Utusan Online - Timur |
- Peruntukan RM90 juta hadapi banjir
- Tidak luput ditelan zaman
- 90 tan metrik beras dirampas di Kuala Besut
Peruntukan RM90 juta hadapi banjir Posted: Peruntukan RM90 juta hadapi banjirKUALA TERENGGANU 27 Okt. – Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk menaikkan taraf sungai-sungai di negeri ini sebagai persediaan menghadapi banjir pada musim tengkujuh hujung tahun ini. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Mat Hussin Ghani berkata, pada masa sama, hampir RM70 juta lagi diperuntukkan bagi melaksanakan fasa komprehensif untuk dua sistem tebatan banjir yang terletak di Chukai, Kemaman. "Projek-projek ini yang dikenali Rolling Plan untuk tebatan banjir, termasuk yang terletak di Sungai Setiu bernilai RM36 juta dan Sungai Paka bernilai RM20 juta. "Kita jangkakan semua projek ini dapat dilaksanakan sepenuhnya tahun depan dan 2013 selepas mendapat kelulusan daripada Kabinet," katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Mat Hussin berkata, pihaknya juga akan membaiki sistem pengairan dan sistem antihakisan tanah di enam kawasan Parlimen di negeri ini. Katanya, kawasan yang akan disiapkan sebelum hujung tahun ini itu termasuk yang terletak di Kuala Nerus, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman dengan peruntukan kira-kira RM12 juta. |
Posted: Tidak luput ditelan zamanOleh FAUZI MOHD. PERMAINAN kaki hantu turut dipertandingkan. Joki bisu kudanya buta, KUALA TERENGGANU 27 Okt. - Dua rangkap di atas merupakan syair yang dikarang oleh salah seorang kerabat diraja Terengganu, Tengku Wook Khazaki suatu ketika dahulu. Catatan itu jelas menggambarkan bahawa permainan tradisional seperti kuda buta joki bisu, lari dalam guni serta memanjat tiang telah dimainkan secara meluas, bukan sahaja di kampung-kampung, malah turut dimainkan dalam lingkungan istana. Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, oleh kerana permainan tradisional yang diwarisi daripada mulut ke mulut, maka setiap negeri, daerah atau kawasan yang berlainan akan menggunakan nama dan peraturan berbeza-beza. Menurutnya, di Terengganu, sejarah permainan tradisional cukup unik kerana ia penuh dengan falsafah pendidikan dan pengasuhan moral walaupun dimainkan sekadar untuk suka-suka. Katanya, bukan sesuatu yang mudah apabila permainan tradisional yang sering dikaitkan dengan 'dunia yang tertinggal' mahu terus dihidupkan dengan pelbagai cara seperti pertunjukan dan pertandingan. "Suasana kanak-kanak bermain riang di halaman rumah dan padang sudah semakin jauh dari pandangan kita kerana generasi hari ini lebih dekat dengan permainan dalam bilik seperti komputer dan permainan video. "Walaupun ia kadang kala tidak dikenali, tetapi apabila muzium jadikan permainan-permainan sebagai pertandingan dan acara sampingan pada majlis-majlis besar, sambutannya cukup baik dan meriah," katanya. Beliau berkata demikian sempena Pertandingan Sukan Tradisional Peringkat Negeri Terengganu di Laman Warisan Kompleks Muzium Terengganu di Losong di sini, baru-baru ini. Dalam usaha untuk mengekalkan kepelbagaian warisan sejak zaman-berzaman, tanggungjawab itu digalas pihak muzium dengan menganjurkan acara tahunan itu sejak tahun 2006. Seramai 275 peserta mengambil bahagian dalam sembilan acara seperti bola cetong, congkak, bola beracun, sepak raga ratus, tapak gajah, terompoh gergasi, gelek rim basikal, kaki hantu dan kukur kelapa. Tambah Mohd. Yusof, jika sebelum ini pertandingan itu diadakan di Dataran Syahbandar atau Taman Awam Batu Buruk, kali ini program kerjasama semua Pejabat Daerah itu diadakan di muzium bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi kompleks itu. Katanya, pertandingan itu bukan semata-mata mahu meraih hadiah dan mempamerkan bakat, lebih daripada itu ia sebagai medan memantapkan kefahaman generasi muda terhadap permainan tradisional. Melalui platform sebegini ujarnya, peserta dan pengunjung bukan sahaja dapat memahami konsep sesuatu permainan malah berpeluang mengkaji falsafah di sebalik permainan itu dicipta. "Ada banyak nilai positif dalam setiap permainan seperti persefahaman, kreativiti, komunikasi, sabar, kerjasama, jujur, kemahiran serta memupuk semangat setiakawan dan kejiranan," katanya. Berdasarkan kajian Muzium Terengganu sendiri katanya, lebih 110 jenis permainan telah dikenal pasti sering dimainkan masyarakat Melayu di negeri ini. Antaranya berlaga buah getah, tinting bulu ayam, tok-tok pukul berapa datuk harimau, tapak gajah, rakit darat, musang mengejar ayam, gali ubi, decok, berlaga kemuncut dan galah panjang. Selain itu, permainan kaki hantu, mencari cucu, lastik, tuju para getah, selambut, petik mata, gasing tudung botol, enjit-enjit semut, cak ciling cilang ong, bola selipar dan anakan. Kata Mohd. Yusof, jika dikaji sedalam-dalamnya, setiap permainan yang dicipta ada hubung kait dengan nilai kehidupan dan disiplin masyarakat setempat. "Faktor-faktor seperti struktur masyarakat, persekitaran serta geografi fizikal seperti kawasan pantai, sawah padi atau kebun getah adalah berbeza antara satu sama lain. "Permainan masyarakat tani mungkin berbeza dengan permainan yang terdapat dalam masyarakat kerana ia bergantung kepada sumber yang terdapat di kawasan terbabit," katanya. Dalam mendisiplinkan anak-anak katanya, ibu bapa yang melarang anak-anak gadis mereka keluar bermain di luar rumah mencipta permainan congkak di bawah rumah, batu selambut, anak-anakan dan sebagainya. Bagi kanak-kanak lelaki jelasnya, mereka lebih terdedah dengan permainan luar rumah dan lebih lasak seperti tor duduk, bola katok, bola kaki tiga dan golek para buah pinang. Dalam pertandingan sehari itu, pasukan Pejabat Daerah Dungun muncul juara keseluruhan sekali gus mempertahankan kejuaraan tahun lalu. Full content generated by Get Full RSS. |
90 tan metrik beras dirampas di Kuala Besut Posted: 90 tan metrik beras dirampas di Kuala BesutKOTA BHARU 27 Okt. - Pejabat Kawal Selia Padi Beras Kelantan merampas 90 tan metrik beras tempatan dan import pelbagai gred bernilai RM170,000 dalam serbuan di sebuah gudang simpanan berlesen di Kuala Besut, Terengganu, kelmarin. Menurut sumber, serbuan pukul 2 petang itu dilakukan susulan penahanan sebuah treler yang membawa muatan 35 tan metrik beras super tempatan 15 peratus (hancur) di Kilometer 29 Lebuh Raya Jeli-Gerik, Selasa lalu. "Hasil siasatan, serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan terhadap setor terbabit dan menemui timbunan beras tempatan dan juga yang diimport. "Berdasarkan siasatan, syarikat tersebut disyaki melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Padi Beras 1994," katanya kepada pemberita di sini semalam. Sumber memberitahu, beras yang dirampas itu dipindahkan ke stor Lundang di sini semalam, sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung kes terbabit. "Pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan turut mendapat kerjasama Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Terengganu serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan," katanya. Berikutan rampasan tersebut, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai pemilik gudang itu ditahan untuk membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan