Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


51 terima tanah di Mukim Chaah

Posted:

51 terima tanah di Mukim Chaah

51 terima tanah di Mukim Chaah

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian penerima hak milik tanah bersama Mohd. Azahar Ibrahim dan Hasrin Kamal Hashim di Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Labis, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 27 Okt. - Seramai 51 penerima tanah di Sungai Lenek di Mukim Chaah di sini, diingatkan supaya mengusahakannya dengan sebaik mungkin.

Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Labis, Hasrin Kamal Hashim berkata, tanah yang dikurniakan oleh kerajaan bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan bukannya untuk disalah guna dengan hasrat meraih keuntungan segera dengan menjualnya.

"Walaupun terdapat sebahagian tanah yang belum diusahakan dengan tanaman atas beberapa faktor, saya berharap dengan pengurniaan hak milik ini, pemilik akan mencari jalan mengusahakannya.

"Mengenai jangka masa lama untuk mengeluarkan hak milik tanah, kelewatan disebabkan cara pembayaran premium secara ansuran. Tanah adalah status tanah kurnia yang memang dijanjikan hak milik, bukan tanah ceroboh seperti sangkaan umum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hak milik tanah Sungai Lenek Tambahan 3, Mukim Chaah di Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Labis di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menyampaikan hak milik tanah kepada 35 penduduk Melayu, Cina (10) dan India (6), masing-masing menerima tanah pertanian dengan keluasan 1.6 hingga 2.4 hektar yang diusahakan sejak tahun 1989.

Beliau mengambil kesempatan untuk meminta kesemua penerima bersyukur dengan pengurniaan tanah tersebut kerana nilainya yang jauh lebih tinggi berbanding premium yang perlu dibayar.

"Kerajaan dapat memberi tanah kepada rakyat adalah hasil dari keadaan aman dan harmoni negara hari ini, suasana ini haruslah kita kekalkan demi kepentingan generasi akan datang kerana kita tentunya tidak mahu tinggal dalam negara yang bergolak seperti yang dialami beberapa negara luar ketika ini," katanya.

Salah seorang penerima, Katigo Sukiman, 54, berterima kasih dengan pengurniaan tersebut kerana dia dan 30 rakannya yang lain telah meminta bantuan Felcra untuk mengusahakan tanah tersebut dengan pokok getah kerana kedudukannya yang berada di lereng bukit dan kini mampu meraih pendapatan sehingga RM6,000 setahun.

Bagi Pu Put Lim,67, pada awalnya dia memilih untuk mengerjakan sendiri tanah berkenaan seluas hampir 2.4 hektar dengan tanaman durian.

"Bagaimanapun, saya beralih ketanaman kelapa sawit ekoran kejatuhan harga durian di pasaran. Kini saya gembira kerana usaha selama 22 tahun disifatkan berbaloi setelah dikurniakan tanah tersebut.

"Dulu saya terpaksa menempuh pelbagai cabaran kerana tidak mudah untuk membersihkan hutan tetapi semangat untuk memiliki tanah mengatasi segalanya dan membuahkan hasil hari ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Norhayati tidak malu jadi OKU

Posted:

Norhayati tidak malu jadi OKU

Norhayati tidak malu jadi OKU

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Norhayati Jamal bersama Chitrathany Rajalingam (kanan) dan Rozita Madikin (kiri) pada sambutan Hari Penghargaan dan Penganugerahan OKU peringkat daerah di Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 27 Okt. - Bergelar orang kurang upaya (OKU) tidak menghalang Norhayati Jamal, 15, untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Meskipun sedar kemampuan diri tidak seperti insan lain, ia tidak sedikit pun pernah membuatkan Norhayati malu dengan kekurangan dirinya.

Dia yang kini mengikuti program integrasi pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Onn, Peserai dekat sini sangat aktif dalam setiap aktiviti di sekolah.

Tidak hairanlah Norhayati menerima anugerah khas pelajar OKU cemerlang pada sambutan Hari Penghargaan dan Penganugerahan OKU peringkat daerah Batu Pahat baru-baru ini.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Rozita Madikin.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Chitrathany Rajalingam.

Norhayati dipilih atas kejayaannya memenangi tempat kedua dalam tilawah al-Quran pendidikan khas peringkat kebangsaan seterusnya mengharumkan nama SMK Datuk Onn.

Dia juga mewakili sekolahnya ke peringkat negeri dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas acara 400 meter dengan memperoleh pingat gangsa dan mendapat pingat perak untuk acara 4 x 100 meter.

Pelajar yang mengalami masalah lembam ini baru setahun mengikuti kelas integrasi di SMK Datuk Onn.

Menurut Norhayati, dia sudah biasa dengan rutin sehariannya di sekolah dan selepas waktu sekolah dia lebih banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved