Utusan Online - Politik |
Posted: MCA sasar tawan WPPUTRAJAYA 26 Okt. - MCA yakin mampu menawan semula beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu di Wilayah Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, partinya dijangka mempunyai peluang yang baik untuk memang di dua kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju. ''MCA juga akan memberi saingan sengit kepada pembangkang di tiga kerusi yang dilihat sebagai kawasan hitam iaitu Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang yakin parti itu akan merampas kembali kerusi yang dikuasai parti pembangkang di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang. Chai Ho berkata, penelitian MCA di Wilayah Persekutuan mendapati ramai pengundi telah kembali menyokong BN berbanding ketika pilihan raya umum 2008. ''MCA kini bersatu untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. Ahli-ahli MCA tiada pilihan lain tetapi mesti memastikan survival parti dalam pilihan raya akan datang," katanya. |
'Rakyat Sabah positif terima KITA' Posted: 'Rakyat Sabah positif terima KITA'KOTA KINABALU 26 Okt. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yakin bahawa parti itu mendapat tempat di hati rakyat Sabah ekoran sambutan dan penerimaan baik yang diberikan oleh orang ramai ketika ini. Pengerusinya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, penerimaan rakyat terhadap KITA di Sabah adalah sangat baik apabila hampir 1,000 orang mendaftar dengan parti tersebut. Katanya, jumlah tersebut adalah positif berbanding dengan apa yang dicapai oleh KITA di Semenanjung iaitu kira-kira 3,000 orang. "Dalam tempoh tidak sampai dua bulan di Sabah, KITA sudah berjaya membuka cawangan di sini dan mempunyai hampir 1,000 ahli. ''Ia merupakan satu perkembangan baik dan ia membuktikan bahawa rakyat Sabah adalah receptive kepada parti ini dan mahukan perubahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Zaid berkata demikian selepas mengadakan majlis perjumpaan bersama pemimpin KITA Sabah dan dialog dengan ahli. Hadir sama Pengerusi KITA Peringkat Kebangsaan yang juga Pengerusi Cawangan Negeri Sabah, Datuk Pengiran Othman Rauf. Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau yakin KITA tidak akan berhadapan situasi sukar untuk mendapat sokongan dan pengaruh daripada rakyat Sabah ekoran parti itu mempunyai pemimpin yang bersih untuk mentadbir negeri di bawah bayu tersebut. Menurutnya, pemimpin yang dimiliki oleh KITA Sabah adalah orang lama dalam bidang politik dan mempunyai pengaruh tersendiri, selain mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat. Selain itu katanya, orang ramai tertarik dengan parti tersebut kerana slogan KITA itu sendiri yang mementingkan kesederhanaan dan demokratik, terutama dalam memberi apa yang diinginkan oleh rakyat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan