Utusan Online - Luar Negara |
1 lagi mangsa gempa terselamat Posted: 1 lagi mangsa gempa terselamatERCIS, Turki 28 Okt. – Seorang lagi mangsa ditemui hidup-hidup di celah runtuhan bangunan, awal pagi ini, selepas lima hari bencana gempa bumi kuat melanda timur Turki yang mengorbankan kira-kira 570 penduduk. Menurut agensi berita Anatolia, Ferhat Tokay, 13, dibawa keluar dari runtuhan apartmen dengan memakai alat sokongan leher oleh pasukan penyelamat selepas terperangkap dalam runtuhan selama 108 jam. Remaja tersebut dilaporkan mengalami kecederaan. Semalam, siaran televisyen turut menyiarkan seorang remaja lelaki diselamatkan dari celah runtuhan dikenali sebagai Imdat Padak, 18 tahun. Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Pihak berkuasa melaporkan setakat ini, seramai 187 mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan. Kira-kira 2,000 bangunan ranap dalam bencana itu dan pihak berkuasa mengisytiharkan sebanyak 3,700 bangunan tidak selamat untuk diduduki. Hujan dan cuaca sejuk menyukarkan operasi mencari dan menyelamat, manakala beribu-ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal masih ditempat di khemah-khemah sementara. "Cuaca semakin sejuk dan anak-anak saya mula batuk, malah kami tidak tahu berapa lama kami akan duduk di sini (khemah perlindungan)," kata seorang mangsa, Sermin Yildirim yang sedang sarat hamil lapan bulan dan berkongsi khemah tersebut bersama empat keluarga lain. Gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter yang melanda Turki pada Ahad lalu turut mengakibatkan kira-kira 2,555 penduduk cedera, selain kemusnahan infrastruktur yang besar. – Agensi |
Posted: Parti Islam menang di TunisiaTUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat. Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan. Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi. Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'. Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi. Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan piihan raya itu dibuat. Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakilla berkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru. Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan