Utusan Online - Sukan |
Terengganu jadi pilihan, NS mantap Posted: Terengganu jadi pilihan, NS mantapKUALA LUMPUR – Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini. Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan. Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini. Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1. Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog. Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini. Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten. Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati. Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan. "Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami. "Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang. "Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Isu tiket RM50 dipercayai punca laman web FAM digodam Posted: Isu tiket RM50 dipercayai punca laman web FAM digodamOleh ILLAH HAFIZ AZIZ KUALA LUMPUR - Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikesan telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam. Laman web tersebut, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya mempamerkan logo FAM yang diubahsuai dengan meletakkan imej babi dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi. Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah, turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk Harga tiket RM50 wajar. Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam. Provokasi terbaru ini difahamkan berlaku akibat kenaikan harga tiket harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia hari ini. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Jailani Johari ketika dihubungi mengesahkan, laman web itu telah digodam oleh pemantauan bersama pihak FAM sedang dilakukan. "Setakat ini kita dapati FAM sedang melakukan proses pembersihan dan SKMM membantu mereka untuk monitor serta mengaktifkan kembali laman web tersebut," katanya. Tambah Jailani Johari, FAM dinasihati untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu berikutan kesalahan itu tertakluk di bawah Akta Jenayah 1997. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan