Khamis, 6 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Gerai buah-buahan akan diroboh

Posted:

Gerai buah-buahan akan diroboh

Gerai buah-buahan akan diroboh

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

JELEBU 5 Okt. - Majlis Daerah Jelebu (MDJ) memutuskan untuk merobohkan gerai buah-buahan di Kilometer 5, Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat sini kerana mendapati kawasan tersebut tidak selamat dan merupakan lokasi kemalangan.

Yang Dipertuanya, Zulkifli Baharan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapati gerai itu terletak berhampiran jalan utama dan sungai.

"Kedudukan gerai itu berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan serta berpotensi untuk runtuh disebabkan hakisan tebing sungai.

"Jika diteliti, gerai terbabit juga dibina di tepi jalan Persekutuan yang lurus di mana kenderaan di kawasan itu bergerak dengan laju, maka ia amat berbahaya kepada pengguna jalan raya termasuk peniaga berkenaan," katanya di sini hari ini.

Pihaknya berharap peniaga terbabit akur dengan arahan MDJ dengan memikirkan keselamatan pelanggan termasuk diri mereka.

"Kami telah menamatkan permit berniaga mereka, lagipun permit mereka hanya berstatus sementara.

"Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, mencegah adalah lebih baik," ujarnya.

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara

Posted:

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara


Beberapa penduduk menutup hidung akibat bau busuk ekoran kolam kumbahan yang tidak berfungsi dengan baik di Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 5 Okt. - Bayangkan jika anda terpaksa menjalankan kehidupan seharian dengan menghidu bau busuk dari kolam kumbahan!

Itulah senario yang dihadapi oleh sebahagian penduduk dari Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir di sini.

Seorang penduduk Yahya Ahmad, 59, mendakwa, perkara ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan penduduk setempat terpaksa menahan bau busuk dari kolam kumbahan milik sebuah sekolah berasrama penuh, yang didakwa tidak berfungsi dengan sempurna.

''Rumah saya berhampiran dengan sekolah tersebut. Sukar untuk kami melakukan aktiviti seharian akibat tidak tahan dengan bau busuk.

''Lihat sahaja kawasan perumahan ini. Kebanyakan penduduk di sini terpaksa berkurung di dalam rumah dengan menutup tingkap dan pintu. Jika buka pasti bau busuk itu sampai ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Rakannya, Harun Hanipah, 53, berkata, perkara itu hanya akan diambil tindakan selepas penduduk bertindak membuat aduan kepada pihak sekolah berkenaan namun, kali ini tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

''Kini sudah tiga minggu kami membuat aduan selepas kolam kumbahan tersebut tidak berfungsi dengan baik sehinggakan airnya melimpah. Namun, masih tiada tindakan sewajarnya.

''Rumah ini dibina dahulu sebelum sekolah tersebut. Jadi, sepatutnya mereka tidak meletakkan tangki tersebut berhampiran kawasan perumahan kami.

''Malu juga jika ada tetamu datang ke rumah. Macam mana kami hendak makan jika terpaksa menghidu bau busuk. Kalau hendak buat kenduri, risau tiada orang datang akibat masalah ini,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, Musa Kasiran, 60, berharap pihak berkenaan dapat melakukan tindakan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan itu terus terjamin tanpa sebarang gangguan bau busuk.

''Saya juga risau jika kami berdepan dengan masalah kesihatan akibat masalah ini. Sampai masa hendak makan pun boleh hilang selera," katanya.

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka

Posted:

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka


Kumpulan Irhamnie (berdiri) menunjukkan piala juara keseluruhan Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka bersama kumpulan nasyid Puteri Imtiyaz di Masjid Al-Azim, Melaka, kelmarin.


MELAKA 5 Okt. - Kumpulan nasyid Irhamnie dari CTRM Aero Komposites, Batu Berendam di sini muncul juara keseluruhan terbaik Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka 2011 yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Irhamnie mewakili Melaka pada Festival Nasyid Kebangsaan akan datang selain turut membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

Irhamnie yang bertanding dalam kategori Nasyid Tradisi menduduki tempat pertama dengan jumlah markah keseluruhan 82 peratus menewaskan kumpulan nasyid Puteri Imtiyaz dari Klebang yang memperoleh markah 75.8 peratus.

Tempat ketiga adalah milik kumpulan Saidatul Anum dari Taman Seri Sempang, Merlimau, Jasin dengan markah 68 peratus.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,500 beserta sijil.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Nasyid, Datuk Yaakub Md. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Thamby Chik.

Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, pertandingan nasyid dilihat sebagai medium dakwah yang berkesan dalam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat.

Menurutnya, program tersebut menjadi platform terbaik untuk mengimbangi pengisian jasmani dan rohani dalam dunia serba moden hari ini.

"Diharap generasi muda dapat menghayati kandungan bait-bait lagu nasyid yang mempunyai pedoman dan nasihat berguna dalam menjalani kehidupan mereka. Nasyid merupakan satu bentuk hiburan yang diharuskan berdasarkan mesej yang memberi input positif dalam membentuk jati diri yang kukuh," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved