Jumaat, 4 November 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tulang ditemui seberat 2,505g

Posted:

Tulang ditemui seberat 2,505g

Tulang ditemui seberat 2,505g

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Nov. – Pakar perubatan forensik, Dr. Nurliza Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berat keseluruhan tulang-tulang yang ditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, Banting dekat sini adalah sebanyak 2,505 gram.

Saksi pendakwaan ke-63 itu yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap 2,040 spesimen tersebut berkata, jumlah itu melebihi berat tulang terbakar bagi seorang individu.

''Kalau merujuk kebiasaan serpihan tulang yang terdedah kepada suhu haba yang tinggi untuk satu individu lelaki purata berat antara 2,300 gram dan 2,500 gram.

''Serpihan tulang untuk individu perempuan biasanya kurang daripada 2,000 gram. Dalam kes ini, berat keseluruhan ialah melebihi 2,500,'' jelasnya ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain.

Bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh jutawan kosmetik itu dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38. .

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Nurliza yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, membasuh tulang dengan berus dan air adalah satu kebiasaan sebelum pemeriksaan dibuat ke atasnya.

Bagaimanapun, jelasnya, ia biasa dilakukan selepas spesimen-spesimen yang ditemui di tempat kejadian dibawa pulang ke makmal.

Semasa membuat pencarian bersama tujuh lagi pakar perubatan forensik serta pasukan forensik polis di Ladang Gadong pada 14 September 2010, beliau tidak nampak tulang-tulang yang ditemui di situ dibasuh dengan menggunakan air kolam berhampiran.

''Basuh dengan berus kalau menggunakan air boleh. Biasanya kami tidak buat di tempat yang dijumpai.

''Bila balik ke makmal kami akan cuci spesimen yang dijumpai dengan menggunakan air,'' katanya.

Dalam keterangannya, Nurliza yang mempunyai kepakaran dalam bidang Forensik Antropologi itu turut mengesahkan sebanyak 30 spesimen tulang itu diambil oleh dua ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, beliau tidak dimaklumkan tentang hasil ujian tersebut dan menyatakan tidak terkejut apabila dimaklumkan oleh Manjeet bahawa tiada sebarang DNA ditemui pada tulang-tulang tersebut.

Terdahulu, semasa ditanya sama ada tulang-tulang bukan manusia adalah tulang anjing, kambing atau lembu, Nurliza menjelaskan, beliau hanya boleh menyimpulkan ia tidak mempunyai ciri-ciri tulang manusia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-45 bersambung 8 November ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga warga Iran edar syabu dihukum mati

Posted:

Tiga warga Iran edar syabu dihukum mati

Tiga warga Iran edar syabu dihukum mati

SHAH ALAM 4 Nov. - Tiga lelaki warganegara Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu yang ditemui di dalam perut mereka semasa tiba di negara ini pada Februari tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman itu ke atas Hossein Shakeri, 40, Mahdy Afra Siabi, 29, dan Arshad Mohamad Senjedeh, 29, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Dalam penghakimannya, beliau menolak pembelaan Hossein yang mendakwa syabu yang ditelannya adalah ubat bina badan. Begitu juga dakwaan Mahdy dan Arshad bahawa dadah yang ditemui di dalam perut mereka adalah vitamin serta serbuk ubat gigi.

Hossein yang merupakan seorang mekanik didakwa mengedar 87.9 gram syabu di Hospital Serdang, Sepang dekat sini antara pukul 3 petang, 3 Februari dan pukul 1 petang, 4 Februari 2010.

Sementara Mahdy yang mendakwa datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai jurukimpal dituduh mengedar 306 gram syabu, manakala Arshad pula mengedar 466 gram syabu dalam tempoh masa dan tarikh yang sama di hospital tersebut.

Ketiga-tiga tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Yassir Mohd. Nasri manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam Ramesh Sivakumar.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pihak pembelaan menampilkan enam saksi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved