Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


1Malaysia kesinambungan pemimpin terdahulu

Posted:

1Malaysia kesinambungan pemimpin terdahulu

1Malaysia kesinambungan pemimpin terdahulu


Mohd. Shafie Apdal berucap pada majlis Penerangan Perdana Peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - BERNAMA


MELAKA 23 Okt. - Konsep menyatupadukan rakyat berbilang kaum menerusi gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti meneruskan kesinambungan perjuangan yang dipelopori oleh Perdana Menteri terdahulu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, rakyat perlu yakin dengan gagasan tersebut kerana Perdana Menteri mempunyai wawasan serta sangat konsisten dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membangunkan negara.

"Dasar-dasar yang dibawa oleh Najib menjurus untuk membantu rakyat berbilang kaum yang meneruskan kesinambungan kepimpinan Perdana Menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan untuk memimpin sebuah negara seperti Malaysia kerana dasar-dasar yang dibawa menjurus kepada kesejahteraan seluruh rakyat berbilang kaum tidak kira India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban dan sebagainya," katanya.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 5,500 orang pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan; pemimpin dan ahli komponen Barisan Nasional (BN) dan pelbagai lapisan masyarakat.

Mohd. Shafie turut menegaskan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini cukup menyeluruh dan konsisten menyentuh kepentingan semua kaum dan peringkat masyarakat.

Beliau menambah, sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini juga telah mewujudkan keamanan dan kestabilan politik sejak merdeka.

Full content generated by Get Full RSS.

Perhimpunan Perdana berjaya kumpul 6,000 bekas polis

Posted:

Perhimpunan Perdana berjaya kumpul 6,000 bekas polis

Perhimpunan Perdana berjaya kumpul 6,000 bekas polis

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Biarpun tidak lagi berpakaian seragam, hampir 6,000 bekas anggota dan pegawai polis hari ini berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mempamerkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam diri mereka.

Semangat yang tidak pernah luntur itu ditunjukkan sebilangan besar yang hadir pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara dan Bekas Polis, walaupun ada antara mereka kini sudah berusia.

Terdapat bekas polis hadir ditemani saudara terdekat dengan antaranya berkerusi roda.

Namun semua itu tidak membataskan semangat mereka untuk berhimpun pada majlis yang diadakan julung-julung kalinya ini.

Bagaimanapun emosi mereka ternyata diusik dengan sajak 'Perjuangan 1Malaysia' yang berkumandang dengan iringan gesekan biola di dalam dewan itu.

Rata-rata bekas perwira negara itu dilihat menitiskan air mata ketika mengimbau kembali kenangan serta perjuangan menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat ketika berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam ucapannya memberitahu, setiap bekas polis yang berjuang dan berkhidmat demi negara tetap dikenang sebagai perwira.

"Biarpun sudah meninggalkan pasukan, hati dan jiwa setiap mereka ini masih kekal sebagai perwira polis dan semangat itu juga tidak akan luntur meskipun zaman telah bersilih ganti," katanya.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PDRM, Yayasan Pengaman, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Persatuan Veteran VAT 69 dan Persatuan Kebajikan Skuad 69.

Full content generated by Get Full RSS.

PM tonton aksi EPL bersama rakan Facebook

Posted:

PM tonton aksi EPL bersama rakan Facebook

PM tonton aksi EPL bersama rakan Facebook


Najib Tun Razak bersama rakan-rakan Facebook menonton aksi bola sepak Liga Perdana England di antara Manchester United menentang Manchester City di Dewan Banquet Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. - BERNAMA


PUTRAJAYA 23 Okt. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter dengan menyaksikan perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Manchester United (MU) dan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana di sini, malam ini.

Najib, yang juga penyokong kuat MU, tiba kira-kira 8.15 malam dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh para peminat bola sepak dengan kebanyakan mereka peminat setia MU.

Dalam ucapannya, Najib berkata beliau bangga apabila kira-kira 2,500 tetamu telah berdaftar untuk majlis menonton bersama itu tetapi malangnya tempat itu hanya dapat menampung 300 peminat sahaja.

Najib berkata menyaksikan EPL boleh mendorong generasi muda Malaysia menceburi bidang bola sepak dan kerajaan telah memulakan program "1 Mukim 1 Futsal" bagi membantu membangunkan lagi sukan itu.

"Dalam Belanjawan baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta untuk membina 20 buah padang tiruan di sekitar negara," katanya.

Najib berharap ia dapat merangsang pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi serta menjadi harapan dan impiannya untuk melihat bola sepak Malaysia di tahap yang lebih tinggi. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved