Utusan Online - Timur |
- Taman Mini Tanaman Makanan
- Sukimi-Unimap-MIRU wujud kerjasama petroleum, polimer
- Unimap sumbang mesin keropok lekor
Posted: Taman Mini Tanaman MakananOleh RADHUAN HUSSAIN Ahmad Razif Abdul Rahman menanam pokok herba ketika merasmikan projek perintis Taman Mini Tanaman Makanan sempena program Penggalakan Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu 2011 di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/AZLAN BAHRUM KUALA TERENGGANU 25 Okt. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif memulakan projek perintis Taman Mini Tanaman Makanan dengan tumpuan di sekolah-sekolah di negeri ini. Projek di bawah Program Penggalakan Sains dan Teknologi UMT bagi membudayakan penanaman pelbagai jenis tumbuhan tempatan yang dikenal pasti mempunyai khasiat dan menyebarluaskan fungsinya sebagai produk kesihatan, makanan tambahan dan rawatan penyakit. Buat permulaan, projek anjuran Jabatan Agroteknologi dan Sains Makanan itu dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri dekat sini. Daripada 66 tanaman makanan yang ditanam termasuk akar seratus untuk merawat tenaga batin, bebuas untuk menambah air susu ibu, celaka putih bagi mengelak penyakit meroyan selain merawat penyakit arthritis (radang sendi). Turut ditanam pokok nilam yang menjadi penawar kepada rheumatik dan merawat sakit kepala, nyiur lembai bagi menyembuhkan ulser mulut, putat bagi melancarkan darah dan mengubat kegatalan serta peria pantai untuk menstabilkan tekanan darah. Projek tersebut yang dilancarkan sempena program Penggalakan Sains dan Teknologi UMT 2011 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman di sekolah itu baru-baru ini. Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof. Dr. Sayed Mohd. Zain Sayed Hasan berkata, projek itu menekankan konsep memberi galakan kepada pelajar mengenali spesies tumbuhan dengan pelbagai kegunaan. Selain itu jelas beliau, ia juga diharap dapat membantu memudahkan pelajar aliran sains mengikuti pengajian dalam bidang berkenaan ketika di universiti kelak. "Ini merupakan projek perintis UMT di negeri ini dan kita mulakan di SMK Ibrahim Fikri dan jika berjaya serta mendapat sambutan, ia akan diperluaskan ke sekolah lain. "Buat permulaan, sebanyak 66 spesies herba ditanam untuk projek Taman Mini Tanaman Makanan ini yang boleh dijadikan makanan tambahan kesihatan selain untuk awet muda," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. Bagi menjayakan projek tersebut, Sayed Mohd. Zain berkata, kesemua spesies tumbuhan itu disediakan oleh UMT dan buat permulaan projek itu akan diselia oleh pihak universiti. Full content generated by Get Full RSS. |
Sukimi-Unimap-MIRU wujud kerjasama petroleum, polimer Posted: Sukimi-Unimap-MIRU wujud kerjasama petroleum, polimerAhmad Shah Rizal Ibrahim (tengah), Abu Bakar Taib (kanan) dan Kamarudin Hussin (kiri) menandatangani dokumen sambil disaksikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra (tiga dari kiri, berdiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara Sukimi Sdn. Bhd. dan Miru Enterprise Sdn. Bhd. serta Universiti Malaysia Perlis di Kota Bharu, baru-baru ini. KOTA BHARU 25 Okt. - Syarikat Sukimi (M) Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan MIRU Enterprise Sdn. Bhd. membabitkan penyelidikan dalam bidang petroleum dan polimer. Pada majlis itu, Sukimi diwakili oleh Timbalan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sukimi, Ahmad Shah Rizal Ibrahim; manakala Unimap diwakili Naib Canselornya, Brigedier Jeneral Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan MIRU diwakili Pengerusinya, Datuk Paduka Abu Bakar Taib. Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis yang juga Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro-Canselor Unimap, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dan Presiden Kumpulan Sukimi, Datuk Seri Ahmad Sukimi Ibrahim. Ahmad Sukimi dalam ucapannya berkata, kerjasama itu bertujuan membolehkan ketiga-tiga pihak menerokai lebih jauh lagi dalam industri pemasaran dan perkhidmatan petroleum. "Kerjasama ini dijangka akan memberi pulangan dan manfaat bersama kepada kami yang terlibat. Di samping itu, kerjasama ini dijangka dapat menyumbang ke arah peningkatan Pogram Transformasi Ekonomi Negara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya pada majlis itu yang diadakan di pejabat Kumpulan Sukimi di sini, baru-baru ini. Beliau menambah, MoU dengan Unimap bertujuan untuk kedua-dua pihak menyumbang kepada kerjasama strategik dalam bidang pembangunan penyelidikan (R&D) khususnya kajian mengenai polimer. Sementara itu, Kamarudin berkata, hasil kesepakatan ini, Unimap dan Sukimi akan bersama-sama meneroka dan bekerjasama dalam bidang berkaitan polimer antaranya, modifikasi bahan polimer sebagai pemekat, agen perekat dan pengubahsuaian reologi dalam minyak pelincir bagi meningkatkan keupayaan minyak tersebut. Selain itu katanya, ia juga melibatkan kajian terhadap pelbagai bahan tambah polimer terhadap minyak pelincir bagi mengurangkan geseran antara logam dalam enjin. "Ia juga melibatkan kajian terhadap potensi kitar semula minyak pelincir dengan kaedah modifikasi menggunakan bahan tambah polimer dan potensi menggunakan sumber minyak lain selain minyak berasaskan petroleum seperti minyak sayuran, sawit atau lain-lain," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Unimap sumbang mesin keropok lekor Posted: Unimap sumbang mesin keropok lekorTuanku Syed Faizuddin Putra (kiri) melihat dua buah mesin penyemperitan keropok lekor sumbangan Universiti Malaysia Perlis bagi membantu pengusaha keropok lekor tempatan di Taman Aulia, Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, baru-baru ini. KOTA BHARU 25 Okt. - Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menyumbangkan dua mesin penyemperitan keropok lekor berharga kira-kira RM7,000 dalam usaha membantu pengusaha keropok lekor tempatan di negeri ini mengembangkan perusahaan mereka. Penyerahan mesin tersebut dibuat oleh Naib Canselor Unimap, Brigedier Jeneral Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin kepada Pengerusi Borcos Shipping Sdn. Bhd. mewakili pengusaha keropok lekor tempatan dalam satu majlis di Taman Aulia, Pulau Gajah, Sabak dekat sini kelmarin. Berangkat mencemar duli menyaksikan majlis itu ialah Raja Muda Perlis yang juga Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa dan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersialan dan Pengurusan Harta Intelek Unimap, Prof. Datuk Wira Dr. Mohd. Salleh Din. Mesin tersebut hasil penyelidikan selama kira-kira setahun oleh dua penyelidik universiti berkenaan iaitu Zailani Zainal Abidin dan Mohd. Hazwan Hussin daripada Fakulti Pembuatan. Mengulas mengenai kejayaan Unimap menghasilkan mesin tersebut, Kamarudin berkata, ia menunjukkan universiti tersebut tidak hanya fokus kepada pembangunan akademik tetapi juga keupayaan dalam menghasilkan bidang-bidang berinovasi bagi membantu pembangunan masyarakat serta negara. Beliau berkata, fokus Unimap adalah bidang penyelidikan termasuk dalam bidang elektronik dan pembuatan melalui lebih 21 program pengajian yang ditawarkan di universiti berkenaan. Kamarudin berkata, sumbangan mesin penyemperitan itu membolehkan pengusaha keropok lekor di negeri ini meningkatkan produktiviti sekali gus menaikkan taraf hidup mereka. Sementara itu Zailani berkata, penggunaan mesin itu membantu pengusaha keropok lekor meningkatkan pengeluaran sebanyak 10 kali ganda pada harga lebih berdaya saing. "Kelebihan mesin ini adalah ia mempercepatkan pembuatan keropok lekor, mengurangkan penggunaan sumber manusia, ruang operasi yang lebih kecil, meningkatkan produktiviti dan memajukan industri berskala kecil. "Dalam tempoh sejam, mesin penyemperitan ini mampu memproses 60 kilogram bahan mentah berbanding hanya 20 kilogram menggunakan kaedah tradisional," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan