukan dibuat secara terburu-buru atau kepentingan politik tetapi ia berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Bersama Guru-Guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi dan Ketua Eksekutif SMR HR Group, Datuk Dr. R. Palan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datuk Ibrahim Mohamad.

Beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu yang masih mendesak kerajaan menarik balik pemansuhan dasar PPSMI tersebut.

Mengenai sesi penjelasan yang akan dibuat esok, Muhyiddin berkata, ia berkaitan dengan soal yang berkaitan dengan peralihan para pelajar ekoran pemansuhan PPSMI.

''Kabinet pada 2009 membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. Oleh itu esok secara terperinci saya akan jelaskan satu persatu kerana kita tahu perkara ini mendapat perhatian daripada pihak ibu bapa.

''Sebagai contoh saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ada seorang bapa menyatakan anaknya kini berada di dalam tingkatan 3 dan tahun depan tingkatan empat dan tahun seterusnya tingkatan lima,'' katanya.

Beliau berkata, bapa tersebut bimbang yang anaknya akan berhadapan dengan masalah sekiranya berlaku peralihan daripada PPSMI ke MBMMBI.

''Saya faham kerana saya juga ada anak. Esok saya akan umumkan bagaimana kelonggaran peralihan ini berlaku,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, pembangkang pada 2009 turut bersetuju dengan pemansuhan PPSMI.

''Saya bawa ke Kabinet, ia diluluskan. Saya bawa ke Parlimen ia dibincang dan dibahaskan. Semua pihak bersetuju termasuk pihak pembangkang tetapi pada waktu itulah.

''Namun sekarang setelah ada kumpulan-kumpulan buat desakan mungkin pihak pembangkang hendak lompat masuk ke sana,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Anugerah Kepimpinan Transformasi untuk Perdana Menteri

Posted:

Anugerah Kepimpinan Transformasi untuk Perdana Menteri

Anugerah Kepimpinan Transformasi untuk Perdana Menteri

SUBANG JAYA 3 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih untuk menerima Anugerah Kepimpinan Transformasi pada Forum Ekonomi Cina Dunia Ke-3 di sini malam ini.

Pengerusi Forum Ekonomi Cina Dunia Ke-3, Datuk Dr. Michael Yeoh berkata, pemilihan Perdana Menteri adalah berdasarkan usaha beliau dalam melakukan perubahan terhadap ekonomi negara.

"Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan akan diserahkan pada satu majlis berasingan selepas kepulangan beliau daripada menunaikan ibadah haji di Mekah," katanya pada majlis makan malam penyampaian Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Forum Ekonomi Cina Dunia Ke-3 di Pusat Konvensyen Sunway di sini hari ini.

Sebanyak 12 anugerah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Sementara itu, Ahmad Husni semasa berucap pada majlis itu berkata, kemampuan ekonomi negara untuk kekal dan mencapai taraf kuasa ekonomi akan terbatas tanpa penggunaan teknologi.

Katanya, inovasi juga akan menjadi faktor penting dalam memastikan bidang keusahawanan kekal bersaing.

"Tanpa inovasi juga, budaya sesuatu bangsa akan lenyap menjadi warisan sejarah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan amal sikap double standard isu PPSMI

Posted:

Jangan amal sikap double standard isu PPSMI

Jangan amal sikap double standard isu PPSMI

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pihak yang meminta pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikaji semula, seharusnya tidak mengamalkan sikap double standard berhubung isu berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau hairan bagaimana pihak tersebut hanya mempertahankan subjek Matematik dan Sains untuk diajar dalam bahasa ibunda mereka di Sekolah Jenis Kebangsaan tetapi di Sekolah Menengah Kebangsaan, ia diajar dalam bahasa Inggeris.

Katanya, ia seolah-olah tidak mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu apatah lagi untuk memperkuatkan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan.

''Mereka tidak sepatutnya sangsi dengan dasar baru kementerian untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris melalui Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) kerana ia jauh lebih baik daripada pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masih berharap kerajaan mengkaji PPSMI dan menjadikan ia sebagai medium pengajaran pilihan demi kebaikan semua pihak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved