Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Legoland tawar pekerjaan

Posted:

Legoland tawar pekerjaan

Legoland tawar pekerjaan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


K. SUGUMARAN (kanan) menyampaikan cenderamata yang diperbuat daripada lego kepada Ab. Aziz Kaprawi di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 23 Okt. – Taman Tema Legoland yang bakal beroperasi di Nusajaya tahun depan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang terutama berkaitan khidmat pelanggan, pengurusan dan hospitaliti.

Naib Presiden Kanan Pembangunan IDR Resorts (IDR Resorts) Sdn. Bhd., K. Sugumaran berkata, jumlah tenaga kerja yang diperlukan dijangka meningkat kepada 1,500 orang pada 2013.

Beliau berkata, keutamaan dalam pengambilan tenaga kerja akan diberikan kepada rakyat tempatan terutamanya anak watan negeri ini.

"Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anak-anak muda tempatan supaya merebut peluang ini, bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan atau meningkatkan taraf hidup, tetapi untuk menimba pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa.

"Diharapkan kita semua dapat berganding bahu mewujudkan negara berpendapatan tinggi dengan Iskandar Malaysia menjadi salah satu penyumbang utama bagi mencapai matlamat itu," katanya semasa ditemui pada Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011.

Kepak 2011 di Batu Pahat yang berlangsung mulai Khamis lepas dan berakhir hari ini di Dewan Jubli Intan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi.

Utusan Malaysia adalah media rasmi Kepak 2011. Kepak di Batu Pahat yang bermula Khamis lalu akan berakhir esok.

Sempena Kepak, IDR Resorts menandatangani memorandum kerjasama dengan empat pusat latihan yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional bagi operasi taman tema itu.

Pusat-pusat yang terlibat adalah Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang berpusat di Johor Bahru, Johor; Kolej Negeri Chedang Kampus Seremban dan East West College di Seremban, Negeri Sembilan dan Kagumas Culinary Academy di Bangi, Selangor.

Menerusi kerjasama itu, semua pusat tersebut akan melatih 500 orang dalam pelbagai bidang dan mereka yang mempunyai keterampilan bakal diserap sebagai tenaga kerja Taman Tema Legoland.

Taman Tema Legoland di Nusajaya atau Legoland Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di Asia, dibina di kawasan seluas 31 hektar dan dibangunkan oleh IDR Resorts, anak syarikat IIB bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta.

Legoland Malaysia adalah Taman Tema Legoland yang keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legolang Deutschland dan Legoland Florida.

Full content generated by Get Full RSS.

'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

Posted:

'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan

'Town and Gown' UTHM meriah walaupun hujan


PERARAKAN 'Town and Gown' UTHM diiringi kereta berhias di Jalan Rahmat, Batu Pahat, malam, kelmarin.


BATU PAHAT 23 Okt. - Perarakan konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ala 'Town and Gown' berlangsung meriah bagaikan pesta apabila disertai 2,400 orang dan digamatkan dengan pertunjukan bunga api, malam tadi.

Perarakan dari Jalan Rahmat ke Stadium Batu Pahat itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat setempat tentang Majlis Konvokesyen UTHM Ke-11 yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Program itu juga merupakan satu simbolik hubungan erat antara warga UTHM dengan penduduk di daerah ini seiring tema perarakan iaitu 'Inovasi-Rakan Universiti-Komuniti'.

Berdasarkan sejarah, perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai 'Communiversity Celebration' menjadi amalan turun-temurun beberapa universiti luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor.

UTHM adalah institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Semenanjung yang mengadakan perarakan 'Town and Gown' dan ini adalah kali ketiga ia dianjurkan.

Town merujuk kepada masyarakat setempat manakala Gown adalah warga akademik di universiti dan perarakan itu juga dilakukan sebagai tanda terima kasih para graduan kepada penduduk sepanjang mereka menghabiskan pengajian di UTHM.

Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi merasmikan perarakan itu yang turut dihadiri Naib Canselor UTHM, Prof. Mohd. Noh Dalimin.

Hujan yang melanda sewaktu perarakan bermula pada pukul 8.30 malam sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta meneruskan perarakan diiringi kereta berhias dan bagaikan mendapat restu, hujan berhenti sebaik sahaja perarakan tiba di Stadium Batu Pahat untuk acara seterusnya.

Di stadium, penonton disajikan dengan persembahan silat dan pancaragam sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Terdahulu, beberapa program sampingan diadakan sempena perarakan itu bermula seawal pukul 9 pagi menerusi acara konvoi berbasikal disertai kira-kira 300 peserta dari kampus UTHM di Parit Raja ke Stadium Batu Pahat.

Pertandingan 'Auto Show' bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang turut diadakan di Dataran Penggaram disusuli konvoi motosikal berkuasa tinggi ke stadium bermula pukul 5 petang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved