Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kehangatan minyak terapeutik DNJ

Posted:

Kehangatan minyak terapeutik DNJ

Kehangatan minyak terapeutik DNJ

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto SAFIYANA SALIM


Ketua Pembangunan Perniagaan DNJ, Mohd Rizal Said dan Ketua Operasi, Mohd Saifulrizal Raffien bersama staf DNJ.


BENTUKNYA seakan lilin aroma terapi, namun ia bukan seperti yang anda sangka. Lilin spa DNJ sebenarnya merupakan sejenis minyak urutan terapeutik yang dibekukan.

Pengasasnya Datin Nadzriyah Jaafar berkata, produk itu merupakan ilham beliau yang dihasilkan menggunakan kepakaran pereka aroma terapi antarabangsa, Danielle Ryman.

"Sebenarnya produk ini diformulasi di London menggunakan khidmat Ryman sepenuhnya. Namun pembuatannya dilakukan di Malaysia dan setakat ini selepas lebih tiga tahun bertapak, ia sudah memasuki pasaran United Kingdom, Paris dan New York," kata beliau.

Mungkin ada yang bertanya, tidak panaskah titisan lilin spa DNJ apabila ia terkena pada tubuh? Adakah ia menanggalkan sisa selepas urutan seperti mana lilin biasa?

Jawapan beliau, "Produk ini tidak menggunakan lilin sebagai bahan asasnya tetapi diperbuat daripada bahan semula jadi seperti mentega shea, koko, soya, badam, biji limau gedang, minyak germa gandum dan lain-lain lagi yang dibekukan.

Kelebihan lilin DNJ ini adalah kerana ketika dibakar, ia mempunyai suhu 41 celsius iaitu lebih sedikit daripada suhu badan. Ini menurut Nadzriyah membantu membuka liang roma pada kulit dan memudahkan ia diserap ke dalam kulit tanpa perlu dibilas selepas diurut.

Lilin spa DNJ kata beliau telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa antaranya Anugerah Emas Untuk Kualiti dan Prestij Perniagaan di Berlin, Jerman baru-baru ini.

Selain itu, mereka juga memenangi Anugerah Teknologi Platinum untuk Kualiti dan Nama Perdagangan Terbaik di Geneva tahun lalu.

Sehingga kini kata beliau, pasaran produk mereka di dalam negara lebih kepada retail dan juga pengusaha spa yang berminat untuk menggunakan rawatan jenis itu.

Bangunan operasi DNJ Spa Candle (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Sungai Petani, Kedah turut mempunyai bilik rawatan spa kepada pengunjungnya.

Selain itu, ruang pameran DNJ yang terletak di aras 6, Pavillion KL ketika ini turut menawarkan spa kaki dan tangan menggunakan rangkaian lilin. Nadzriyah menambah, perancangan juga sedang dibuat bagi menambah bilangan spa DNJ di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selewatnya- lewatnya awal tahun depan.

Rangkaian

Lilin spa DNJ mempunya lima variasi mengikut kesesuaian dengan formulasi berbeza. Relaxation membantu merehat dan menenangkan.

Ia mengurangkan stres selepas seharian berkerja melalui campuran minyak pati lavender bersama limau mandarin dan minyak pati bijiran petit.

Detox pula menggabungkan beberapa formula minyak pati bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

Menurut Nadzriyah, sesetengah individu mungkin mendapat reaksi ketika rawatan dijalankan seperti rasa pening atau berdenyut-denyut. Ini menunjukkan tubuh seseorang itu mengandungi toksin yang akan dibuang melalui proses pembuangan air kecil atau besar.

Bagi mereka yang berharap untuk mengurangkan berat badan pula boleh mencuba Slimming yang membantu membakar lemak di dalam badan.

Ia berupaya membantu memperbaiki perjalanan darah, mengurangkan air yang terkumpul dalam badan dan memperbaiki sistem pembuangan yang tidak teratur.

Rangkaian Awake pula membantu menaikkan mood seseorang melalui aroma rosemary yang bertenaga. Aroma vetivert pula menjana minda dan tenaga untuk berkerja dengan lebih semangat lagi.

Bagi mereka yang mengalami gangguan tidur pula boleh mencuba Asleep yang mampu menenangkan minda, tubuh dan semangat melalui sentuhan lavender Perancis dan limau manis yang digabungkan secara semula jadi bersama neroli.

Full content generated by Get Full RSS.

Bakat seni Izni Ismail

Posted:

Bakat seni Izni Ismail

Bakat seni Izni Ismail

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Solekan NR STUDIO 010-4220499
(www.nrstudiogallery.blogspot.com)



LENGGOK tubuhnya persis bintang broadway tatkala diminta beraksi di depan lensa. Dengan skirt kembang polka dot dan baju tanpa lengan berwarna hitam, wajahnya kelihatan sangat klasik. Namun tatkala dress biru elektrik disarung pada tubuh mulusnya, dia tampak garang dan menggoda.

Sememangnya pemilik nama Nur Izni Ismail dianugerahkan bakat seni semula jadi sejak dari kecil lagi. Tidak hairanlah dia mampu beraksi spontan tanpa perlu disuruh jurugambar RASHID MAHFOF.

Menurutnya, kegiatan seninya bermula sejak di bangku sekolah. Ketika menuntut di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, dia menganggotai pasukan pancaragam sekolah sebagai pemain trumpet dan sejenis alat muzik yang dipanggil French Horn.

"Lebih manis lagi bila pasukan kami berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan," kata gadis berusia 23 tahun itu.

Tidak terhenti di situ, kegiatan seni Izni diteruskan dengan menyertai Akar iaitu sebuah pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak seni di Shah Alam.

Berwajah cantik dan bijak bergaya, tidak hairanlah tawaran dalam bidang modelling turut menyapanya. Walaupun sibuk memenuhi jadual harian sebagai pelajar dalam bidang Seni Bina Rekaan Dalaman, Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam, pastinya ia antara peluang yang tidak mampu dilepaskan.

Lebih tiga tahun melibatkan diri sebagai model sambilan, Izni menganggap ia sebagai platform terbaik dalam usaha menambah keyakinan dan mematangkan diri.

Antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang penglibatan dalam bidang ini adalah ketika menyertai Festival Fesyen Kuala Lumpur Jun lalu di mana dia berpeluang menyarung busana rekaan Salikin Sidek.

Dilingkari kehidupan yang boleh dianggap sebagai glamor, namun itu semua tidak menghalang Izni menjenguk ke dapur untuk menyedia makanan kegemarannya. Kata anak bongsu dua beradik ini, dia mewarisi kebolehan bapanya menyediakan pelbagai jenis kek dan pastri. Bukan hanya untuk dinikmati sendiri, malah Izni turut menerima tempahan daripada rakan-rakan yang ingin mencuba air tangannya. Layari laman web Izni www.polkarush. blogspot.com untuk mengetahu lebih lanjut tentang gadis ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved