Utusan Online - Jenayah |
Posted: Dadah RM20 juta dirampasOleh FARABI SAID SEREMBAN 28 Okt. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan dua sindiket pengedaran dadah jenis ketamin dan pil Eramin 5 melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dianggarkan bernilai lebih RM20 juta, baru-baru ini. Kedua-dua sindiket itu menggunakan kargo dari China dan Taiwan untuk membawa masuk dadah tersebut ke negara ini. Dalam kes pertama pada Selasa lalu, Bahagian Penguatkuasaan JKDM menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun pada pukul 1 petang yang ketika itu sedang mengambil 15 kotak barangan yang diikrar sebagai mesin pengeluar asap (dry ice) dari pejabat ejen penghantaran cepat di Shah Alam, Selangor. Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Liah Omar berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menemui bungkusan plastik berisi ketamin yang disorokkan di setiap bahagian mesin di dalam kotak tersebut. "Setiap bungkusan plastik lutsinar itu mengandungi 14.7 kilogram ketamin dengan anggaran nilai pasaran RM164,700 ditemui daripada setiap kotak yang dicatatkan sebagai 'Fog Machine'. "Barangan tersebut tiba dari Shenzen, China untuk penerima di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Narkotik, Kampung Jijan, Nilai di sini, hari ini. Lian memberitahu, dalam kes kedua pula, pihaknya merampas sejumlah 10 kotak dipercayai mengandungi dadah jenis Eramin 5 pada 14 Oktober lalu dari sebuah ejen penghantaran di kargo udara KLIA. Beliau berkata, hasil imbasan pihaknya mendapati, kesemua kotak tersebut mengandungi bungkusan berisi kepingan pil-pil dipercayai Eramin 5. "Sejumlah 998,750 pil dipercayai Eramin 5 ditemui dalam kesemua 10 kotak ini yang dianggarkan bernilai RM19.97 juta. "Berdasarkan kepada pemeriksaan dokumen kargo, semua kotak itu tiba dari Taiwan pada 5 Oktober lalu untuk dihantar kepada sebuah syarikat di Selangor namun tidak dinyatakan apa kandungan di dalamnya," katanya. Lian berkata, siasatan ke atas syarikat penerima barangan tersebut mendapati ia tidak wujud dan alamat yang digunakan adalah alamat syarikat lain. Full content generated by Get Full RSS. |
Padah bergurau: Wanita patah hidung dibelasah sepupu lelaki Posted: Padah bergurau: Wanita patah hidung dibelasah sepupu lelakiKUANTAN 28 Okt. - Seorang juru jual wanita cedera dibelasah sehingga patah hidung gara-gara bergurau dengan menyembunyikan dompet sepupu lelakinya. Wanita berusia 24 tahun itu disepak, ditumbuk dan dihentak kepalanya ke dinding selepas memulangkan dompet berkenaan kepada sepupunya dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Taman Raub Jaya, Raub, semalam. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, sebelum kejadian, suspek berusia 22 tahun itu ke tempat kerja mangsa di sebuah kedai perabot. "Di situ, mangsa bertindak menyembunyikan dompet suspek untuk tujuan bergurau. Bagaimanapun, mangsa kemudian ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan. "Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kata Mohd. Haris, mangsa yang mengalami kecederaan serius kemudian dibawa ke Hospital Raub untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub. "Hasil pemeriksaan X-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak. "Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan kad pengenalan yang disimpan dalam dompetnya untuk latihan memandu kenderaan pada hari tersebut," katanya. Tambah beliau, suspek kini ditahan polis sejurus selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan. Mohd. Haris berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan