Utusan Online - Utara |
- 12 rumah rosak dipukul ribut
- Cubaan seludup diesel gagal
- Mayat pemuda terjatuh ketika memancing ditemui
Posted: 12 rumah rosak dipukul ributOleh SAFINA RAMLI Mangsa ribut, Sharbuddin Jaafar menunjukkan rumahnya yang rosak dipukul ribut di Lorong Peladang Jalan Langar, Alor Setar, kelmarin. ALOR SETAR 27 Okt. - Sebanyak 12 rumah, sebuah kedai perabot dan sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Langgar di sini rosak akibat dipukul ribut, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, semua bahagian bumbung rumah, kedai perabot dan pusat tersebut diterbangkan angin manakala tujuh kenderaan yang dipamerkan rosak ditimpa besi. Pemilik pusat jualan kereta terpakai itu, Yusniza Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian tiada siapa berada di pusat tersebut kerana bercuti sempena Deepavali. "Saya dapat tahu berita ini daripada pemilik kedai perabot yang terletak bersebelahan pusat ini dan apabila sampai, saya terkejut tengok keadaan pusat ini. "Kereta rosak kerana ditimpa besi, ada yang cerminnya pecah dan bumbung pejabat kami turut rosak," katanya ketika ditemui di Jalan Langgar di sini, semalam. Menurutnya, kejadian ribut itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang dua tahun dia menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. "Kerugian yang dialami masih belum diketahui namun apa yang saya boleh katakan ialah kami memang mengalami kerugian besar memandangkan kenderaan yang ada telah rosak," katanya. Dalam pada itu, pemilik kedai perabot, Chua Chu Chong, 40, berkata, kejadian ribut itu berlaku terlalu pantas dan sekelip mata bumbung di kedainya diterbangkan angin. "Saya tak sempat buat apa-apa. Tiba-tiba sahaja perkara ini berlaku dan perabot di kedai saya habis basah," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Dr. Cheah Soon Hai yang melawat kawasan tersebut berkata, bantuan segera sebanyak RM100 bagi setiap mangsa telah diberikan. "Saya meminta kesemua mangsa membuat laporan polis dan saya akan usahakan agar mereka mendapat bantuan sewajarnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Cubaan seludup diesel gagalSebuah bot nelayan berjaya ditahan Maritim Malaysia ketika cuba menyeludup minyak diesel di perairan Kuala Perlis, kelmarin. KANGAR 27 Okt. - Agensi Penguat kuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup sejumlah 7,640 liter diesel subsidi bernilai kira-kira RM10,000 ke Satun, Thailand dalam dua kejadian berasingan pagi semalam. Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya turut menahan tujuh lelaki, enam daripadanya warga Thailand yang berusia 19 hingga 38 tahun. Katanya, dalam kejadian pukul 6 pagi, Maritim Malaysia mengesan sebuah bot bernombor pendaftaran PSF 2368 dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis sedang menuju ke sempadan Thailand. "Pihak kami kemudian mengarahkan bot itu berhenti. Hasil pemeriksaan, kami menemui tiga tangki berisi 5,900 liter diesel dianggar bernilai RM7,080 dalam bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurut beliau, empat lelaki dalam bot itu ialah seorang warga tempatan berusia 38 tahun dan tiga awak-awak warga Thailand berusia antara 24 hingga 31 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut. Tiga jam kemudian, kata Abdul Rahim, pihaknya mengesan sebuah lagi bot tidak bernombor sedang menuju ke sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan. "Bot itu ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada pukul 8.15 pagi dan kami menemui 58 tong berisi 1,740 liter diesel bernilai RM2,088 dalam bot tersebut," katanya. Beliau berkata, tiga warga Thailand berusia 19 sehingga 26 tahun yang berada dalam bot itu ditahan untuk siasatan. "Kesemua mereka dibawa ke Jeti Kuala Perlis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967," katanya. Difahamkan, harga diesel dijual pada harga RM2.80 seliter di negara jiran berbanding RM1.20 di negara ini. Full content generated by Get Full RSS. |
Mayat pemuda terjatuh ketika memancing ditemui Posted: Mayat pemuda terjatuh ketika memancing ditemuiBALING 27 Okt. - Seorang pemuda yang hilang Jumaat lalu, selepas terjatuh ke dalam lubuk semasa memancing di kawasan Lata Mengkuang, Kupang, dekat sini ditemui mati di sini kelmarin. Mayat Zulkifli Zakaria, 20, ditemui terapung di kawasan itu oleh salah seorang saudaranya, Che Ros Che Hassan, 40, pukul 7 petang selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan ketika ditemui mengesahkan penemuan mayat berkenaan. Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali kerana kecekapannya memanjat pokok tinggi dan mendaki gunung dikatakan tergelincir ke dalam lubuk sedalam 10 meter di kawasan berkenaan. Gerakan mencari mangsa yang masih bujang dijalankan sejurus berita kehilangannya dilaporkan kepada polis dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung. Seramai 12 anggota skuad pasukan penyelam Balai Bomba dan Penyelamat Baling dan Sungai Petani serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerahkan dalam operasi berkenaan. Mayat Zulkifli dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bok Bak Kupang, pukul 4.30 pagi semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Azmi Che Hussin; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah dan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Baling, Wan Saroji Afendi Yahya. Dalam pada itu, bapa mangsa, Zakaria Salleh, 48, berkata, walaupun sedih dengan kehilangan anak sulungnya, namun dia tetap reda atas apa yang berlaku. Menurutnya, anaknya itu memang berani memanjat pokok dan boleh mengambil madu lebah di atas pokok tinggi. "Kami reda atas ujian Allah terhadap keluarga kami," katanya. Zakaria turut berterima kasih atas bantuan pelbagai pihak dalam operasi mencari dan menyelamat anaknya itu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan