Utusan Online - Megabait |
Posted: Storan mobiliti untuk AppleOleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN MELENGKAPKAN keperluan teknologi hari ini, syarikat peneraju industri storan, Western Digital (WD) terus mencipta pelbagai inovasi bagi produk cakera keras mobiliti. Terbaru, WD memperkenalkan dua peranti storan mudah alih yang boleh diintegrasi bersama produk pengkomputeran Mac dan Apple Time Machine. Generasi terkini My Passport yang dikenali sebagai My Passport Studio dan My Passport for Mac itu disempurnakan bersama fungsi penyimpanan data digital berkapasiti tinggi, bersaiz kompak serta mempunyai rekaan luar yang menarik. Untuk My Passport Studio, kehadirannya pasti memenuhi keperluan pengguna yang banyak melakukan aktiviti profesional seperti fotografi, videografi, grafik dan kreatif profesional. Ia yang dibangunkan dengan binaan luar metal tahan calar menawarkan kapasiti memori satu terabit (TB) selain mempunyai pilihan sambungan pelbagai iaitu port FireWire 800 dan sambungan USB 2.0. Kelebihan itu bakal memudahkan operasi memuat naik atau pemindahan data secara lebih berkelajuan tinggi. Bagi tujuan keselamatan, My Passport Studio didatangkan dengan ciri keselamatan perisian perlindungan dan kata laluan. Melihat spesifikasi My Passport for Mac, ia mempunyai binaan yang sangat nipis dan ringan namun masih mampu menyokong fungsi storan berkapasiti tinggi. Dengan keupayaan simpanan data sehingga 1TB, peranti berkenaan sesuai diaplikasikan oleh golongan pelajar dan mereka yang sering melakukan aktiviti luar kawasan serta pengembaraan. Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Kumpulan Produk Western Digital Asia Pasifik, Craig Davis, kedua-dua produk itu menawarkan penyelesaian simpanan data digital secara langkap. "Ini kerana data-data digital seperti tugasan, foto, video dan muzik merupakan kandungan yang sangat berharga untuk para pengguna teknologi. "Justeru kita di WD telah menyediakan pilihan peranti cakera keras mobiliti yang canggih, selamat dan tahan lama. "Penggunaannya juga sangat mudah iaitu hanya menggunakan sambungan kabel tanpa sokongan sumber kuasa lain,'' jelasnya. Untuk My Passport Studio, ia tersedia bersama pilihan kapasiti 500 gigabit (GB) berharga RM339, 750GB (RM389) dan 1TB (RM 459). Sementara bagi My Passport for Mac, ia ditawarkan pada harga RM 229 untuk memori (500GB), RM259 (750GB) dan RM319 (1TB). Kedua-dua model berkenaan kini boleh diperolehi daripada beberapa wakil pembekal terpilih di seluruh negara. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan