Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Peneroka warga emas cipta senapang sendiri ditahan polis

Posted:

Peneroka warga emas cipta senapang sendiri ditahan polis

Peneroka warga emas cipta senapang sendiri ditahan polis


Md. Tahir Kasim (dua dari kiri) menunjukkan senapang buatan sendiri dimiliki oleh seorang peneroka warga emas pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim, Slim River, Perak, semalam.


TANJUNG MALIM 4 Nov. - Berang dengan gangguan haiwan liar yang sering membaham haiwan peliharaan serta memusnahkan kebunnya, seorang warga emas yang juga peneroka di Felda Gunung Besout, Sungkai dekat sini mengambil keputusan mencipta senapang buatan sendiri.

Berbekalkan kemahiran membuat sudip kayu serta sedikit pengetahuan mengenai senjata, lelaki berusia 66 tahun itu membuat senapang menggunakan tekanan angin dan menjadikan guli sebagai peluru.

Ibarat senjata makan tuan, kreativiti warga emas itu akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis baru-baru ini selepas didapati turut menjual senapang itu kepada orang ramai dengan harga RM350 selaras.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, walaupun senjata itu kononnya digunakan untuk menghalau haiwan, tetapi ia juga boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada manusia ekoran penggunaan tekanan angin yang sangat kuat.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah. Dia mendapat idea untuk membuat senjata berkenaan selepas membuka senapang api dan dia sememangnya pandai bertukang untuk membuat sudip kayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat orang awam, polis menahan suspek pada 28 Oktober lalu kira-kira pukul 3.40 petang.

Polis turut merampas lima laras senjata kayu buatan sendiri, enam rangka senapang yang belum lengkap, dua tabung simpanan angin, 96 biji guli dipercayai peluru, sembilan batang kikir, dua batang pahat saiz besar dan kecil, tukul kecil, pemutar skru dan pita ukuran.

Menurut Md. Tahir, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan memiliki senjata tanpa lesen atau permit yang sah.

"Kita akan menghantar senjata ini ke Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk diuji, manakala suspek berada dalam jaminan polis bagi membantu siasatan," tambahnya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, warga emas tersebut boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang telah membeli senjata berkenaan daripada suspek supaya tampil menyerahkannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Menyimpan senjata adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah akta yang sama, katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved