Utusan Online - Muka Hadapan |
- Turunkan harga tiket akhir Piala Malaysia
- KL Metropolis jana ekonomi
- Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura
Turunkan harga tiket akhir Piala Malaysia Posted: Turunkan harga tiket akhir Piala MalaysiaOleh THOMAS CHONG Penyokong pasukan Terengganu menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan yang mahal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. – utusan/AZLAN BAHRUM PUTRAJAYA 25 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terkejut dengan peningkatan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak hampir 70 peratus mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula keputusan itu. Beliau yang kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut turut mengingatkan FAM bahawa peminat perlu diutamakan di mana kehadiran peminat yang ramai akan memudahkan pihak penganjur sukan mendapat tajaan. ''Saya tidak akan terlalu kecewa sekiranya ia diumumkan lebih awal, kenaikan harga tiket secara mendadak ini akan menimbulkan kemarahan peminat yang merancang melihat perlawanan akhir secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan. ''Lebih-lebih lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mutunya dipertikaikan sebagai bukan padang yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program pembangunan belia dan sukan di sini hari ini. FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket RM50 dijual bagi semua peminat sukan yang ingin menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Ketika Piala Malaysia sebelum ini yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama. Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, FAM perlu mengkaji pendekatan penjualan tiket terbaru yang diamalkan di luar negara termasuk kaedah jualan tiket guna Internet yang dilakukan Queens Park Rangers (QPR). ''Pihak QPR umpamanya telah memperkenalkan kaedah jualan tiket yang mirip kepada penjualan tiket kapal terbang AirAsia di mana peminat yang membeli tiket lebih awal akan mendapat diskaun lebih besar. ''Indonesia pula menyediakan pelbagai jenis tiket dengan harga yang berlainan, ini kerana terdapat peminat yang sanggup beli tiket murah dan duduk di tempat yang tidak strategik semata-mata untuk memberi sokongan dan merasai suasana di stadium," katanya. |
Posted: KL Metropolis jana ekonomiOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR KUALA LUMPUR 25 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan 'KL Metropolis' yang dijangka siap pada 2025 dapat memenuhi hasrat kerajaan menjayakan projek Greater Kuala Lumpur-Klang Valley bagi menjadikan ibu kota sebagai sebuah kawasan mampan diduduki bertaraf antarabangsa. Perdana Menteri berkata, projek RM15 bilion yang turut menempatkan pusat perniagaan dan pameran antarabangsa itu mampu menarik pelabur luar serta tempatan pelbagai sektor seterusnya membawa manfaat kepada negara. Justeru, beliau mahukan pemaju, Naza TTDI memastikan KL Metropolis berperanan penting dalam memenuhi aspirasi kerajaan menjayakan Greater KL-KV sebagai pusat penjanaan ekonomi, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik minat ramai pekerja mahir. "Dengan lokasi yang cukup strategik, ia pasti akan menempatkan KL Metropolis sebagai lanjutan kepada pusat bandar Kuala Lumpur. "Menggabungkan unsur-unsur pembangunan pintar, bangunan hijau dan reka bentuk mampan, saya berharap pembangunan KL Metropolis akan mengorak langkah bagi projek pembangunan lain di Malaysia teladani," katanya dalam ucapan pelancaran KL Metropolis di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. KL Metropolis akan dibangunkan dalam tiga fasa di dengan keluasan 30.5 hektar, meliputi 5.3 hektar untuk pembinaan kompleks Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade) yang baru. Pelan induk pusat itu direka oleh sekumpulan pereka Naza TTDI yang bekerjasama dengan firma arkitek antarabangsa terkemuka, 'Skidmore, Owings and Merrill' yang terkenal dengan pembangunan Burj Al-Khalifa di Dubai dan Canary Wharf di london. |
Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura Posted: Tiga bidang perkukuh kerjasama Malaysia-SingapuraLokman Haziq Muhyiddin Yassin berbincang dengan Lee Hsien Loong pada kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura itu di Istana Singapura, semalam. – BERNAMA SINGAPURA 25 Okt. – Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam tiga bidang utama iaitu pendidikan teknikal, pelancongan dan alam sekitar. Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya, Teo Chee Hean sempena lawatan rasmi selama dua hari ke republik ini. "Singapura mempunyai pengalaman yang baik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan yang boleh digunakan sebagai model untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ia boleh dikongsi dalam usaha kita menghadapi cabaran pada masa ini," katanya pada sidang akhbar bersama Chee Hean di sini. Beliau berkata, pelbagai peluang dalam bidang pendidikan boleh diterokai oleh generasi muda yang secara tidak langsung mampu meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara. Mengenai sektor pelancongan, Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara juga boleh meningkat dan menerokai pelbagai peluang yang dikenal pasti berpotensi besar untuk kepentingan bersama termasuk projek di pusat peranginan terkenal, Desaru yang boleh dibangunkan bersama oleh Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Limited. Beliau turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa kerja untuk mengkaji bagaimana Singapura berjaya mempromosikan sektor pelancongan serta menarik pembabitan lebih aktif pihak sektor swasta bagi kepentingan kedua-dua negara. Selain itu, Muhyiddin berharap kedua-dua pihak meningkatkan lagi pelaburan dan pembangunan di wilayah Johor Selatan termasuk di Desaru yang berpotensi besar untuk dibangunkan khususnya dalam kalangan pelabur Singapura. Sementara itu, Chee Hean memberitahu, Singapura dan Malaysia bersetuju melaksanakan dua projek ikonik bersama antara Khazanah dan Temasik, masing-masing satu di Singapura dan Medini di wilayah Iskandar Malaysia, Johor. Ditanya bilakah kedua-dua projek itu akan dimulakan, beliau berkata, usaha ke arah itu sedang dilakukan dan kini menunjukkan perkembangan positif. – UTUSAN Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan