Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pertumbuhan ekonomi 5 peratus

Posted:

Pertumbuhan ekonomi 5 peratus

Pertumbuhan ekonomi 5 peratus

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 23 Okt. – Kerajaan negeri menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi melebihi lima peratus pada tahun ini berikutan rangsangan para pelabur yang berminat untuk melebarkan operasi syarikat mereka ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berdasarkan kepada laporan prestasi pelaburan dari sektor perkilangan sahaja, terdapat peningkatan jumlah pelaburan dari RM2.246 bilion sejak 31 Mei lalu kepada RM2.83 bilion sehingga 31 September tahun ini.

"Tahun lepas kita hanya mencatatkan RM1.3 bilion melalui sektor perkilangan. Bagaimanapun pada tahun ini ada pertambahan yang cukup memberangsangkan dengan kelulusan pelaburan sektor yang sama menjangkau RM2.83 bilion," katanya di sini baru-baru ini.

Mohamad pada masa sama turut menjelaskan terdapat pelaburan baru yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri berjumlah RM1.1 bilion yang diterima dari Korea Selatan dalam sektor perkilangan.

"Sekiranya pelaburan itu dimasukan ke dalam akaun kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini, maka kita jangkakan pertumbuhan negeri boleh mencecah lebih enam peratus," katanya.

Mengenai sektor-sektor lain, Mohamad menjelaskan, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dari pihak berkuasa tempatan, namun ia dijangka menunjukkan unjuran yang positif.

Tambah beliau, pertumbuhan ekonomi yang dicapai ketika ini bersandarkan oleh dasar kerajaan negeri yang mengamalkan dasar mesra pelabur.

"Sungguhpun kita mengamalkan dasar berkenaan, kita masih berhati-hati dalam menerima pelaburan melalui syarat yang ditetapkan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jurujual mati ketika main paintball

Posted:

Jurujual mati ketika main paintball

Jurujual mati ketika main paintball

MELAKA 23 Okt. – Seorang jurujual kereta meninggal dunia sewaktu menyertai kejohanan paintball peringkat kebangsaan di Solok Bukit Bayan di sini semalam.

Mohd. Farid Yusop (gambar), 34, meninggal dunia pada pukul 3.45 petang sewaktu dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk menerima rawatan selepas tidak sedarkan diri ketika perlawanan sedang berlangsung kira-kira pukul 3 petang.

Menurut isterinya yang hanya dikenali sebagai Liza, 34, dia menyedari keadaan suaminya itu apabila melihat orang ramai memperkatakan tentang keadaan suaminya yang agak pelik iaitu melutut dan langsung tidak bergerak di tempat perlawanan biarpun permainan sudah tamat.

"Satu jam sebelum permainan bermula, arwah ada mengadu pada saya yang badannya tidak sihat dan mengatakan itu mungkin perkara biasa.

"Memandangkan kumpulannya tidak cukup pemain, arwah terpaksa meneruskan juga permainan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HM di sini hari ini.

Kata Liza, dia tidak menyangka perkara buruk seperti itu melanda suaminya memandangkan sebelum perlawanan, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kematian jurujual itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Lega akhirnya miliki lesen kelas B2

Posted:

Lega akhirnya miliki lesen kelas B2

Lega akhirnya miliki lesen kelas B2


GHAZALE Mohamad (tiga dari kiri) bermesra dengan Hashim Bakar penerima lesen pada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Dewan Undangan negeri (DUN) Serkam, Melaka semalam.


JASIN 23 Okt. – Sepanjang 33 tahun lalu, Hashim Bakar, 51, sering dilanda kebimbangan ditahan oleh pihak berkuasa setiap kali menunggang motosikal gara-gara tidak memiliki lesen memandu.

Bagi membuang perasaan bersalah itu, Hashim sudah beberapa kali menjalani ujian mendapatkan lesen, namun gagal sehingga mematahkan semangatnya meneruskan usaha tersebut.

Bagaimanapun, dia mencuba sekali lagi menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di SK Serkam Darat di sini dan akhirnya hari ini, impian Hashim itu menjadi kenyataan.

Menurutnya, walaupun agak lewat mendapatkan lesen motosikal, dia tetap puas dan tidak perlu bimbang lagi dengan kehadiran pihak berkuasa setiap kali menunggang motosikal.

"Saya amat berterima kasih kepada JPJ kerana memberi peluang kepada orang awam seperti saya mendapatkan lesen walaupun sepanjang tempoh 33 tahun saya tidak pernah dikenakan saman atau kompaun kerana tidak memiliki lesen, namun ia amat penting demi keselamatan diri serta pembonceng," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Hashim antara 324 orang terdiri daripada pelbagai kaum di negeri ini termasuk Orang Asli berusia 21 tahun yang berjaya memperolehi lesen motosikal yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad.

Menurut salah seorang peserta Orang Asli, Emon Senkuang, 45, dari Perkampungan Orang Asli Bukit Raya di sini, dia bertekad mendapatkan lesen tersebut walaupun tidak kerap menunggang motosikal kerana tinggal dalam kawasan kampung.

"Pada mulanya saya agak sukar dan tidak memahami peraturan memohon lesen motosikal, namun JPJ banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan masalah komunikasi," katanya.

Sementara itu menurut K. Suntari, 51, dia amat menghargai keprihatinan JPJ menganjurkan program itu sekali gus membolehkan golongan sepertinya mendapatkan lesen motosikal dengan mudah dan cepat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved